Isnin, 6 Disember 2010

Selamat Menyambut 1 Muharam 1432H/ 06 Disember 2010M

Sempena pada 1 Muharam yang akan menjelang, saya menyusun 10 jari memohon maaf jika ada setiap artikel yang dipost dan sebarang kekhilafan tanpa disedari yang menyinggung perasaan saudara-saudari. Yang baik itu semuanya adalah datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk adalah adalah disebabkan kelalaian dan kesilapan yang dilakukan oleh diri ini sendiri. Sebagai hambaNya,saya tidak dapat lari dari melakukan sebarang kesilapan. Di tahun baru ini marilah kita menanamkan azam yang baru agar hidup kita lebih diberkati n dirahmati Allah...

Harap Maafkan diri ini.
Jazakallah Khairun..

Doa akhir tahun dan doa awal tahun

Jgn lupa baca Doa akhir tahun ini selepas Asar sebelum azan maghrib (Isnin, 6 Disember 2010), Doa awal tahun pula dibaca selepas azan Maghrib!

InsyaAllah! Semoga diteguhkan iman, dipanjangkan usia dan dirahmati sepanjang masa.AMIN.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Wallahualam..

Related Posts with Thumbnails