Jumaat, 11 September 2009

PENDAPAT ULAMA BERLAKUNYA MALAM LAILATUL QADAR.

1/ Ibnu Hazam berpendapat jika bulan Ramadhan 29 hari maka 10 hari terakhir bermula pada malam ke 20, maka lailatul qadar jatuh pada malam yang GENAP. Jika Ramadhan genap 30 hari maka 10 hari terakhir bermula pada malam ke 21 , maka lailatul qadar jatuh pada malam yang GANJIL.

2/ Lailatul Qadar hanya berlaku satu malam sahaja dalam malam bulan ramadhan. PARA ULAMA SEPENDAPAT mengenai tarikhnya iaitu pada malam 27 ramadhan.

3/ Iman Syafie RA menyatakan Lailatul Qadar pada malam ke 21 ramadhan dan lain-lain ulama mengatakan pada malam 23, 25, 29 ramadhan.

4/ Sahibul – Tanbih Ra menyatakan lailatul qadar jatuh pada malam 27 ramadhan berdasarkan JUMLAH HURUF KALIMAH LAILATUL QADAR (dalam tulisan Al-Quran) iaitu jumlahnya 9 di DARAB kan dengan 3 kerana disebut 3kali dalam surah berkenaan lalu dapatlah jumlahnya 27.

5/ Ibnu Abu Hurairah RA, Abu Al- Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam lailatul qadar itu berdasarkan hari awal ramadhan seperti yang berikut :

Ø Hari Ahad dan Rabu maka lailatul qadar jatuh pada malam 29 ramadhan.

Ø Hari Isnin maka lailatul qadar pada malam ke 21 ramadhan.

Ø Hari Selasa dan Jumaat maka lailatul qadar pada malam ke 27 ramadhan.

Ø Hari Khamis maka lailatul qadar pada malam ke 25 ramadhan.

Ø Hari Sabtu maka lailatul qadar pada malam ke 23 ramadhan.

Mereka yang bertemu dengan lailatul qadar akan terus DINGIN BADANYA kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat maka hendaklah dia segera membaca doa “ ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KARIM TUHIBBUL ‘AFWA FA FU AN NI WAGHFIRLI .”

MENJEJAKI MALAM LAILATUL QADAR

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “ Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul Qadar pada malam – malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam ramadhan”. ( Riwayat imam Bukhari RA ).

Mengapakah kita harus mencari Lailatul Qadar ? Jawapannya ialah kerana malam tersebut merupakan satu-satunya malam yang penuh dengan keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( kira-kira 83 tahun 3 bulan ).

Pada malam tersebut debgan izin Allah para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersolat, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohon kebaikkan daripada Allah SWT.

Membaca satu ayat Al-quran pada malam Lailatul Qadar lebih disukai Allah berbanding membaca seluruh Al-quran hingga khatam pada malam-malam yang lain. Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat. Demikianlah kelebihan umat Muhammad yang diampunkan dosanya pada malam Lailatul Qadar . Doa akan diterima Allah tanpa Hijab melainkan 4 orang yang tiada diampunkan dosannya iaitu :

1/ ORANG YANG KEKAL MINUM ARAK.

2/ ORANG YANG DERHAKA PADA IBUBAPANYA.

3/ ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURRAHIM.

4/ ORANG YANG TIDAK BERCAKAP DENGAN SAUDARANYA

LEBIH DARI 3 HARI.

Sinaran matahari esoknya pula akan tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju ke langit setelah berhimpun di pelosok bumi pada malam Lailatul Qadar.

Selasa, 8 September 2009

DI TINGKAT MANAKAH PUASA KITA.

IBADAT puasa Ramadan adalah fardu ain bagi setiap Muslim dan Muslimah. Kefarduan ini ditetapkan dalam al-Quran, sunnah dan kesepakatan ulama.

"Telah difardukan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah difardukanke atas orang yang terdahulu daripada kamu." (al-Baqarah:83) Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadan." (Riwayat Bukhari)

Berpuasa perlu dilakukan mengikut tatacara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan diterangkan ulama supaya ibadat berkenaan membawa keredaan, keberkatan dan pahala berganda.
Tetapi hari ini kita menemui ada golongan yang berpuasa dengan gaya tersendiri seperti puasa di depan khalayak, berbuka bila berseorangan, manakala ada juga berpuasa perut, tetapi anggota lain tidak.

Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulummuddin menyebut, puasa ada tiga kedudukan iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.

Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat.

Puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Puasa khusus al-khusus ialah menahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya.Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara selain daripada Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk bekalan akhirat dan bukan urusan dunia.

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata, sesiapa yang pada siang Ramadan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, ditulis satu kesalahan kerana ia lahir daripada sikap kurang percaya pada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezeki yang dijanjikan.Tahap puasa seperti ini ialah tahap nabi, as-siddiqin dan al-muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan, tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.Menurut Imam al-Ghazali, bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh, perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

 Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.

 Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.

 Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang haram dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud: "Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram." (al-Maidah:42)

 Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal, tetapi berbuka dengan makanan haram.

 Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.

 Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.

P/S : Teringat pula masa kecik - kecik dulu bila tak tahan puasa sanggup minum air paip pastu kata kat mak yang kita masih lagi puasa.

SALAM NUZUL AL-QURAN ( MUKJIZAT AL-QURAN )



AL-QURAN hanya helaian kertas, tetapi mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kedudukan istimewa dalam Islam.Malah, dikatakan tidak sempurna sesebuah rumah itu jika tidak mempunyai kitab suci berkenaan walaupun peng huninya jarang membaca dan menelaahnya.
Meskipun nampak mudah, tetapi manusia tidak mampu menghasilkan kitab yang sehebat al-Quran. Justeru, sesiapa membacanya diberi ganjaran berlipat ganda dan ia menjadi panduan dalam kehidupan insan.Bagaimanapun, senario masa kini menyaksikan pelbagai pandangan masyarakat terhadap al-Quran. Kitab itu tidak dijadikan panduan hidup, malah ada mem bacanya dengan tidak bertajwid dan gaya bacaan yang janggal dan tidak tahu makna.Sesetengah pula gemar membaca surah tertentu, mengikut musim dan adat bahkan tidak kurang hanya membeli sebagai koleksi sehingga ia dibiarkan berdebu ditelan waktu.Apapun sikap masyarakat Islam terhadap al-Quran, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan mempunyai hikmah dan mukjizat yang tidak digambarkan dengan ka ta-kata kepada manusia.Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Hadis Riwayat Muslim)Al-Quran yang mengandungi lebih 6,000 ayat dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti al-Kitab, bermaksud sebuah kitab sebagaimana dijelaskan di awal surah al-Ba qarah, al-Furqaan iaitu pemisah hak dan batil, az-Dzikr dengan makna peringatan dan at-Tanzil bermaksud pe nurunan.Masyarakat Islam wajib mempercayai kitab terbabit ke seluruhan dan berpegang teguh dengannya, malah beriman kepadanya satu daripada enam rukun keimanan, sekali gus tertutup rapat pintu keraguan terhadapnya. “Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 2).Bagi bukan Islam, sesetengahnya masih sukar mempercayai kitab terbabit, bahkan ditambah dengan kekeliruan di timbulkan segolongan pihak, melebarkan kesangsian mereka terhadap kandungan kitab itu.Tetapi yang nyata kitab itu tiada sebarang keraguan padanya, dianugerahkan kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w, malah ia manual yang sesuai diaplikasikan setiap zaman walaupun generasi dan tamadun manusia sentiasa ber ubah-ubah.“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan men datangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding de ngannya walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Quran, surah al-Isra:88)Pensyarah al-Quran, hafazan dan taranum di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Nilam Puri, Ke lantan, Muhammad Lukman Ibrahim, berkata kehebatan, kelebihan dan mukjizat al-Quran menandingi yang lain.Beliau berkata, kitab Taurat dan Injil yang memang dijaga paderi sepanjang waktu boleh berubah, tetapi al-Quran tetap terpelihara daripada perubahan, menjadikannya asli, dahulu, kini dan selamanya.“Pada zaman Nabi dahulu, seorang bernama Musailamah al-Kazzab cuba menandingi al-Quran, mereka-reka ayat al-Quran seperti surah al-Fiil iaitu mengenai gajah.“Antara katanya, gajah...apa itu gajah...ada belalai yang panjang. Orang ramai bukannya takjub dengan kepan daiannya itu, tetapi gelak ketawa, sekali gus gagal mem bawakan ayat seumpama al-Quran,” katanya.Mukjizat al-Quran jugalah memberikan ketenangan, malah melembutkan hati kepada sesiapa yang membaca dan men dengar alunannya. Bahkan Saidina Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengisnya menjadi lembut hati dengan al-Quran.Dalam satu riwayat, Saidina Umar (sebelum menjadi Mus lim) bersama pedangnya menuju ke tempat Nabi s.a.w dan sahabat yang lain, mencari untuk membunuh baginda. Dalam perjalanan itu, beliau disapa Nu’aim bin Abdullah.Nu’aim berkata: “Demi Allah, kamu tertipu oleh dirimu sendiri, hai Umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan bebas di muka bumi selepas kamu berjaya membunuh Muhammad! Sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, selesaikanlah dulu urusan ke luargamu.”Umar bertanya kehairanan: “Siapa yang kamu maksudkan dengan keluargaku dan apa maksudmu?”Nu’aim menjawab dengan senyum sinis: “Iparmu dan anak saudaramu sendiri, Said bin Zaid, bahkan adikmu sendiri, Fatimah binti Khattab, masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad. Hal merekalah yang harus kamu selesaikan.”Mendengar jawapan Nu'aim, kemarahan Umar meluap-luap bagai disengat jengking. Beliau menukar haluan bergegas ke rumah kedua-dua ahli keluarganya itu. Ketika itu, di rumah Said ada seorang sahabatnya, Khabbab Ibnul Aratt yang membacakan ayat al-Quran kepada me reka.Apabila Umar datang, Fatimah segera mengambil lembaran berisi ayat suci itu dan menyembunyikannya di bawah pahanya sedangkan sebaik mendekati rumah terbabit Umar sempat mendengar bacaan Khabbab, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Syair apa yang aku dengar tadi...Aku diberitahu kamu berdua mengikuti agama Muhammad!”Selepas itu, Umar menyerang Said. Fatimah pula melompat dan berusaha menghalang tindakan Umar, namun terkena tamparan hingga kepalanya berdarah. Kemudian, Fatimah berkata kepada abangnya itu: “Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang sudah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasul-Nya, Muhammad. Kini kamu sudah mengetahuinya. Perbuatlah sesuka hatimu ter hadap kami. Kami tidak gentar sedikit pun.”Selepas Umar melihat darah pada kepala adiknya, beliau menyesal lalu menahan marahnya dan berkata kepada adik nya: “Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang aku dengar tadi supaya aku dapat mempertimbangkan apa yang diajarkan Muhammad kepadamu.”Fatimah memberikan lembaran ayat suci itu kepada abang nya, Umar. Dalam lembaran itu tertulis surah Taha. Selepas selesai membaca lembaran itu, Umar berkata: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”Bermula detik itulah Umar memeluk Islam. Hatinya yang keras menjadi lembut selepas menatap ayat suci al-Quran.Lukman berkata, ayat al-Quran tidak seperti teks lain kerana gaya bahasanya tinggi dan hal ini diperakui sendiri kalangan orang Arab yang mahir dalam ilmu bahasa.“Orang kita, bahkan bangsa lain yang tidak begitu tahu mengenai ilmu bahasa terbabit tidak mampu menilai dan merasai kehebatan gaya bahasa terbabit, sebagaimana orang Arab.“Tetapi bagi orang Arab, walaupun mereka menilai ke tinggian gaya bahasa dan keindahannya, mereka gagal me ngadakan ayat seumpama itu,” katanya.Beliau juga menyangkal sekeras-kerasnya, jika ada orang yang mengatakan ayat al-Quran seperti bentuk nyanyian, puisi atau syair. “Saya sendiri ada melakukan kajian terhadapnya dan me mang terbukti ayat-ayatnya tidak boleh dilagukan seperti nyanyian, syair atau qasidah. “Ia mempunyai tajwid dan membacanya mesti mengikut hukum terbabit. Inilah keistimewaan al-Quran,” katanya.“Dan ini ialah kitab yang Kami turunkannya yang di berkati...” (al-Quran, surah al-An’anm:155)

p/s : Al – Quran sumber kehidupan, panduan bagi mereka yang ingin Berjaya dan penyelamat bagi mereka yang hanyut serta sebagai syifa penyembuh penyakit.

Isnin, 7 September 2009

Semboyan Buat Semua.

Hamba yang daif ini amat berterima kasih kepada sahabat - sahabat yang mengunjungi blog sekangkang kara hamba ini. Biar pun pada pandangan sekilas sememangnya blog hamba ini tiada nilainya buat mereka-mereka yang lebih berilmu namun di hati hamba blog ini merupakan hasil fikiran dan titik peluh hamba memerah otak memikirkan apa yang hendak di ketengahkan kepada semua. Oleh itu blog ini amat berharga di hati sanubari hamba.
Oleh itu amatlah hamba berbesar hati kepada sesiapa yang melawati serta meninggalkan sekelumit ulasan bolehlah kiranya dapat memperkenalkan diri agar dapat hamba mengenali saudara semua dan membalas ulasan yang di berikan. Hamba amat bersukacita sekiranya Tanpa Nama yang meninggalkan ulasan dapat memperkenalkan diri kepada hamba bagi memudahkan hamba berkongsi ilmu bersama saudara.
Tidak lupa juga kepada sahabat - sahabat yang sudi menjadi ahli blog yang daif ini hamba ucapkan terima kasih yang tidak terhingga semoga dengan usaha kita yang sedikit ini akan dapat di manfaatkan di kemudian hari.

Masjid Bandaraya kebanggaan umat Islam di Sabah

Masjid Bandar Kota Kinabalu yang diambil alih pada tahun 1974 dari SDA Sabah.

JAM menunjukkan tepat pukul 12.23 tengah hari dan cuaca panas terik begitu dirasai di bandar raya Kota Kinabalu yang terletak bersebelahan dengan Laut China Selatan.
Perbezaan waktu di negeri ini iaitu kira-kira sejam berbanding di Semenanjung menyaksikan laungan azan turut berkemundang awal memecah kesibukan bandar raya pesisir pantai itu.
Penulis yang berada berhampiran sebuah bank di bandar raya ketika itu terus tercari-cari arah suara azan itu.


Tidak berapa jauh berjalan dan sebaik sahaja melintasi jalan besar, mata penulis terpandang sebuah bangunan kuning di atas bukit yang tidak salah lagi tempat bilal melaungkan azan.
Langkah terus diatur dan terasa sedikit kepenatan menaiki bukit untuk ke masjid yang terletak di tengah-tengah bandar raya itu.


Namun sebaik sahaja sampai di hadapan masjid berkenaan langkah kaki penulis terhenti seketika sebaik sahaja ternampak tulisan SDA di tiang kubah masjid berkenaan.
Namun penulis gagahi juga langkah meskipun perkataan SDA atau pun Seven Day Adventist itu begitu banyak menimbulkan persoalan kepada penulis yang merasakan ia adalah satu daripada aliran bagi penganut agama Kristian.


Selepas menunaikan solat Zuhur bersama para jemaah, hati penulis yang masih diselubungi seribu satu persoalan terus bertanya kepada salah seorang jemaah.
"Masjid ini merupakan sebuah gereja satu masa dahulu, namun saya tidak tahu lebih lanjut mengenai sejarah masjid ini, tetapi saya rasa ia di bawah jagaan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)".
Ekoran perasaan ingin tahu, penulis terus mengatur pertemuan dengan Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussin.
Menurut Abdullah, masjid tersebut yang dikenali sebagai Masjid Bandaran berasal daripada sebuah gereja yang dibina sekitar tahun 1930-an.
Katanya, masjid yang kini dimiliki USIA itu dibeli dengan harga kira-kira RM1.05 juta atas arahan daripada Yang Dipertua USIA ketika itu iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun.
Menurutnya, penyerahan kunci gereja berkenaan telah dilakukan pada hari Jumaat, 20 Disember 1974 dalam upacara sederhana.
Beliau berkata, kunci gereja itu telah diserahkan oleh wakil jawatankuasa gereja berkenaan kepada Setiausaha Agung USIA pada waktu itu, Datuk Abdul Hamid Egoh.
"Selain kejayaan menegakkan syiar Islam melalui gerakan-gerakan dakwah, USIA juga mengambil satu langkah berani dengan membeli bangunan gereja SDA di Kota Kinabalu, berhampiran padang Bandaran Kota Kinabalu.
"Gereja yang terletak di kawasan seluas 0.56 hektar itu kemudian diubahsuai sebagai tempat beribadat bagi orang Islam yang tinggal sekitar bandar raya Kota Kinabalu, di samping dijadikan pusat kegiatan dakwah termasuklah ceramah-ceramah," katanya.
Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid ditepi jurang yang (hampir runtuh). (at-Taubah: 109)
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, Sesiapa yang membina masjid, Allah SWT akan bina baginya sebuah rumah di dalam syurga. (riwayat Muslim).


Pembelian gereja
Abdullah berkata, kejayaan pembelian gereja berkenaan yang kemudiannya ditukar kepada masjid amat bermakna kepada umat Islam.
Katanya, lokasi masjid berkenaan mempunyai unsur dakwah dan mempunyai nilai dakwah yang begitu tinggi.
"Nilainya ialah ia kepunyaan bukan Islam, jadi kemampuan kita membeli menunjukkan kekuatan Islam yang mana kita dapat menguasainya dengan baik tanpa ada bantahan keras," katanya.
"Meskipun masjid Bandaran yang dikenali juga sebagai masjid SDA bukanlah masjid pertama di negeri ini, namun masjid tersebut memberi impak besar kepada perkembangan Islam di negeri ini.
"Sebenarnya sejarah masjid tersebut yang berasal dari sebuah gereja SDA cukup bererti selepas ia kini bertukar menjadi sebuah masjid yang sentiasa dikunjungi umat Islam," katanya.
Dalam pada itu katanya, reka bentuk bangunan utama masjid itu kini masih dikekalkan, cuma loceng gereja telah tiada selain pembinaan bangunan tambahan di bahagian belakang yang turut menempatkan asrama pelajar tahfiz. Ia mula beroperasi pada 2007.
Pusat yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syafibiyah (PPTQAS) itu mula ditubuhkan pada 2005 di Kepayan sebelum dipindahkan ke masjid itu ekoran pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Pusat itu kini mempunyai 29 pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja yang miskin dan tidak mampu meneruskan pembelajaran di peringkat sekolah.
Selain itu, terdapat juga anak yatim dan juga remaja yang baru masuk Islam dan ingin memahami dan mempelajari ajaran Islam.
Pusat yang diketuai oleh Julniealam Amilussin itu telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JAHEINS). Ia turut dikendalikan oleh Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Yuran pengajian adalah RM350.
Menurut Abdullah, sehingga kini lambang SDA masih lagi dikekalkan pada menara masjid yang menempatkan pembesar suara.
Katanya, bagi memastikan arah kiblat yang betul, para jemaah yang bersembahyang tidak mengadap hadapan masjid berkenaan tetapi menyerong ke kiri.


Menyingkap mengenai sejarah sehingga terjadinya pembelian gereja berkenaan, beliau menyifatkannya sebagai satu rahmat dan kurniaan Allah kepada umat Islam.
Kata Abdullah, Abdul Hamid yang bertanggungjawab dalam perbincangan membeli gereja berkenaan pernah menyatakan bahawa beliau tidak pernah terbayang rancangan membeli gereja berkenaan akan menjadi kenyataan.
"Pada mulanya, Abdul Hamid memberitahu Tun Mustapha harga jualan RM80,000 dan apabila mendengar harga tersebut Tun Mustapha bersetuju.
''Tetapi tidak tahu di mana silapnya, harga sebenar gereja berkenaan adalah RM800,000. Abdul Hamid kembali memaklumkan kepada Tun Mustapa dan beliau yakin Tun Mustapha tidak akan bersetuju dengan harga tersebut.
''Namun alangkah gembira Abdul Hamid apabila beliau menghantar memo kepada Tun Mustapha mengenai tanah yang turut menempatkan gereja itu, beliau juga bersetuju dengan harga itu," katanya.
Dalam pada itu bendahari masjid SDA, Abdul Kahar Abdul Rahman berkata, masjid yang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua USIA, Datuk Lajim Ukin itu tidak mendapat peruntukan daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun katanya, elaun bagi imam dan bilal masjid yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan itu dibayar oleh USIA.
"Kita tidak ada peruntukan bulanan dan cuma menggunakan tabung bulanan selain sumbangan dari orang ramai," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada terdapat usaha daripada sesetengah pihak untuk membeli masjid berkenaan, beliau menjelaskan USIA tidak akan sesekali menjual aset berharga itu.
Mempertahankan
"Memang ada saya dengar ada cubaan hendak membeli dan memberi tekanan satu waktu dulu tetapi sebagai sebuah NGO Islam, USIA akan terus mempertahankan masjid ini dan satu kegagalan bagi kami sekiranya ia dijual kepada pihak lain," ujarnya.
Ini sesuai dengan firman Allah: Hanya yang berhak memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, serta tidak takut melainkan Allah, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk daripada Allah Taala (at-Taubah: 18)
Sementara itu, katanya, USIA juga berharap mana-mana pihak dapat memberikan bantuan bagi menambah baik lagi masjid berkenaan.
Tambahnya, bantuan orang awam juga amat perlu bagi membesarkan lagi asrama yang menempatkan pelajar tahfiz.
Bantuan boleh disalurkan terus kepada pihak USIA dengan datang ke pejabat USIA di alamat Bangunan Ibu Pejabat USIA, Jalan Sembulan, Peti Surat 10316, Kota Kinabalu atau menghubungi 088-240151.


p/s : kredit ana tujukan kepada blog suara muaalaf kerana ana mendapat maklumat ini atas kerjasama mereka.

Ana teringat kembali kepada ayah saudara yang kini menghidap kencing manis kerana beliau pernah menjawat jawatan sebagai imam besar masjid bandaran suatu masa dulu.

Ahad, 6 September 2009

Semboyan buat mereka yang bergelar ISLAM...Catatan dari seorang MUAALAF ( Kisah Benar )

"Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...Baca dan Renungkanlah. ...Kisah Farhan b. Abdullah, seorang mualaf yang mengisahkan perjalanannya memeluk Islam.

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat.

Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!! Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).... "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat iaitu:-
1. Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
2. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3. konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz ituke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... " Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan saya........ ." Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.

Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu. 6 tahun saya di PERKIM, Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.

Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja! Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa Agungnya kekuasaanMu. ...Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini saya pendakwah bebas.

Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!! Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..pura-pura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah!!!

Sabtu, 5 September 2009

FADHILAT SOLAT TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

SALAM RAMADHAN

Salam ramadhan diucapkan kepada semua umat islam...
mungkin ana terlambat sedikit untuk mengucapkan salam ramadhan ini dan menulis artikel mengenai ramadhan. Ana sememangnya mahu menulis mengenai bulan ramadhan dan puasa ini tapi ana tidak mempunyai kesampatan berbuat demikian kerana terlalu sibuk mengurus beberapa perkara yang lebih perlu di samping ana sendiri tidak mempunyai kemudahan internet, tapi alhamdullilah sekarang ana dipermudahkan Allah untuk menulis di ruangan blog ana ini.
Pada kali ini ana cuba mengetengahkan hadis-hadis mengenai fadhilat bulan ramadhan agar kita semua mengetahui peri pentingnya amalan puasa di bulan ini. Ana juga percaya dengan mengetengahkan hadis-hadis fadhilat ramadhan ini mungkin akan memberikan kita kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa seterusnya mengisi bulan ini dengan pelbagai amalan - amalan yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT...

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Related Posts with Thumbnails