Sabtu, 22 Ogos 2009

BENARKAH ANA MU'ALIM...

Setiap kali ada masa dan acap waktu
Ana di cari di perlu serta di kehendaki
Tapi di mana ana kala itu
Bersembunyi di tepi kali
Bertelengkup melenyapkan diri
Berselubung di dalam selimut
Bergelap terkurung sunyi sepi

Ada kondisinya ana hebat mengaji
Di tengah lautan himpunan umat
Suara ana hilang mengecil tak di dengari
Di kala umat berdiri sedia
Menghadap Rabb yang Maha Suci
Ana duduk terperuk di sisi kaki

Berceramah kifayah ana lah orangnya
Namun sampai masa ana duduk jadi pemerhati
Sehingga yang menunaikan kifayah itu
Hanya mereka yang sepatutnya mengoyang kaki

Segera menghilangkan diri
Bila di minta memimpin solat
Banyaknya alasan saat ketika
Undangan ceramah banyak menanti

Mereka kata mu'alim itu tahu semuanya
Hal-hal agama mu'alim lah heronya
Namun bagaimana halnya dengan ana
Adakah mereka tidak mengetahui
Ana mu' alim bukanlah ada ilmu yang tinggi
Tapi ana harus sedari
Tanggungjawab mu'alim begitulah yang akan terjadi
Bagi umat yang memandang tinggi
Zarah di balik pulau dapat diperhati
Gajah di depan mata menjadi lutsinar tak disedari
Andaikata ana mu'alim tak bersedia
Bolehkah ana terus berkata
analah mu'alim petunjuk cara

Segulung ijazah sekelumat sijil
Tanda ilmu menggunung di dada
Di pundak ini terpakunya tanggungjawab yang perlu dilaksana
Adakah ini menjadi ukuran
Bahawa ana adalah mu'alimnya...

Khamis, 20 Ogos 2009

GAMBAR KOTA KLIAS DAN SUNGAI KLIAS.

MUNGKIN DI SINI LAH DULU SUNGAI KLIAS YANG MENJADI TEMPAT PEMERINTAHAN SAULTAN AWANG ALAK BETATAR.

MERCU TANDA KAMPUNG KOTA KLIAS SEKARANG YANG DULUNYA DI KENALI SEBAGAI KG. SUNGAI KLIAS.


SUASANA PEMANDANGAN PADA MASA SEKARANG DI SEKITAR SUNGAI KLIAS YANG DIKATAKAN MENJADI TEMPAT YANG MENGHUBUNGKAN KLIAS DENGAN NEGARA BRUNAI SEMASA PEMERINTAHAN SULTAN AWANG ALAK BETATAR.

TUNTUTAN SULTAN SULU KE ATAS BORNEO (SABAH)

Pada tahun 1930, mengikut penjelasan daripada sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil, kesultanan sulu telah membuat tuntutan ke atas borneo (sabah) akan tetapi, telah ditolak oleh pihak mahkamah tinggi jesselton pada ketika itu. Tuntutan kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada tahun 1962 dan kesemuanya telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini jelas pada waktu itu walaupun borneo (sabah) adalah di bawah jajahan british akan tetapi, pihak british memang telah mengakui bahawa kesultanan borneo (sabah) memang wujud. Makanya, tuntutan sultan sulu ke atas borneo (sabah) telah ditolak disebabkan sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil bin sultan okk setia pahlawan awang kassim bin sultan awang koyoh bin sultan awang alak betatar telah membuat penjelasan dengan panjang lebarnya kepada pihak pegawai-pegawai british pada waktu itu serta telah dapat meyakinkan pihak berkenaan bahawa borneo bukan tanah jajahan sultan sulu.

Adalah wajar bagi keturunan Sultan Sulu melupakan saja niat untuk membuat tuntutan ke atas borneo kerana mereka langsung tidak mempunyai apa-apa hak untuk berbuat demikian, andaikata keturunan sultan sulu ini membuat tuntutan ke atas borneo hanya kerana mereka mempunyai hak ke atas tanah ini maknanya kita orang-orang bisaya lagi berhak membuat tuntutan ke atas tanah ini,kerana kita adalah Tuan pewaris kepada KESULTANAN AWANG ALAK BETATAR yang mengasaskan kerajaan pemerintahan borneo di bawah kesatuan kaum bisaya.

Selesai lah sudah artikel saya mengenai salasilah susur galur keturunan bisaya. segala yang baik itu datang nya dari Allah dan segala kekhilafan datang dari kelemahan dan kemunduran akal fikaran hamba jua...

WALLAHHU A’LAM BIS SAWAB…

ADAT DAN KEBUDAYAAN

Kaum asli bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli bisaya. Anak gadis kaum asli bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan kaum asli bisaya adalah seperti:

• Tarian liliput bisaya
• Jipin (zapin) bisaya
• Alat tradisional kulintangan bisaya
• Pencak silat bisaya dengan muzik bamboo
• Tarik tali
• Bermain gasing
• Bermain layang-layang
• Ugang bamboo
• Badaup terutama semasa menuai padi
• Mibulang iaitu penggunaan binatang kerbau
• Tarian bubu mangalai dengan menggunakan jampi serapah (ya bamban ya lukah, ya bamban eh basari, main kita si ipar muda, silukah pandai menari)
• Berambit/bahambit
• Menimbang anak kecil yang lahir pada bulan safar
• Lastik/melastik
• Panah/memanah
• Andiban/alat membujak binatang liar
• Perubatan tradisional bisaya
• Pakaian tradisional bisaya
• Kuih-muih tradisional bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit, dan lain-lain.

Kesenian dan kraftangan bisaya

Seperti juga dengan kaum-kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri. Craftangan mereka adalah berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan. Antara yang terdapat disini adalah kalambigas, lasok dan salihid.




• Kalambigas adalah alat yang diletak pada leher kerbau untuk menarik rumbia atau goyodan.



• Lasok adalah alat yang digunakan untuk mengankut repau atau barang keperluan.



• Salihid adalah alat yang digunakan untuk menangkap ikan.

TARIAN KAUM BISAYA.

Kaum bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu tarian tradisi kaum bisaya
Sama juga dengan suku kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai tarian tradisinya tersendiri. Tiga daripada tarian tersebut adalah tarian sayau bagarus,tarian liliput dan tarian bubu.

tarian sayau bagarus adalah tarian yang menceritakan cara kaum bisaya mendapatkan hasil sagu, iaitu sejenis makanan tempatan. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia, membuka kulit, mangarus, menginjak dan menyaring. Ceritanya proses mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan mereka mencipta tarian sayau bagarus. Tarian ini terkenal dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang.

Tarian liliput pula biasa ditarikan untuk mengubati orang sakit. Maksud liliput adalah meliputi atau mengelilingi, oleh itu tarian ini adalah tarian meliputi atau tarian mengelilingi. Kaum bisaya percaya bahawa sakit adalah disebabkan oleh ilmu sihir dan roh pesakit perlu ditarik balik ke badan pesakit tersebut. Tarian ini dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantu-pembantunya dengan bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari tarian liliput sehingga pesakit sedar atau sembuh. Penari bagi tarian ini memakai pakaian hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.

Tarian bubu yang biasanya dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Mereka percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi bagi mereka dengan dunia lain.
Selain itu terdapat juga dua tarian lain, iaitu tarian anak kuda dan tarian
putera di gadong tapi saya tidak dapat banyak info mengenai dua tarian ini kerana tarian ini sudah lama tidak di persembahkan.

alat yang mengiringi semua jenis tarian bisaya.

BISAYA PELAYAR PERTAMA BORNEO.

Artikel bisaya pelayar pertama borneo telah saya temui di laman wikipedia, dan sekiranya fakta ini benar maka kita kaum bisaya perlu merasa bangga dan mengakui bahawa kita adalah tuan ke atas tanah borneo ini. Ini adalah kesimpulan saya sendiri kerana fakta yang saya temui dan telah saya nukilkan pada artikel sebelum-sebelum ini menyatakan bahawa kita orang bisaya lah yang telah mempunyai peradaban dan tamadun terlebih dahulu dari suku kaum yang lain ini disokong oleh fakta yang saya temui iaitu kita kaum bisaya adalah kaum pertama yang mempunyai kerajaan dan berlayar serta menamakan pulau borneo ini. Namun fakta ini jarang kita jumpai dalam buku sejarah,mungkinkah ada pihak-pihak yang cuba melenyapkan sejarah bangsa kita supaya anak generasi kita tidak mengetahui asal-usul bangsanya sendiri. Berikut adalah cerita yang telah saya temui yang menyatakan kita adalah pelayar yang mengelilingi pulau ini dan menamakannya.

Pada suatu ketika pelayar bisaya bernama awang semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan borneo ini bermula dari sungai klias dan mereka memasangkan kain putih (peraca) di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan awang semaun kembali di sungai klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai pulau peraca dalam bahasa bisaya dan dalam bahasa melayu bermakna pulau saputangan. Penjajah kemudian menamakannya sebagai borneo island (pulau borneo).

Maknanya sebelum kedatangan penjajah , kaum bisaya telah menamakan pulau ini sebagai pulau peraca tetapi setelah kedatangan penjajah ia ditukar nama menjadi pulau borneo seperti yang telah kita kenali sekarang. Sebagai warga bisaya, saya berasa perlu bagi kita mengkomersilkan kembali nama pulau peraca ini agar anak generasi kita akan datang tahu bahawa pulau ini pulau nenek moyang kita.

ASAL – USUL PERKATAAN BISAYA.

Dalam artikel ini akan saya cuba kupaskan beberapa fakta dan maklumat yang saya temui dari mana munculnya perkataan bisaya ini. Terlalu banyak fakta dan maklumat yang dijumpai yang menerangkan asal-usul perkataan bisaya itu,namun saya sendiri sukar menentukan yang manakah sebenarnya adalah fakta sebenar. Ada 4 fakta sejarah yang saya temui 1 daripadanya adalah melalui cerita yang di sampaikan oleh kaum ini sendiri mengikut kepercayaan yang di rawikan dari generasi yang lalu dan 3 daripadanya adalah daripada tokoh pengkaji sejarah. Marilah kita sama-sama menilai fakta asal-usul bisaya ini :

Fakta pertama :
Menurut kepercayaan tempatan, perkataan bisaya berasal daripada sebutan “mabisa iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada bisaya sehingga pada hari ini. Perkataan ini muncul dari kaum ini sendiri.

Fakta kedua :
Sementara itu, beyer h.o pada tahun 1926, hester e.d pada tahun 1954 dan harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan bisaya kemungkinan berasal dari empayar srivijaya (sonza, 1972).

Fakta ketiga
pada tahun 1960, john carol menyatakan bahawa perkataan bisaya berasal dari pahlawan bangsa yang bernama sri visaya. Saya tidak pasti siapa pahlawan ini,kemungkinan juga beliau adalah pahlawan filipina dan dari namanya muncul suku kaum visaya filipina dan fakta ini tertolak dari asal-usul bisaya borneo.

Fakta keempat
Derek headly (1950) menyatakan lagenda bisaya borneo apabila sultan brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk bisaya dan baginda memberitahu “bisai-yah!” Yang bermaksud betapa cantiknya.

Semua kenyataan diatas dalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan bisaya yang sebenarnya. Bangsa bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di borneo (sabah) sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini.

Kemahiran suku kaum bisaya di atas muka bumi borneo (sabah) ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok sagu, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya.

Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.di lautan, suku kaum bisaya mahir menangkap ikan untuk dimakan.

Lebih kurang pada abad ke-13 (1300m), kaum bisaya mempuyai ketua yang digelar sebagai sultan awang alak betatar bin bonian mas kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai sultan muhammad shah pada tahun 1363 masihi.

Pada tahun 1370 masihi, baginda sultan muhammad shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama sultan awang koyoh bin sultan awang alak betatar menjadi pemerintah negeri borneo (sabah) ketika itu manakala baginda sultan muhammad shah telah berhijrah ke negeri brunei dan menjadi pemerintah selaku sultan brunei beragama islam yang pertama memerintah negeri brunei pada tahun 1370 masihi.
Pemerintahan sultan awang koyoh berpusat di sungai klias yang digelar sebagai kota klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar sultan orang kaya kaya setia pahlawan awang kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855 masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil. Baginda mangkat pada tahun 1961 masihi.

KERAJAN PERTAMA DI BORNEO.

Salam kehormatan saya tujukan kepada almahrum sultan awang alak betatar @ sultan muhammad shah kerana menurut kajian dan maklumat serta fakta yang telah saya temui bahawa baginda adalah pengasas kepada kaum bisaya dan ketua masyarakat bisaya pada abad ke – 13 yang lalu. Saya sebagai anak jati bangsa bisaya merasa bangga kerana melalui kajian dan info yang saya dapati bahawa baginda dan masyarakat bisaya dibawah pimpinannya yang menjadi pengasas kerajaan borneo yang pertama di negeri ini. Setelah lebih kurang 70 tahun menjadi sultan di borneo sultan awang alak betatar telah menyerahkan takhta kepada anakanda sultan awang koyoh yang telah menjadikan sungai klias sebagai tempat pemerintahan yang pada masa ini dikenalai sebagai kota klias. Manakala baginda sendiri telah berhijrah ke negeri brunai dan menubuhkan kerajaan brunai dan menjadi sultan pertama di negara brunai. Ini menjelaskan lagi bahawa orang brunai dan kaum bisaya mempunyai perkaitan yang rapat melalui pemerintahan dan kerajaan brunai adalah kerajaan kedua yang berada di kepulauan borneo selepas kerajaan bisaya di sungai klias.
Insyaallah satu masa nanti saya akan cuba mendapatkan gambar kota klias yang telah menjadi tempat pemerintahan sultan awang koyoh. Disini saya menukilkan nama-nama sultan yang telah memerintah kepulauan borneo ini.

Abad ke-13 (1300m) - sultan awang alak betatar bin bonian mas kayangan @ sultan muhammad shah ( peluk islam pada 1363 ).

Tahun 1370 masihi - sultan awang koyoh bin sultan awang alak betatar

Tahun 1621 masihi - sultan orang kaya kaya setia pahlawan awang kassim

Tahun 1855 masihi - sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil

Selepas pemerintahan sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil kerajan ini telah tumbang di tangan penjajah bajingan yang telah menakluki borneo lebih seratus tahun. Namun saya akan cuba berusaha untuk mengesan susur galur waris keturunan sultan tunku laxamana ini untuk dikongsikan kepada semua. Kepada mereka yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi saya dengan kadar segera dan sekiranya apa yang saya nukilkan ini lari dari sejarah yang sebenar saya mohon segera dimaklumkan untuk diperbetulkan.

Rabu, 19 Ogos 2009

LAGENDA KAUM BISAYA.

Lagenda kaum bisaya

Lagenda yang saya tuliskan pada artikel ini adalah berpandukan kepada maklumat yang saya dapati daripada pencarian dan pembacaan dari bahan-bahan yang berkaitan. Samaada lagenda ini adalah benar atau tidak terpulang kepada para pembaca untuk membuat penilaian sendiri. Bagi saya, sungguhpun ini adalah satu lagenda namum ada kebenaran disebalik cerita ini kerana ia masih menepati dengan fakta dan maklumat yang telah saya temui dan telah saya nyatakan pada artikel kerajaan pertama di borneo.

Mengikut lagenda, nenek moyang bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara pulau borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu :
1. Peti berambai atau pati berabai
2. Si garamba
3. Peti garamba
4. Peti runa atau pati bagunak
5. Smaun atau si maun
6. Alak betata atau urak betatar atau lok batata atau awang alah bertabar
7. Seorang perempuan (siti duyah atau duri atau bunga sunting).

Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi raja brunei. Perlumbaan ini dimenangi oleh alak betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi raja brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama sultan mohammad, sultan brunei yang pertama. Menurut catatan pemerintah misi dari china, chang ching tze telah diutus ke barunai (p’o-ni) pada 1370 (tahun ke-3, bulan 9 menurut kalendar hung-wa). Beliau telah mendapati ibu kota barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu sultan mohamad shah (ma-ho-mo-sha [maha mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja china pada masa itu sebagai seorang muslim.

Peti berambai iaitu yang sulung menjadi ‘raja pulau jawa’. ( kemungkinan pulau sumatera yang berada berhampiran dengan borneo ).

Si garampa pula menetap di kawasan limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat bisaya di kawasan limbang timur sarawak. ( dari keturunan inilah datangnya suku kaum bisaya di sarawak dan disinilah kaitan rapatnya bisaya sarawak dengan bisaya sabah ).

peti geramba menetap di kawasan tutong (brunei)

peti runa pula di kawasan sungai kinabatangan (sabah)

smaun di sungai birau ( selatan tutong)

Siti duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama ong sum ping (awang sunting) dan menetap di kawasan gunung kinabalu, sabah. ( kemungkinan mereka ini adalah nenek moyang kepada suku kaum kundasang / ranau, ini hanyalah tekaan saya sahaja ).

Pengenalan kaum bisaya dan perbezaan serta persamaannya.

PENDAHULUAN KATA.

Kaum bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut borneo malaysia dan tertumpu di sekitar daerah beaufort, sungai padas di sabah dan sungai limbang di timur sarawak. Walaupun dari segi bilangan, masyarakat bisaya mempunyai bilangan yang agak kecil, kehadirannya adalah lebih ketara di daerah beaufort. Kaum bisaya adalah kaum yang paling ramai. Mengikut banci penduduk yang telah dibuat 10 tahun (1991) yang lalu, jumlah penduduk bisaya di seluruh negeri sabah ialah seramai 30,000 orang.

Kebiasaannya dalam upacara perkhawinan, pihak pengantin diwajibkan memberi hantaran perkahwinan. Bagi penganut islam kaum bisaya, upacara perkahwinan mereka telah dipengaruhi oleh ugama islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka.

Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima islam pada awal kurun ke-13. Ketua bisaya yang pertama adalah awang alak betatar. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku visaya (visayan) di filipina tetapi secara dasarnya, suku bisaya hanya terdapat di borneo sahaja. Akan tetapi visaya yang terdapat di filipina langsung tidak mempunyai perkaitan rapat dengan bisaya di borneo. Jika diteliti sejarah visaya di filipina, ketua mereka bernama lapu-lapu dan merupakan pemerintah mactan. Dan melalui perbandingan bahasa mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa melayu dari bahasa suku visaya di filipina.

Oleh itu adalah tidak wajar kita membuat spekulasi bahawa bisaya borneo dengan visaya filipina adalah sama. Ia adalah jauh berbeza sama sekali,melainkan suku kaum bisaya sarawak adalah cabang dari keturunan yang sama dengan suku kaum bisaya di sabah. Kaitan susurgalur ini akan saya nyatakan pada artikel yang seterusnya. Insyaalah.

GAMBAR - GAMBAR LAMA BEAUFORT

Pada kali ini,saya tidak menulis artikel tapi sekadar berkongsi gambar-gambar lama pekan beaufort dan peristiwa sejarah yang terjadi. Gambar ini saya ambil dari album lama untuk saya masukkan ke dalam blog ini sebagai tatapan kita bersama. saya juga membenarkan kawan-kawan mengcopy paste gambar - gambar ini terutamanya bagi budak - budak sekolah untuk diketengahkan sebagai bahan kerja kursus atau pun yang berkaitan dengany. kepada mereka yang ini berkongsi gambar bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa saja di talian 016 - 8135045.
marilah kita sama - sama menghayatinya.

























bangga sungguh disebabkan kedua orang tua ku terlibat dalam membangunkan pekan beaufort.

KELUASAN DAN KEPENDUDUKAN




1. Daerah Beaufort mempunyai keluasan 173,898 hektar yang
juga mengandungi daerah kecil Membakut seluas 388 km persegi.
Daerah ini terdiri dari kawasan rendah. Daerah ini terletak pada
kedudukan diBarat Daya Negeri Sabah. Jarak antara ibu negei
daripada pusat pentadbiran daerah ini ialah 90 km.



2. Bilangan Penduduk daerah Beaufort sepertimana mengikut
banci yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 1980
ialah seramai 36,404 orang. Dalam Bancian tahun 1991 bilangan
penduduk daerah ini telah meningkat kepada 49,245 orang
berdasarkan purata pertumbuhan penduduk sebanyak 3.5% setahun.
Kini penduduk daerah Beaufort adalah dianggarkan berjumlah
64,756 orang pada tahun 2000



3. Penduduk daerah Beaufort adalah terdiri daripada berbilang
suku kaum. Suku kaum yang terbesar ialah suku kaum Bisaya
(Melayu) 60% diikuti dengan suku kaum Kadazan/Dusun 14%
Brunei/Kedayan (Melayu) 12%, suku kaum Murut 9%, suku
kaum cina 3% dan lain-lain seperti suku kaum Jawa, India
berketurunan Melayu 2%. Keseluruhan peratus kaum bumiputera
ialah 97% manakala 3% pula bukan bumiputera.

Selasa, 18 Ogos 2009

SEJARAH BEAUFORT



Sejarah Beaufort
Daerah Beaufort pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898. Daerah ini pada masa itu tertakluk di bawah pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). Panggilan nama kepada daerah ini adalah mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P. Beaufort. Sebelum itu daerah ini hanya dikenali sebagai Padas sahaja.- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19
Gambar di sebelah kiri adalah Beaufort pada awal 1930an yang dilihat dari atas bukit. Hadapan adalah Padang Bandar. Disebelah kiri adalah Rumah Pegawai Daerah.



Kemudahan Perhubungan dan komunikasi
Pada masa yang lalu penduduk di Daerah Beaufort menggunakan sungai sebagai kemudahan perhubungan, satu-satunya sungai yang terpenting pada waktu itu ialah Sungai Padas dan Sungai Klias. Segala hasil dan pengeluaran penduduk diangkut menggunakan perahu untuk dibawa ke pekan. Keistimewaan yang terdapat pada sungai-sungai tersebut ialah boleh menghubungi beberapa buah Daerah. Sungai Padas boleh menghubungi Daerah Tenom, Sipitang, Weston, Menumbok dan Labuan sementara Sungai Klias boleh menghubungi Daerah Kuala Penyu, Menumbok dan juga Labuan. Ini memudahkan penduduk pada masa itu membawa hasil dan pengeluaran barangan ke Daerah-Daerah tersebut.
Selain daripada perhubungan menggunakan sungai, pembinaan landasan keretapi pada tahun 1900 oleh Chartered Company, Beaufort ke Jesselton (Kota Kinabalu), Beaufort ke Tenom dan Weston ke Beaufort telah juga memberikan kemudahan perhubungan pada masa itu. Landasan keretapi Weston ke Beaufort telah diadakan pada tahun 1963 apabila permulaan pembinaan jalan raya Beaufort ke Weston dan ke Daerah Sipitang telah siap dibina pada tahun 1963.



Majlis Daerah Beaufort
Pada tahun 1951, orang Inggeris mula menjadi Pegawai Daerah bagi Beaufort hingga ke tahun 1968. Bermula dari tahun 1970, penduduk Sabah telah mula menjadi Pegawai Daerah Beaufort sehingga kini.

DSP Kol. Dr Hj Lajim ‘cipta’ Pingat Darjah kebesaran





MASYARAKAT Bisaya di Sabah telah menyambut Perayaan Adau Janang Gayuh pada 18 Julai 2009 di Padang Sekolah Kebangsaan Kerukan, Kuala Penyu bermula 7.30 pagi sementara acara kemuncak perayaan akan diadakan pada sebelah malamnya di dewan Shahbandar Makang, Kuala Penyu dimana ianya akan dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Kol. Dr. Haji Lajim Haji Ukin.
Buat pertama kalinya diadakan penyampaian pingat janang kepada beberapa tokoh pemimpin suku Bisaya yang banyak berjasa kepada masyarakat secara keseluruhannya. Tiga kategori pingat yang disediakan ialah Pingat Seri Setia Janang (PSSJ),Pingat Setia Janang (PSJ), dan Pingat Ahli Setia Janang (PASJ).

Bagi kategori anugerah pula beberapa anugerah disediakan seperti Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Khidmat Awam, Anugerah Keluarga Contoh, Anugerah Wira Kencana, Anugerah Karyawan dan Anugerah Usahawan Contoh.
Wah, dengan duit kita boleh melakukan apa saja yang kita suka. Boleh tahan lah , Lajim Ukin Timbalan Menteri Malaysia pertama yang mempunyai susunan darjah kebesaran dibawahnya. Jangan saja jadi sultan dan bawa Beaufort keluar dari Sabah sudahlah. (hahaha)..

SIAPA PA' MUSA



Pak Musa mengikut sejarah adalah berasal dari Paitan. Setelah menentang British di Paitan selama 7 tahun akhirnya beliau menyerah dan diarah berpindah ke lain tempat oleh British. Berikutan daripada arahan tersebut, Pak Musa telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan pedalaman bawah melalui Kota Kinabalu. Perjalanan Pak Musa dari Paitan ke Kota Kinabalu adalah menggunakan kapal air kepunyaan British. Dalam usaha beliau mencari tempat untuk tinggal di kawasan pedalaman bawah, beliau telah tinggal di beberapa buah tempat seperti Papar tetapi beliau tidak berminat untuk tinggal di sana dan akhirnya memilih Membakut iaitu Kuala Sungai Angitan yang kini dikenali sebagai Kg. Bambangan Membakut mengambil nama sebatang pokok bambangan yang memang berada di sini.
Rombongan Pak Musa sampai ke Bambangan seramai lima orangi aitu Pak Musa sendiri, isteri Pak Musa, Mualas, Sulaiman, Musit Selair dan Absar. Setelah 7 tahun berkampung di Bambangan, beliau kembali semula ke Paitan untuk membawa sanak saudara serta suku-sakat beliau ke Bambangan. Di antara yang menyertai Pak Musa ialah Nailih Mandut, Tikon Mandut, Kuloi, Tutung, Majir Panjang, Amboi, Diah, Ower, Atong, Arat Maning dan Salleh Tabatu. Mereka ini akhirnya beranak-pinak dan beranak cucu di Bambangan hinggalah pada hari ini. Kelebihan yang ada pada Pak Musa pada zaman dahulu ialah beliau dipercayai mempunyai kelebihan yang luar biasa iaitu dianggap sangat kuat menentang British dan Jepun. Ada cerita mengatakan bahawa beliau dapat melompat sungai yang selebar 200 kaki iaitu Sungai Kanibungan, Sandakan. Selain daripada itu, satu kisah lagi berlaku di Pekan Membakut, beliau dikatakan pernah menarik sebuah keretapi yang sedang berjalan sehingga berhenti. Beliau mempunyai anak berlidah hitam tetapi anak tersebut telah meninggal dunia. Beliau dipercayai ghaib dan tidak diketahui di mana beliau berada sehingga sekarang.
Dewan Pak Musa Beaufort sekarang ini ialah mengambil sempena nama Pak Musa yang diceritakan ini. Cadangan ini telah dikemukakan oleh Allahyarham Orang Tua Udin iaitu Ketua Kampung Bambangan yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawantakuasa berkenaan melalui cabutan undi.

Nota:- Sejarah/ latar belakang ini telah diperolehi maklumat-maklumatnya termasuk gambar Pak Musa sekali daripada KK Jabah Bin Amat, Ketua Kampung Bambangan.

Isnin, 17 Ogos 2009

Tazkirah Remaja: Remaja terjebak berpakaian halal, haram

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

Ahad, 16 Ogos 2009

HEBATNYA KITA...

HEBATNYA KITA KHAS UNTUK ANAK-ANAK BISAYA.

Hebatnya kita kala bergaya
Hebatnya kita bila bersuara
Hebatnya kita masa bersama
Hebatnya kita waktu siang sebelum senja
Hebatnya kita kerana dulu kita tak hebat pun
Hebatnya kita kerana dulu kita kehuluan
Hebatnya kita kerana dulu hebatnya kata
Tapi tak hebat sebenarnya kita
Kerana semuanya hanya kosong semata

Hebatnya kita tika ada yang menyanjung
Hebatnya kita tika sudah diatas tak turun-turun
Hebatnya kita tika mereka yang naïf mengenali kita
Tapi tak hebat pun kita tika itu
Hanya dihiasi bangga diri dan keegoan hati

Hebatnya kita hinggakan siapa yang tak kenal kita
Hebatnya kita hinggakan siapa pun boleh diperdaya
Hebatnya kita hinggakan siapa saja
Menuruti segala perintah
Mendengari semua hujjah
Melaksana apa yang dipinta
Menjadi pencacai kuli yang kononnya setia
Tapi tak hebat pun kita kerana siapa pernah berkata
Kita sudah berada di Pundak Mulia…

HIDUP DENGAN SEMANGAT KEBISAYAAN ITULAH KEHEBATAN KITA.

Sabtu, 15 Ogos 2009

ANA USTAZ

Ustaz...

Tugasmu semulia gelaranmu
Umumnya semua tahu
kesalahanmu adalah kehebahan buatmu
kebaikkanmu satu keaiban buatmu
Kekananmu walau sebesar uhud
terhijab mata ini melihatnya
kekirianmu sungguhpun sebesar zarah
tetap tersingkap menjatuhkan mu

Ustaz...

Bermanfaatnya dirimu dikala kifayah melangganmu
Terbuangnya dirimu diwaktu tuntutan tiada lagi
Jasamu dipandang sepi
Tugasmu ditolak ketepi
Penghormatan pada menjadi penghinaan bagimu
Gagal adalah penilaian terbaik buatmu

Ustaz...

Betapa agungnya tugasmu
Bagai mentari yang membawa restu
Menyinari jalanan dalam meniti waktu
Sampaikan Ilmu tanggungjawabmu
Tapi mengapa dirimu terhindar
Bak kumbang mati yang diketepikan tanpa perasaan
Mereka biarkan dikau terumbang-ambing
Tercungap-cungap lemas ditengah kepirokan mereka
Disaat kondisi mematahkan sayap
Membutakan mata mengaburkan hati
Adil kah mereka-mereka ini
Membuat keputusan begitu
Memutuskan keringat mengeringkan liur
Dalam meneruskan perjalanan pena

Ustaz...

Bersalahkah diri mu
Betul kah mereka
Positif kah pandangan mu
Negatif kah penilaian itu.

INDAHNYA BERPERSATUAN



Persatuan melambangkan kekuatan, maka tidak hairanlah persatuan menjadi pilihan dalam mengekspersikannya dalam perjalanan mencari kekuatan dan pengaruh. Satu kebanggaan jika dapat berpersatuan kerana melalui persatuanlah kita dapat menghasilkan sesuatu yang dapat mengubah kondisi umat.Di Sabah saja terdapat berbagai-bagai persatuan yang wujud samaada persatuan yang bermotifkan politik,kemanusiaan,keagamaan dan bermacam-macam lagi, tapi apa yang paling penting adalah persatuan yang menegak kaum. Di Sabah hampir semua kaum yang ada mempunyai persatuannya sendiri,ada persatuannya yang kuat dan ada yang sebaliknya,untuk melambangkan bahawa kaum itu cukup gah dalam menelusuri perjalanan zaman dan mempertahankan kedaulatan kaum, keunikan adat dan memelihara khazana kaum. Di sebalik semua inilah muncul satu persatuan mahu membawa kaumnya kearah kemodenan setelah lama kaumnya terperuk dalam penjara kehuluan. Persatuan ini tidak lain dan tiada duanya ialah Persatuan Bersatu Bisaya Sabah.

Sebagai anak bisaya, F.A.B merasa bangga mempunyai persatuan yang kuat dalam segala aspek demi membangunkan nasib anak bangsa. Di ketuai oleh orang yang mendapat gelaran "Payung Tempat Berteduh Bangsanya" menjadikan persatuan ini cukup hebat dan gah. Di bawah Beliau kaum bisaya mula dikenali diserata tempat, dihormati dan disegani oleh kaum-kaum yang lain. Persatuan ini menjadi semakin hebat dari tahun ke tahun. Penganjuran pesta, sambutan adau janang gayuh semakin menyerlahkan lagi persatuan dan kaum bisaya ini. Adalah menjadi satu kebanggaan kepada anak bisaya kerana mempunyai pemimpin dan persatuan yang begitu hebat.

Tapi sayang biasanya hujan diwaktu pagi takkan sampai kepetang.Sungguhpun persatuan ini hebat akhirnya kehebatan itu akan hilang wajahnya. Menjadi satu kekecewaan kepada FAB dan generasi baru yang lain kerana persatuan yang mencanang mahu membela nasib bangsa ini seolah-olah telah terlari dari landasannya. FAB tidak bercakap kosong atau mahu menghina bangsa sendiri tapi inilah realitinya. Terdapat pelbagai fakta dan bukti yang FAB boleh berikan untuk menyatakan bahawa Persatuan Bisaya ini sudah lari dari landasan.

Persatuan bisaya tidak bersalah tetapi mereka yang berada disebalik persatuan ini yang telah lupa apa yang patut diperjuangkan. Penulisan FAB kali ini adalah untuk menyedarkan kembali mereka-mereka ini. FAB tidak kisah sekiranya selepas ini FAB akan dicemuh oleh bangsa sendiri tapi yang penting seseorang perlu bercakap untuk menampakkan kecacatcelaan dan keharubiruan kita. Permulaan perlu dibuat tanpa mengira bila ia akan berakhir.

Satu Persatuan yang visi dan misinya untuk membangunkan bangsanya perlu berbuat demikian biarpun perlu mengorbankan semuanya kerana tanpa berlaku demikian perubahan tidak akan dicapai. Membangunnya kaum bisaya adalah dengan mengambil iktibar mengapa kita dulunya jauh ketinggalan. Salah satu sebab yang kuat kenapa kita orang bisaya jauh ketinggalan kerana kurangnya orang yang berpendidikan dalam kalangan bangsa kita yang boleh memikirkan dan melaksanakan apa yang dapat membangunkan bangsa. Inilah yang terjadi dalam persatuan kita,ada yang berpendidikan tapi bilangnya sedikit yang ramai didalamnya hanya orang-orang yang mementingkan diri untuk mencari kehormatan dan pengaruh dalam politik. Persatuan dicampurkan aduk dengan politik apa sudah jadi. Persatuan dijadikan tempat agenda untuk berpolitik, SEDAR lah wahai mereka-mereka yang berada diatas persatuan kita untuk bangsa bukan untuk politik.
Alangkah baiknya dipisahkan dua perkara ini.

Agenda untuk politik lebih diutamakan dari pembangunan kaum.kita sudah lama berada dalam penjara kehuluan disebabkan sedikitnya pendidikan adakah perkara yang sama juga kita mahu wariskan kepada generasi yang baru. Kenapa kita sebagai satu Persatuan yang hebat tidak menumpukan pembangunan pendidikan kepada generasi baru supaya akan lahir lagi janang gayuh yang baru dan menyinari persatuan kita.

Kenapa kita suka menganjurkan pelbagai program yang tidak menghasilkan keuntungan pada masa akan datang. Jangan kita terpedaya dengan keuntungan sekarang,orang yang bijak akan berfikir untuk melakukan sesuatu yang membawa keuntungan lumayan untuk masa sekarang dan akan datang. Bukankah sesuatu yang bernilai jika budget yang kita gunakan untuk melakukan aktiviti yang dikatakan untuk mengexpose bangsa digunakan untuk aktiviti yang menjana minda bangsa. Mungkin juga masalahnya persatuan kita ini kekurangan sumber,kalau itulah sebenarnya kenapa tidak diusahakan kalau sudah diusaha mana hasilnya.

Kalau dibandingkan dengan persatuan yang lain kita memang jauh tertinggal dibelakang.mungkin dari sudut yang lain kita nombor satu tiada tandingan tapi dari sudut memberikan pendidikan anak bangsa kita memang tiada value nya. FAB pernah berkerja bersama-sama kaum dusun,persatuannya cukup memberikan perhatian dalam pendidikan sehingga mereka mengadakan kelas bahasa english secara percuma dua kali seminggu selama setahun agar anak-anaknya tidak terpinggir,bukan itu sahaja tapi yang paling mengejutkan FAB kelas ini dibuka kepada sesiapa saja bahkan orang tua pun boleh turut serta,tapi kita persatuan bisaya ada kah pernah melaksanakan aktiviti seperti ini. Ketepikanlah dulu kelas bahasa english lihat kepada yang lebih mudah pernah kah kita menganjurkan kelas bahasa bisaya. Tak pernah pun,,,,
tapi kalau aktiviti yang boleh mmengexpose kita ini hebat FAB rasa cukup banyak dilaksanakan,tak cukup sekali dianjurkan lagi berkali-kali kerana kebanggaan.

Kekecewaan perlu dihiasi dengan kegembiraan,kecacatcelaan perlu diperelokkan,kekurangan harus ditambah baikkan. Melalui artikel ini FAB mahu kita sama-sama berfikir.persatuan kita perlu kembali kearah landasan yang sebenar. Abaikan dulu agenda politik fikirkan kemajuan bangsa.

KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI BANGSA KITA MAHU MAJU,.
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI KITA MAHU PERSATUAN KITA KEMBALI KEHALUAN YANG BETUL.
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI...
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI KITA MAHU HARAPKAN,TAK KAN KITA NAK TUNGGU SAMPAI BANGSA KITA INI BETUL-BETUL BERADA DALAM KEADAAN NAZAK BARU MAHU SEDAR.
KALAU BUKAN PERSATUAN BISAYA...PERSATUAN APA LAGI KITA MAHU HARAPKAN.

TITAH SULTAN JANGAN DI INGKAR.

"Untuk itu rakyat perlulah diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar yang akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir,"

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,"RAJA NAZRIN"

Begitu mendalam titah yang di sampaikan oleh baginda...
terdapat pelbagai pengajaran yang terselidung disebalik kata-kata kiasan. Adalah terlalu hina bagi hamba untuk mentafsirkan kata-kata tersebut kerana tersalah tafsir akan mengundang pelbagai malapetaka yang akan mengheret hamba kelobang-lobang penghinaan. Maka dengan itu sama-sama lah kita mencari maksud yang tersirat disebalik titah baginda.

JANGAN LUPA PADA SEJARAH

Pada tahun 1979, Lee Kuan Yew bercakap kepada NST, Herald dan lain-lain suratkhabar bahawa Singapura sama seperti Israel. Kalau Israel dikelilingi oleh Arab Muslim, Singapura dikelilingi oleh Malay Muslim. Maka tidak hairanlah sejak 1950an lagi Lee Kuan Yew sering mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di KL, dan mengadu juga kepada wakil Duta Amerika Syariket di Singapura tentang ketakutannya kepada orang-orang Melayu.

Sebab itu, pada tahun 1965, apabila Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, Lee Kuan Yew cepat-cepat menubuhkan DAP dan menghantar wartawan Lim Kit Siang untuk mengetuai DAP di Tanah Melayu. Maka itu, PAP adalah DAP, DAP adalah PAP, matlamat mereka ialah menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Orang-orang Melayu terutama generasi muda Melayu tidak sedar, beberapa hari sebelum 13 MEI 1969, DAP telah menghantar ahli-ahlinya mengelilingi bandar KL dan mengapi-apikan orang Melayu dengan kata-kata "MELAYU [ SENSOR DC ], MELAYU BALIK KAMPUNG, MELAYU TANAM JAGUNG ". Dalam buku Tunku Abd Rahman juga ada menyebut peritiwa ini. Mereka membuat provokasi sedemikian kerana mereka (DAP) sudah hampir memerintah Selangor.

Menurut saksi primier di tempat kejadian, orang-orang DAP yang berarak dengan bendera DAP telah membuka seluar mereka dan menayangkan kemaluan mereka kepada gadis-gadis Melayu! Malangnya kini, ada pula puak-puak pimpinan Melayu seperti Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Husam Erdogan teams, dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya boleh tunduk dengan permintaan-permintaab DAP untuk merampas hak-hak orang Melayu yang sedikit itu.

MB Selangor yang baru pulang dari Mesyuarat Raja-Raja Melayu di Terengganu pun boleh lagi memperolok-olokkan resolusi Raja-Raja Melayu. Mengapakah agaknya Melayu PKR yang diketuai oleh Orang Melayu bercakap lidah DAP? Mereka minta UITM dibuka kepada Bukan Melayu dan banyak lagi. Tidak membantah DAP mempertikaikan bahasa Melayu, azan, lagu Negaraku, Raja-raja Melayu, kesamarataan, keadilan semuanya dalam konteks DAP.

Malangnya pemimpin-pemimpin PKR tidak membantah! Adakah kerana terpaksa membalas budi kerana ada wakil menjadi MB dan terpaksa menyejukkan hati DAP yang tengah tahap meroyan kempunan untuk memerintah baik negeri dan negara.

Orang Melayu jangan lupa kaum cina berarak dihadapan rumah Datuk Harun di Kg.Baru ketika 13 Mei sambil melemparkan najis manusia dan najis anjing dipintu pagar rumah beliau. Umum tahu anjing adalah lambang penghinaan dikalangan umat Islam apatah lagi najisnya! Siapa yg merodok perut wanita melayu hingga mati yg ketika itu sedang sarat mengandung didlm panggung Odeon kalau bukan lelaki berbangsa cina dan dgn kejam dia mengeluarkan bayi itu lalu dicampakkan ke lantai! Ini disaksikan sendiri oleh seorang polis melayu yg terselamat dlm peristiwa berdarah tersebut..

Sebelum itu,semua org cina telah diarahkan keluar dari panggung tersebut dgn notis iklan yg dipamerkan dlm bahasa cina sejurus sebelum bermulanya peristiwa berdarah menyebabkan ribuan manusia yg tidak bersalah terbunuh!!














P/s: Kredit ditujukan buat Pak Ndak atas maklumat di atas. Senang untuk aku baca balik. Ya Allah, Jauhkan kami semua daripada malapetaka. Peliharakan keamanan di bumi Malaysia ini...


Oleh: Ampuan Awang @ Sharif NurulMubin

Selasa, 11 Ogos 2009

BISAYA ANTOLOGI

BISAYA...BISAYA...BISAYA...

BENARKAH INDAH KHABAR DARI RUPA
INIKAH BANGSA YANG BIJAKSANA
SUARA BESAR ISINYA TIADA
AYUNAN MIMPI MAHU BERKUASA
YA MUNGKIN SIAPA SANGKA
ARAK AKAN BERUBAH MENJADI CUKA

BISAYA...BISAYA...BISAYA...

BERCAKAP BAGAI NAK ROBOHKAN DUNIA
IMPIAN DIKEJAR SIKIT MENGENA
SAYU SEDIH MENGHIAS DADA
APABILA MMENGENANG NASIB BANGSA
YA MUNGKIN SUATAU MASA
ADANYA WIRI PENYELAMAT NUSA

BISAYA...BISAYA...BISAYA...

BILA BERGAYA MEMANG JUARA
ITU DULU SEKARANG BERBEZA
SELAMAT DIRI, KELUARGA DAN HARTA
ANTARA SEBAB NAK LAGAK BERSUARA
YA MUNGKIN HARAPAN SEMUA
AKAN MUNCUL YANG BERHATI MULIA

BISAYA...BISAYA...BISAYA...

BAIK BURUK NAK KATA SIAPA
INI BANGSA KITA
SILAP SALAH NAK BISING BUAT APA
ALANGKAH BAIK DUDUK SEMEJA
YA MUNGKIN SAMPAI SERUNYA
ALLAH AKAN BUKA PEKUNG DI DADA

BISAYA...BISAYA...BISAYA...

BUKAN KITA NAK MENGATA
IALAH TAK KAN KITA NAK DUDUK TENGOK SAJA
SEKARANG BUKAN MASANYA
APALAGI MAHU MENGADU DOMBA
YA MUNGKIN ADA MASANYA
AKUR DENGAN KEBODOHSOMBONGAN KITA

BISAYA...BISAYA...BISAYA...

B BISAY ERTINYA CANTIK
I ITU, INI LAH KITA
S SATU SAJA BANGSA KITA
A AGAKNYA BILA
Y WHY YOU DON'T BELIVE?????
A ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA

BISAYA...BISAYA...BISAYA...

BERSATU TOKOU SUMINGKOT
ISADA MIAKAN SASAMA TOKOU
JANANG GAYUH HARAPAN TOKOU
MENGIAU DA BANGSA IMPIAN TOKOU
Related Posts with Thumbnails