Selasa, 18 Ogos 2009

DSP Kol. Dr Hj Lajim ‘cipta’ Pingat Darjah kebesaran





MASYARAKAT Bisaya di Sabah telah menyambut Perayaan Adau Janang Gayuh pada 18 Julai 2009 di Padang Sekolah Kebangsaan Kerukan, Kuala Penyu bermula 7.30 pagi sementara acara kemuncak perayaan akan diadakan pada sebelah malamnya di dewan Shahbandar Makang, Kuala Penyu dimana ianya akan dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Kol. Dr. Haji Lajim Haji Ukin.
Buat pertama kalinya diadakan penyampaian pingat janang kepada beberapa tokoh pemimpin suku Bisaya yang banyak berjasa kepada masyarakat secara keseluruhannya. Tiga kategori pingat yang disediakan ialah Pingat Seri Setia Janang (PSSJ),Pingat Setia Janang (PSJ), dan Pingat Ahli Setia Janang (PASJ).

Bagi kategori anugerah pula beberapa anugerah disediakan seperti Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Khidmat Awam, Anugerah Keluarga Contoh, Anugerah Wira Kencana, Anugerah Karyawan dan Anugerah Usahawan Contoh.
Wah, dengan duit kita boleh melakukan apa saja yang kita suka. Boleh tahan lah , Lajim Ukin Timbalan Menteri Malaysia pertama yang mempunyai susunan darjah kebesaran dibawahnya. Jangan saja jadi sultan dan bawa Beaufort keluar dari Sabah sudahlah. (hahaha)..

4 ulasan:

  1. saya kurang faham dgn tujuan pengurniaan pingat sebegini. adakah ia lambang `kedaulatan' seseorg?

    BalasPadam
  2. Pemberian pingat ini bukanlah kerana nak menjaga kedaulatan seseorang, bukan nak jadi raja. Ia cuma satu usaha persatuan yang dipimpin oleh Datuk Lajim menghargai sumbangan tokoh-tokoh Bisaya yang berkenaan. Janganlah terlalu prejudis.

    BalasPadam
  3. perjudis satu sifat yang di perlukan dalam kehidupan. Bagi ana perlu ada mereka yang prejudis dalam sesuatu perkara keran ini akan lebih membuatkan kita peka dalam menta'laah sesuatu yang mampu membuka minda mereka yang hanya berfikir di luaran.

    BalasPadam
  4. perlu ada prejudis dalam kehidupan, dan sama perlunya juga ada penerimaan.. jgn terlalu prejudis sampai jadi skeptik, menyangkal smua bnda walaupun sedar ianya benar setelah dibuktikan..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails