Jumaat, 6 Ogos 2010

PINK LADY @ GIRL

Seperti biasa,setiap malam dibebani rasa bosan disebabkan tinggal berseorangan dirumah masa yang terluang dihabiskan dengan membaca buku ataupun menonton television, tepat jam 8 selepas solat isya terus on tv kerana rasa hati mahu menonton berita tv3,sekurang-kurangnya dapat juga mengetahui perkembangan dunia masa kini. Sedang asyik menonton berita hati ni telah dikejutkan dengan berita eksklusif dari tv3 yang mendedahkan satu berita yang amat mengegarkan jiwa dengan isi kandungan beritanya itu secara tidak langsung lidah terucap istighfar,apa tidaknya pendedahan tersebut berkaitan dengan makhluk spesis 2 alam yang mana pada suatu ketika dulu mereka ni pernah di gelar sebagai mak nyah tetapi pada masa kini saat dunia diambang kemajuan gelaran yang diberikan kepada mereka juga bertambah advance yang mana kini mereka dikenali sebagai Pink Girl/Lady. Melalui pendedahan eksklusif itu golongan pink girl/lady ini telah bertambah sebanyak 28% dari tahun 2008 dan telah mencecah lebih ribuan orang,yang lebih mengejutkan majoriti golongan ini adalah mereka yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi dan memiliki Diploma serta Ijazah dalam bidang undang-undang dan komunikasi iaitu sebanyak 65% dari 8 ribu orang.Malam ini akan disiarkan lagi siasatan eksklusif tersebut sebagai bahagian yang terakhir.

Ramai dari mereka ini menjadi kupu-kupu malam dengan bekerja di kelab malam sambil bergaya mengalahkan wanita asli dan ada juga yang seperti bintang Hollywood,yang menjadi kebinggungan ialah apabila diajukan soalan oleh wartawan golongan ini menjawab mereka melakukan semua ni adalah kerana keadaan yang mendesak akibat ketiadaan pekerjaan.???

Bagi saya yang tidak mempunyai kelulusan seperti mereka ini,jawapan tersebut jika difikirkan secara mendalam adalah sangat tidak tepat,ikut logic pun memang akal ni tidak boleh terima atas sebab-sebab berikut :

1- Mereka ini adalah golongan yang berkelulusan dan berpendidikan tinggi,kalau pun mereka tidak dapat bekerja mengikut kelulusan mereka masih ada lagi kerja yang lain yang boleh dipohon oleh mereka,adakah menjadi satu kesalahan apabila kita berkelulusan tinggi bekerja di kilang-kilang atau ladang-ladang dari melakukan perkara yang dikutuk oleh Allah swt.

2- Oleh kerana mereka ini berpendidikan tapi kerana peluang pekerjaan mengikut kelulusan mereka terhad bukankah boleh mereka ini dengan menggunakan kependidikan mereka itu kearah yang lain seperti menjadi usahawan atau membuka perniagaan sendiri.

3- Bagi saya,dengan keadaan Negara kita sekarang ini belum lagi boleh kita halalkan atau mengiyakan pendapat mereka yang mengatakan mereka terdesak melakukanya, sedangkan Negara kita ini kaya dengan pelbagai sumber yang boleh kita manfaatkan untuk menjana ekonomi tinggal saja kita rajin atau malas.

Sesungguhnya perbuatan menukar jantina atau meniru gaya jantina yang berlainan dari kita amat dimurkai Allah dan Rasulullah,bayangkan azab yang telah ditimpakan kepada kaum nabi Luth,mereka telah dihancurkan oleh Allah swt kerana ke perbuatan mereka seumpama ini.

Peningkatan golongan ini yang mencecah 28% amat membimbangkan kita,ini kerana adalah tidak mustahil dimasa akan datang disebabkan peningkatan golongan ini Negara kita akan menjadi seperti Negara Amerika,USA dan Negara eropah yang lain dengan meluluskan undang-undang untuk golongan ini sehingga boleh berkahwin sesama mereka, pada masa itu,apa yang boleh kita lakukan lagi,kita semuanya telah melanggar hokum Allah dengan hanya membiarkan gejala ini semakin meningkat.

Sesungguhnya kiamat telah semakin hampir,dengan berleluasanya gejala ini kita telahpun menghampiri satu tanda kiamat tanpa kita sedari. Benarlah sabdaan insan agung,akan hapir kiamat itu apabila kamu melihat satu golongan yang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai perempuan…sekadar untuk renungan bersama.


Rabu, 4 Ogos 2010

Secebis Tulisan Sempena Sambutan Adau Janang Gayuh.

Sambutan Adau Janang Gayuh telah pun berakhir, setelah hampir seminggu melebarkan sayap meraikan semua warga bisaya akhirnya menyisipkan kembali sayap gagahnya untuk dilebarkan kembali pada tahun akan datang,ini merupakan satu pencapaian terbaik yang telah dicapai oleh PBBS setelah hampir berusia 33 tahun, 33 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat bahkan jika PBBS ini seorang manusia tempoh ini sudah dapat dikatakan sebagai tempoh alam kedewasaan.

Setinggi-tinggi ucapan Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan dan merealisasikan sambutan adau janang gayuh bagi tahun 2010. Pelbagai cerita suka duka boleh dikongsikan pada sambutan kali ini, salah satu pencapaian yang boleh warga bisaya banggakan melalui sambutan adau janang gayuh tahun ini adalah berikutan pengumuman YB Dato Seri Pairin yang mana Persatuan terbesar di Sabah KDCA telah meluluskan PBBS menjadi ahli gabungannya dalam membentuk pakatan bagi menjaga kebudayaan kaum yang berada di Sabah,

Disaat ini juga warga bisaya telah menyaksikan pelancaran Skuad Muda yang telah disempurnakan pelancaranya oleh YB Dato Seri Pairin sendiri,dengan keahlian yang telah hampir mencecah 500 orang diharapkan Skuad Muda ini dapat menyusun pelbagai aktiviti yang membawa kepada kemashalatan belia-beliawanis bisaya agar dapat dipelihara keperibadian,kebudayaan dan keakhlakkan bagi memartabatkan warisan turun temurun. Saya sendiri sebagai seorang belia amat berharap agar Skuad Muda ini tidak akan menjadi seperti kawah yang hanya diguna apabila ada majlis-majlis besar seperti kenduri kahwin atau majlis yang seumpamanya ataupun menjadi seperti peribahasa ada penukul baru pahat berbunyi ,maknanya kita tidak mahu Skuad Muda seperti sekejap timbul sekejap tenggelam atau Nampak kelibatnya apabila ada program besar sahaja seperti sambutan adau janang gayuh tapi yang kita mahu skuad muda sentiasa terserlah keaktifanya dalam melahirkan belia-beliawanis bisaya yang berkarisma.

Hakikatnya, PBBS perlu terus berdiri megah,bukan untuk 1 atau 2 tahun tapi untuk satu jangka masa yang lebih lama. Apa yang dirancang dan dicita-citakan seharusnya dilaksanakan kerana kita perlu menunjukan kebolehan yang kita miliki dalam mengadakan sambutan Adau Janang Gayuh sehebat dengan sambutan kaum lain yang ada di Sabah, kerana itulah pengumuman YB DSP Dr. Hj. Lajim bahawa Sambutan Adau Janang Gayuh ini akan menjadi acara tahunan mulai tahun depan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sabah adalah satu pengumuman yang mengembirakan hati setiap warga bisaya mana tidaknya kerana kita tidak mahu lagi suatu saat nanti perayaan ini akan berkubur setelah persaraan YB DSP Janang Gayuh,sebagai mana kita terlepas pandang kepada Pesta Rumbia yang akhirnya menjadi milik warga Dusun Tatanah Kuala Penyu yang sepatutnya menjadi milik kita kerana rumbia atau sagu lebih sinonim dengan warga bisaya. Disamping itu juga diharapkan selain PBBS menumpukan kepada acara sambutan Adau Janang Gayuh adalah diharapkan PBBS dapat melaksanakan aktiviti atau program lain yang berbentuk pendidikan agar kita tidak dianggap sebagai kaum yang kuat semangat kePestaanya,mungkin juga PBBS boleh melaksanakan Aktivit seperti diadakan Piala Janang Gayuh bagi acara pidato,puisi, menulis novel atau esei,tilawah Al-Quran atau pertandingan yang seumpamanya bagi melahirkan anak-anak bisaya yang kreatif, berbakat dan serba boleh.

Sememangnya pelbagai warna warni menghiasi sambutan Adau Janang Gayuh pada tahun ini, terutama sekali saya melihat sambutan tahun ini ada sedikit hambar apabila sambutan ini telah bertembung dengan sambutan komuniti bestari yang berlangsung di Pekan Beaufort yang mengakibatkan tumpuan berkurangan pada Sambutan Adau Janang Gayuh yang berlangsung di Sk. Kg Lupak sehinggakan gerai pameran jabatan kurang penyertaan yang mengakibatkan banyak kanopi yang dikhaskan untuk pameran jabatan kosong yang boleh mencacatkan pemandangan mata, saya sempat juga berbual dengan beberapa orang yang hadir salah seorang dari mereka amat menarik perhatian apabila menyimpulkan perlanggaran keadaan yang berlaku ini disebabkan oleh pengaruh politik, beliau berkata mungkin ada pihak yang tidak senang melihat sambutan Adau Janang Gayuh dilaksanakan jauh dari Pekan Beaufort kerana menyukarkan mereka untuk datang meraikannya maka diadakanlah sambutan yang lain bagi menyenangkan hati mereka,begitulah pendapat beliau saya tidak juga mengiyakan ataupun menidakkan pendapat beliau kerana itu hanyalah sekadar pendapat ataupun apa yang difikirkannya. Pada pendapat saya,meriah atau tidak itulah yang mampu kita lakukan maknanya untuk tahun hadapan kita lebih perlu bersedia dengan teliti agar kesilapan yang berlaku pada sambutan tahun ini tidak akan berulang lagi.

Acara-acara yang direncanakan pada tahun ini juga,kebanyakkan adalah acara yang sememangnya menjadi kebiasaan bagi Sambutan Adau Janang Gayuh,sukan rakyat yang dianjurkan sememangnya memeriahkan suasana,tetapi satu acara yang amat menarik hati saya sendiri ianya adanya acara Ratu Dang Insum bagi kanak-kanak biarpun saya sendiri tidak dapat melihat acara tersebut dipertandingkan namum ianya menarik perhatian saya sehinggakan sampai ke tahap berfikir sendiri mencari jawapan. Bukan memikirkan tentang acara tersebut tetapi memikirkan tentang nama Dang Insum itu sendiri,mungkin bagi anak-anak baru ramai juga yang tertanya-tanya siapa Dang Insum yang sebenarnya itu,bukannya saya tidak mengetahui siapa Dang Insum tersebut tetapi maklumat tentangnya amat sedikit yang saya ketahui,yang mana mengikut cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh orang lama bahawa Dang Insum itu adalah seorang Srikandi Bisaya yang berani menentang penjajah,seandainya cerita itu benar sudah menjadi tanggungjawab PBBS untuk menghighlightkan kisah terperinci Srikandi Dang Insum kepada umum sebaris dengan kisah mahsuri ataupun Tun Teja. Adalah menjadi satu kebanggaan warga bisaya mempunyai seorang Srikandi yang berani dan berjiwa waja seperti Dan Insum, diharapkan juga seandainya Dang Insum ini benar-benar wujud kita boleh berusaha mencari susur galurnya pada masa kini.

Mata telah pun mengantuk,jari pun semakin lemah menekan keypad computer,keputusan acara tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa telahpun diketahui,apa sekalipun bagaimana kita merancang begitulah yang akan terjadi,setiap kekurangan itu menandakan kita sebagai hamba Allah tidak akan terlepas dari kekhilafan,sesungguhnya sambutan Adau Janang Gayuh pada tahun ini boleh kita banggakan,kerana ianya menyaksikan hasil kerja barisan kepimpinan PBBS yang baru pada pemilihan yang lalu. Pada sambutan ini juga kita menyaksikan perpaduan dikalangan warga Bisaya bagi menjayakan Sambutan ini,sesungguhnya melalui perpaduan inilah kita dapat menjadikan kaum kita sebagai kaum yang seiring dengan kaum-kaum yang ada di Sabah ini. Setinggi – tinggi ucapan Tahniah juga saya ucapkan kepada saudara Razali Abd Rahim yang telah mengharumkan nama Bisaya apabila merangkul 3 pingat emas melalui seni kulintangan di peringkat antarabangsa di Los Angeles baru-baru ini, satu pencapaian yang sangat membanggakan kita selaku warga bisaya. Cukup setakat ini,seandainya ada ruang dan waktu saya akan menulis lagi pada masa akan datang,kita mahu melahirkan masyarakat bisaya yang berjiwa besar,yakin dengan diri sendiri, bangga dengan apa yang kita miliki dan sentiasa menjunjung kebudayaan adat resam sebagai warga bisaya. Oleh itu, penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi mengatasi kekurangan dan kelemahan yang kita ada semoga dengan itu nanti kita akan menjadi masyarakat yang dikenali dan dihormati di persada yang lebih tinggi.


Selasa, 3 Ogos 2010

MAJLIS PENGANUGERAHAN PBBS.

Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) khususnya suku kamu Bisaya di negeri ini, perlu berbangga kerana ramai di kalangan anak-anak kaum Bisaya telah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang antara pendidikan,ekonomi,budaya,sektor perkhidmatan awam dan tidak terkecuali dalam bidang politik. Presidennya Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang bukan sahaja perlu dipertahankan malah dari masa ke semasa perlu dipertingkatkan bagi mempestikan masyarakat Bisaya mampu bersaing dalam persekitaran global.

“ Sesungguhnya (PBBS) dan masyarakat Bisaya keseluruhnnya perlu bersyukur atas kejayaan ini, dimana kita (masyarakat) Bisaya mampu menyumbang terhadap pembangunan Negara sekali gus mengharumkan nama Negara di peringkat antarabangsa” katanya ketika berucap merasmikan Jamuan Makan Malam Presiden dan Majlis Penyampaian Anugreh semapana sambutan Adau Janang Gayuh ke 7 di Dewan Masyarakat Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Mohd.Dun Banir baru-baru ini,

Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi,Naib-Naib Presiden (PBBS) Saridah Datuk Mohd.Dun, Haji Roslan Muharam,Edris Ali, Tarawi Rukut ,Haji Asmat Japar, Isnin Haji Aliasnih dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan kejayaan terbaru anak bisaya yang mencipta nama di peringkat antarabangsa Razali Bin Abd Rahim yang membawa Irama Kulintangan dalam pertandingan Seni Olimpik Antarabangsa di Hollywood Los Angeles baru-baru ini dengan memperolehi tiga pingat emas merupakan sesuatu yang amat membanggakan bukan sahaja kepada masyarakat bisaya malah turut mengharumkan nama Negara.

“ Sesungguhnya kejayaan beliau (Razali Abd Rahim) boleh dijadikan Ikon kepada generasi muda suku kaum Bisaya dimana tidak ada sesuatu yang mustahil dilakukan jika kita bersungguh-sungguh berusaha” tegas Lajim

Razali merupakan siswa pengajian Diploma Seni Muzik Akademik Seni Muzik Unversiti Aswara Kuala Lumpur yang menwakili Negara dalam acara persembahan solo kulintangan pada pertindangan tersebut

Dalam perkembangan lain Lajim berkata, bagi meningkatkan jati diri agar sentiasa mengetahui asal-usul, budaya, bahasa dan adat resam kaum Bisaya, Skuad Muda Persatuan Bisaya Sabah telah ditubuhkan.

Ianya bertujuan bagi melahirkan belia yang berkemampuan untuk menerap dan memelihara elemen jati diri ke arah memartabatkan budaya bangsa di kalangan belia.

Katanya setakat ini, Skuad Muda tersebut dianggotai 500 belia Persatuan itu bagi membantu persatuan menerapkan nilai-nilai murni bangsa dalam kalangan generasi muda, bagi memastikan adat resam serta budaya berkenaan tidak hilang ditelan zaman.
Sementara itu beberapa Anugreh turut disampaikan kepada invidu masyarakat Bisaya yang telah mencipta nama dalam pelbagai ketegori antara pendidikan, ekonomi,budaya dan individu yang turut memberikan sumbangan kepada (PBBS) sebelum ini.





post by : my friend JAW.

PBBS DILULUSKAN MENJADI AHLI GABUNGAN KDCA

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) meluluskan permohonan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) untuk menjadi ahli gabungannya.

Presiden KDCA yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, gabungan tersebut dapat mewujudkan kerjasama dalam bentuk gabungan antara persatuan-persatuan kaum di negeri ini merupakan langkah penting bagi memelihara budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini disamping dapat menjayakan Gagasan 1 Malaysia

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Sambutan Adau Janang Gayuh di Padang S.K. Lupak, Beaufort dekat sini pagi kemarin.

Turut Hadir Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Presiden Persatuan SAMA Sabah. Abdullah Sibil,Timbalan Spaker DUN Sabah Datuk Johnny Masitun , Timbalan Presiden (PBBS) yang juga Pengerusi Penganjur Kamarlin Haji Ombi,Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad serta lebih dari 3,000 orang masyarakat Bisaya bagi memariahkan sambutan Adau Janang Gayuh Kali ke 7 Tahun ini

Menurut Tan Sri Pairin, selain memelihara budaya, usaha menjadikan PBBS sebagai Ahli Gabungan KDCA juga mampu mengeratkan lagi semangat perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

Sementara itu, Presiden PBBS, merangkap Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Haji Lajim Haji Ukin berkata, PBBS yang ditubuhkan sejak 33-tahun lalu boleh berbangga kerana mampu bekerjasama dengan suku kaum dan etnik lain yang terdapat di negeri ini.

Katanya, persatuan tersebut akan terus memainkan peranan untuk memelihara hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, menyedari hakikat budaya merupakan eleman yang amat berharga dan mampu menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan kaum ,sambutan Adau Janang Gayuh yang dirayahkan setiap tahun oleh masyarakat tersebut merupakan wadah untuk melestarikan hubungan kaum disamping sebagai usaha untuk mempertahankan warisan budaya masyarakat tersebut agar tidak pupus di telan zaman.

“ Kerana itu bemula pada tahun depan kita akan berkerjasama dengan Lembaga Kebudayaan Sabah bagi menganjurkan program ini dalam skala yang lebih besar dengan pelbagai pengisian program yang dapat menarik penyertaan masyarakat umum khususnya pelancong dari luar Negara” katanya.

Menurut beliau langkah ini bukan sahaja boleh memasyarakatkan budaya yang diwarisi oleh suku kaum Bisaya namun ianya akan turut menjadi pendapatan rakyat dan negeri melalui sektor pelancongan.

Mengulas lanjut usaha persatuan tersebut untuk mempertahankan nilai dan budaya masyarakat Bisaya, Skud Muda (PBBS) telah pun diwujudkan sebagai satu pendekatan jangka panjang agar golongan muda dapat mempertahankan dan memelihara budaya masyarakat

post by : JAW.

Related Posts with Thumbnails