Jumaat, 16 Disember 2011

SAHKAN BENAR..? JIKA BENAR BERALIHLAH KE KOLAM YANG BETUL.


Nampaknya cerita DS Lajim Ukin dengan rancangan melompat partinya terus menjadi bualan hangat peminat-peminat politik Sabah.

Bermacam-macam andaian boleh didengar, antaranya termasuklah anggapan bahawa Lajim sebenarnya hanya menjadi kuda Trojan kepada DS Najib dan BN untuk memecah-belahkan peluang Pakatan Rakyat.

Di sisi yang lain pula Lajim juga dikatakan bakal menjadi faktor untuk membolehkan KL campur tangan bagi mengekang hasrat DS Musa Aman untuk memilik-keluargakan ‘winnable seats’ BN dalam PRU akan datang.

Demikianlah indahnya demokrasi. Semua orang bebas membuat apa juga andaian. Sama jugalah dengan menetapkan parti yang ingin disertai. Semua orang bebas membuat pilihan.

Dalam hal ini, kalau betul Lajim akan meninggalkan BN, hasratnya memang harus dialu-alukan. Setidak-tidaknya ia bakal menjadi satu lagi bukti tentang kematangan dan keunikan politik Sabah.

Dalam pada itu tidak salah juga sekiranya kita mengingatkan Lajim supaya memastikan langkah yang diambilnya tidak sekadar menguntungkan diri, orang sekeliling dan segelintir orang tertentu, tetapi juga rakyat Sabah secara keseluruhan.

Melihat pada apa yang mungkin dilakukan oleh Lajim, penyertaannya dalam SFP lebih kepada nak puaskan hati dan nak ajar Musa Aman. Fokusnya lebih terarah ke situ. Agendanya dilihat lebih bersifat kenegerian.

Tetapi itukah sebenarnya yang rakyat Sabah mahu? Itukah yang rakyat Sabah perjuangkan?

Musa Aman hanyalah satu faktor dan bukan faktor utama. Siapa juga yang menggantikan Musa Aman, parti mana yang mengambil alih kerajaan negeri, tidak ada maknanya selagi BN masih berkuasa di peringkat pusat kerana yang menjadi masalah kepada kita di Sabah ialah dasar-dasar Kuala Lumpur. Dasar yang mengabaikan hak-hak rakyat Sabah termasuk yang telah termaktub dalam persetujuan bersama.

Kalau hasrat Lajim meninggalkan BN bukan untuk suka-suka, bukan kerana nak buat harta, maka dia sepatutnya melompat ke kolam yang betul. Takkanlah anda meninggalkan kolam beracun kemudian melompat ke kolam yang tak berair sedangkan ada kolam lain yang airnya lebih banyak, lebih bersih dan lebih elok.


kredit to rontogdaily.com

BENARKAH AKAN BERLAKUNYA PESTA KATAK LOMPAT SEBELUM PRU 13..?


Betulkah Datuk Seri Lajim Ukin akan meninggalkan UMNO dan menyertai sebuah parti lain sebelum PRU ke-13 nanti?

Parti manakah yang akan disertainya nanti? PKR, kerana dia khabarnya berjumpa dengan Anwar di Singapura baru-baru ini? Atau Sabah People’s Front (SPF)?

Akan ada lagikah pemimpin-pemimpin UMNO yang akan mengambil langkah yang sama?

Betulkah semuanya kerana tak puas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Musa Aman?

Betul jugakah ada pemimpin-pemimpin Bumiputera dalam SAPP akan keluar dan menyertai SPF?


Benar jugakah Timbalan Presiden UPKO, Wilfred Bumburing juga hanya menanti masa meninggalkan partinya dan menyertai sebuah parti pembangkang?

Betulkah ramai yang akan mengikut jejaknya meninggalkan UPKO?

Bagaimana pula dengan berita bahawa Presiden UPKO, yang juga menteri kabinet di pusat, Tan Sri Benard Dompok sudah mula mengemaskan barangnya di Kuala Lumpur dan bersedia untuk mengangkutnya balik ke Sabah sebelum Krismas nanti?

Kenapa?

Acara besar apakah yang akan berlangsung di dewan Hongkod Koisaan, yang di miliki oleh Kadazandusun Cultural Association (KDCA) di Penampang pada 28 Januari akan datang?

Akan berubah lagikah lanskap politik Sabah kerana/dan selepas semua ini?


kredit for rontogdaily.com


RAMAI KM, TAPI TETAP MISKIN.



Ketua Menteri Sabah yang pertama ialah Presiden UPKO, Donald Stephens pada 1963. Pada 1965 Kerajaan Pusat arah Stephens meletakkan jawatan kerana tindakannya mendesak kedudukan Sabah dan Malaysia Agreement 1963 dikaji semula setelah Singapura keluar dari Persekutuan.

Stephens menggantikan tempat Peter Lo sebagai Minister OfSabahAffair di peringkat Pusat. Peter Lo dari SCA dilantik sebagai KM Sabah yang ke -2 dalam interim government sebelum pilihan raya umum negeri yang pertama 1967.

Tun Mustapha adalah KMSabahyang ketiga setelah USNO mengatasi jumlah kerusi UPKO. Tapi pada 1975, kerana Tun Mustapha enggan setuju royalti minyak 5%, KL tubuhkan parti baru jatuhkan kerajaan Tun Mustapha.

Tun Razak meminta Tunku memujuk Tun Mustapha berundur dan meletakkan jawatan sebagai KM Sabah. Dan berjanji akan membubar BERJAYA dan mengekalkan kerajaan USNO.

Timbalan Presiden USNO, Tun Mohd Said dilantik KM Sabah yang keempat, kira-kira 8 bulan sebelum pilihan raya negeri 1976. BERJAYA tidak dibubarkan KL.

USNO kalah kepada parti BERJAYA pimpinan Tun Mohd Fuad (Donald Stephens) dan TunStephens kali kedua dilantik sebagai KM Sabah yang ke 5.

Pada 6-6-1976, Tun Stephens terbunuh dalam nahas kapal terbang. Timbalan Presiden BERJAYA, Tan Sri Harris Salleh dilantik sebagai KM Sabah yang ke-6.

Pilihan raya negeri 1985, BERJAYA kalah kepada parti PBS dan Datuk Pairin Kitingan dilantik KM Sabah yang ke 7.

Pada pilihanraya 1994, PBS menang tipis tetapi kerajaan Pairin tumbang setelah beberapa orang wakil rakyatnya menyertai BN.

Tun Sakaran Dandai dilantik KM Sabah yang ke lapan. Beliau memegang jawatan itu tak sampai 8 bulan untuk dilantik sebagai TYT Sabah.

Datuk Seri Salleh Said dilantik sebagai KM yang kesembilan menyambung tempuh Tun Sakaran. Selepas 16 bulan Salleh diarah KL untuk memberi laluan kepada presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee sebagai KM Sabah yang ke-10.

Selepas dua tahun, tempat Teck Lee diambil alih Tan Sri Bernard Dompok mewakili parti UPKO. Dompok adalah KM Sabah yang ke-11. Malangnya, Dompok, hanya menjadi KM selama 8 bulan kerana tewas pada pilihanraya negeri 1999 di kawasan DUN Moyog.

Datuk Osu Sukam menggantikan Dompok sebagai KM Sabah yang ke-12. Selepas 2 tahun tempat Osu diambil alih presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat pada 2001.

Pada 2003, Datuk Musa Aman menjadi KM Sabah yang ke – 13 hingga sekarang….

Sejumlah 13 KM Sabah. Jumlah yang paling ramai berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Dua orang hilang jawatan KM kerana kerajaan pimpinan kalah, Tun Said (USNO) 1976 dan Harris Salleh (BERJAYA).

Manakala dua KM hilang jawatan kerana kalah walaupun parti menang dan kerajaan mereka menang. Peter Lo (SCA-Perikatan) 1967 dan Dompok (UPKO-BN) 1999.

Hanya seorang mati dalam jawatan, Tun Fuad Stephens.

Manakala 8 KM Sabah yang lain hilang jawatan kerana arahan Kuala Lumpur!


KREDIT : RONTOGDAILY
Related Posts with Thumbnails