Rabu, 27 Januari 2010

KITA PERLU LINDUNGI MEREKA.

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana memeluk Islam tanpa restu sanak-saudara kira-kira tiga tahun lalu, kehidupan seorang mualaf berusia 48 tahun bersama isteri dan lima anaknya kini umpama pelarian apabila terpaksa menyembunyikan diri dan identiti semata-mata bagi memastikan keselamatan terjamin.

Lebih menyedihkan, mereka kini terpaksa tinggal dalam lori kerana selain dapat dijadikan tempat berteduh, ia memudahkan mereka melarikan diri jika diserang.

Menurut lelaki itu, mereka enam beranak memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah di Rawang, Selangor manakala anak bongsunya dilahirkan sebagai seorang Islam, tujuh bulan lalu.

Katanya, berikutan tindakan itu, dia sekeluarga terpaksa melarikan diri ke negeri ini untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bersembunyi daripada ahli keluarga dan kenalannya yang kurang senang dengan tindakannya memeluk Islam.

“Apa yang ingin saya ceritakan ini hanya untuk memberitahu keadaan sebenar. Tolong jangan siarkan nama atau gambar saya kerana nyawa kami boleh melayang bila-bila masa.

“Jangan tanya mengapa saya tak buat laporan polis, tapi jawab dulu soalan saya, adakah pihak yang mampu memastikan keselamatan keluarga saya 24 jam,” katanya dalam pertemuan dengan Harian Metro yang diuruskan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Terengganu, semalam. Menurutnya, dia tidak berani memberikan nama sebenar kerana mendakwa ahli keluarganya mempunyai ramai kenalan yang berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga membolehkan mereka mengenalinya dengan hanya memeriksa nama baru pada kad pengenalan.

Katanya, selepas sekian lama memeluk Islam, baru-baru ini beberapa ahli keluarganya mengetahui mengenai perkara itu sebelum mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakannya menyebabkan dia dicerca dan dihina ahli keluarga selain ada yang mengugut mahu mencedera dan membunuhnya dan keluarga.

“Saya sedih kerana adik-beradik yang saya tatang ketika mereka kecil dengan memberi wang dan pendidikan, kini sanggup mengugut kami sekeluarga, malah keadaan menjadi semakin tak keruan apabila keluarga saya turut menerima ancaman bunuh menyebabkan kami terpaksa melarikan diri ke Terengganu,” katanya ketika meluahkan rasa hatinya kepada Pengerusi Kimma Terengganu, Mohamed Salahudin Mohamed Shahabudin dan timbalannya, Shawkath Ali Mohamed Kassim.

Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, dia terpaksa menyembunyikan diri di negeri ini dan melakukan pelbagai kerja bagi menyara keluarga selain menerima bantuan tahunan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, kehidupannya sekeluarga mulai berubah menjadi semakin buruk selepas dia hilang pekerjaan, anak pula ditimpa kemalangan dan terbaru ibunya sakit.

Menurutnya, ketika masalah pertama berlaku, dia cuba mendapatkan bantuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan mendapat bantuan tahunan berupa duit raya setiap tahun.

Katanya, satu ketika dulu, dia mampu menggunakan lorinya untuk menyara hidup dengan mengangkut barang membuat jalan, namun selepas projek berkenaan selesai, kenderaan itu dijadikan tempat dia sekeluarga berteduh kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk menyewa rumah.

“Keadaan bertambah buruk apabila anak saya cedera terkena mesin rumput ketika membantu saya bekerja mencari sesuap nasi.

“Selepas tiada sumber kewangan, saya dihalau dari rumah sewa dan kini kami lima beranak tinggal dalam lori. Jadi, saya tak terlalu risau dengan keselamatan keluarga kerana percaya kami tidak akan ditemui kerana tidak menetap di satu-satu tempat secara tetap.

“Saya bukan mahu meminta wang atau simpati orang ramai, tapi mahu mereka tahu ada saudara baru mengalami masalah ini dan mungkin bukan saya seorang. Saya hanya berharap tragedi hitam yang menimpa saya sekeluarga tak berlaku kepada saudara baru lain,” katanya.

Lelaki itu juga mendakwa ibunya yang sakit kini dijaganya dan turut berhasrat memeluk Islam.

“Cuma saya hanya menunggu dia sembuh bagi membolehkannya melafazkan kalimah syahadah secara rasmi di depan saksi.

“Saya kini begitu memerlukan pekerjaan dan mempunyai sebuah lori yang bukan saja dijadikan tempat tinggal, malah digunakan untuk mendapat sesuap nasi selain membayar bil perubatan ibu,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Salahudin berkata, pihaknya berharap ada agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan bebanan keluarga mualaf itu.

“Kimma akan berusaha mencari pendekatan sesuai dan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat meringankan beban mangsa untuk kebaikan saudara baru itu dan keluarga,” katanya.

POST BY HARIAN METRO...

KITA SEBAGAI UMAT ISLAM WAJIB MELINDUNGI SAUDARA SEMUSLIM YANG DI TINDAS OLEH PUAK KAFIR LAKNATULLAH.

FAHAMI MAKSUD

SEMOGA PEMILIHAN KALI INI AKAN MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA PBBS.

POST BY HAND ANAK JATI BISAYA.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-19 PBBS

PRESIDEN PBBS DSP DR. HJ. LAJIM HJ. UKIN
CALON NAIB PRESIDEN CIK SARIDAH DSP HJ.MOHD DUN

CALON NAIB PRESIDEN EN. HJ ASMAT

CALON NAIB PRESIDEN EN.MATBALI


MESYUARAT Agung Tahunan ke-19 Persatuan Bisaya Bersatu Sabah PBBS pada Sabtu ini yang berlangsung di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort terasa kehangatannya disebabkan pada tahun ini PBBS akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertingginya bagi sesi 2010-2013.

Hampir 400 orang perwakilan dari seluruh negeri dijangka akan menghadiri mesyuarat agung yang dijangka majlis perasminnya dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman .

Setakat ini difahamkan Jawatan Presiden yang kini disandang oleh Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin tidak akan dicabar pada pemilihan kali ini dimana ini telah menzahirkan sokongan padu ahli-ahli PBBS khususnya masyarakat Bisaya terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua yang lebih dikenali dikalangan masyarakat Bisaya sebagai “Janang Gayuh” yang telah Berjaya memimpin PBBS yang tahun ini genap 33 tahun ianya ditubuhkan.

Difahamkan juga Timbalan Presiden juga pada kali ini tidak akan berlaku sebarang pertandingan dan turut kedengaran Wakil Rakyat Kawasan Lumadan Kamarlin Haji Ombi akan mengisi jawatan nombor dua pertubuhan tersebut.

Menarik perhatian ialah bagi jawatan Naib Presiden dimana hanya empat calon akan dipilih oleh para perwakilan bagi mengisi jawatan tersebut dan setakat ini tujuh orang calon telah mengsahkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden. Selain muka lama Haji Asmat Haji Japar dan Tarawih Haji Rukot yang mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan kali ini lima calon lain yang terdiri dari Idris Haji Ali, Mohd.Saidi Manan dan tiga Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini Saridah Datuk Mohd.Dun, Haji Ruslan Haji Muharam dan Abd.Ghaffar Haji Mohd.Yasin turut mencuba bagi merebut jawatan Naib Presiden pada kali ini.

Kebanyakan pemerhati berpendapat dari tiga ahli Majlis Tertinggi yang mencuba nasib bagi mengisi kerusi Naib Presiden Saridah yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort yang mudah mesra komited dan calon tunggal wanita bagi mengisi jawatan ini mampu bersaing mengisi jawatan yang sebelum ini disandang oleh Hajah Siti Aidah Haji Lokin yang pada pemilihan kali ini tidak mempertahankan jawatannya bagi memberikan tumpuan terhadap pengajiannya di Unversiti.


Tanpa menolak keupayaan calon lain bagi jawatan Naib Presiden Penyandang sebelum ini Haji Asmat dan Tarawih yang banyak mengerakkan program persatuan terutamanya kejayaan penganjuran Adau Janang Gayuh kali ke-6 tahun lepas turut diramal mampu mempertahankan jawatan Nain Presiden disamping kemunculan Haji Roslan yang tetap memberikan cabaran atas kemampuannya melaksanakakan tanggungjawab terutamanya dalam penyertaan PBBS pada perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri setiap tahun di Kota Kinabalu menjadikan rumah Bisaya antara destinasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai khususnya pelancung asing.

Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 30 orang telah menawarkan diri untuk bertanding menduduki jawatan ini dimana dari jumlah tersebut hanya 23 orang sahaja yang akan dipilih pada pemilihan kali ini. Antara penyandang yang dijangka dapat mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi kali ini ini Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sipitang Matbali Haji Musah ,Mohd.Salleh Haji Sabli , Ibrahim Salim dan Ali Hassan Sirin adalah antara calon calon yang dijangka mampu mempertahankan jawatan Ahli majlis tertinggi yang majoriti ahli dan perwakilan mengakui kesungguhan penyertaan mereka dalam setiap program yang dijalankan oleh PBBS.

Apapun perkiraaannya setiap calon yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini mepunyai wawasan dan visi mereka sendiri untuk memajukan persatuan sebagaimana seorang calon baru yang menawarkan diri bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Ustaz Said Awang Damit yang lebih dikenali dengan nama samaran Aldias Sabah dalam Halaman Facebook (FB) telah memanafaatkan halaman tersebut untuk menjelaskan visi dan misinya untuk mencuba nasip pada pemilihan kali ini.B

Kesimpulannya adat bertanding ada yang menang ada yang perlu akur kepada kekalahan yang lebih penting dalam pertandingan ini semangat kekeluargaan perlu diutamakan sebagai mana amanat Presiden PBBS dalam petutusan buku aturcara Mesyuarat ini turut menekankan akan pentingnya bagi ahli-ahli PBBS khususnya dan masyarakat Bisaya amnya agar terus bersatu sesuai dengan tema perhimpunan tahun ini “ Maju Bersama 1 Malaysia “

Menurut Lajim Perhimpunan ini, bukan sahaja sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan malah akan menjadi wadah pertemuan bagi masyarakat Bisaya berkongsi idea demi mempertingkatkan iltizam memikul amanah serta tanggungjawab persatuan untuk meneruskan perjuangan menghadapi cabaran akan datang

Menurut beliau jika masyarakat Bisaya ingin berada di hadapan keluk kemakmuran, maka kita harus berani dan tegas bagi melaksanakan perubahan dan pembaharuan. Pengorbanan pula perlu untuk meningkatkan produktiviti, daya saing serta menguasai ilmu dan kemahiran baru.

Katanya, kemajmukan dan kepelbagaian yang diwarisi dan wujud di negara ini adalah satu nikmat dan satu rahmat yang perlu di pelihara dan pertahankan bersama disamping memanfaatkan nikmat kemakmuran dan kemajuan yang sedia ada ini sebaik mungkin agar bangsa Bisaya tidak akan tercicir dari arus perdana pembangunan Negara.


POST BY MPBEAUFORT.


TAHNIAH KEPADA SEMUA,SEMOGA MESYUARAT KE-19 AKAN BERJALAN DENGAN JAYANYA,KEPADA CALON YANG AKAN MENERAJUI PBBS JADIKANLAH PBBS SATU PERSATUAN UNTUK SEMUA WARGA BISAYA BUKAN UNTUK MENDAPAT NAMA SERTA MEMENUHKAN POKET SENDIRI.

SAYANG AKU TAK DAPATMENYAKSIKAN MESYUARAT KALI NI BAB TERPAKSA KE KUNDASANG MENGHADIRI KURSUS DI SANA.


TANGAN YANG MENULIS...ANAK JATI BISAYA.


Isnin, 25 Januari 2010

SOLAT ATAU SEMBAHYANG

Tercatat di dalam kitab PEDOMAN SHALAT oleh Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy, mukasurat 69, di bawah tajuk: 23. SEBAB DINAMAI SHALAT, ada menyatakan seperti berikut:-

Hikmah dan sebab dinamai ‘ibadat yang penting terkenal ini dengan nama shalat, adalah kerana mengingat bahwa di dalam shalat itu terdapat “tawajjuh” (usaha berhadap diri pada Allah) dan “do’a” (seruan memohonkan hajat dan ampunan kepada Allah s.w.t.)
Mengingat hal ini amat utamalah kita memakai kata shalat, jangan memakai terjemahannya = sembahyang. Apalagi apabila diingat bahwa kata sembahyang itu berasal dari bahasa Sankrit, yang bererti menyembah dewa.


Dalam cerita-cerita Hindu kita mungkin pernah mendengar perkataan ‘Yang’ / ‘Iyang’, seperti “berIyang-Iyang” atau “Sang Yang”. Jadi, berkemungkinan besar ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu adalah nama dewa yang mereka sembah. Dalam sejarah orang Melayu sebelum Islam datang adalah berugama Hindu. Mereka kemungkinan menggunakan perkatan sembah Iyang atau sembah Yang yang bererti sembah dewa yang bernama Yang / Iyang.
Atau mungkin ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu bererti ‘tuhan’ yang dimaksudkan “yang pencipta dan yang patut disembah”. Ini memberi erti bahawa pengenut ugama Hindu menganggap dewa itu adalah Iyang / Tuhan mereka. Dan bagi kita orang Islam Tuhan / Iyang (jika Iyang bererti tuhan) sebenarnya adalah dan hanyalah Allah s.w.t.

Jika begitu sembahyang (asalnya sembah Yang / Iyang) itu boleh bererti sembah tuhan. Jadi ini pun bagi saya masih belum tepat digunakan. Coba, mithalnya, ‘Yang’ itu ditukar kepada perkataan ‘tuhan’ dalam kalimat “sembahyang Fardhu Dzohor”, maka ia akan berbunyi “sembah tuhan Fardhu Dzohor”. Ini boleh menyerongkan dan merosakkan ‘aqidah bila disebutkan untuk shalat-shalat lain yang terdapat bermacam-macam dalam seharian kita, kerana seolah-olah pengertiannya bahawa banyak tuhan yang hendak disembah dalam seharian….. na’uuzubillaa-hi min zaalik……..

Dari itu nasihat saya untuk diri saya dan untuk saudara seagama yang dikasihi sekelian adalah lebih baiknya, bagi menolak kemungkinan-kemungkinan tersebut, kita membiasakan menggunakan perkataan ‘sholat’ dari mengunakan perkataan ‘sembahyang’, tambahan lagi tidak susah rasanya untuk kita menyebutkan dan mempergunakan perkataan ‘sholat’ itu.
Sekian, harap dapat dibetulkan jika terdapat sebarang kesalahan atau ketergelinciran pendapat, kerana jika ianya benar maka itu adalah hidayah dari Allah, dan jika salah itu adalah kelemahan saya yang coba dengan ikhlas untuk menyebarkan dan menyampaikan sekadarnya ilmu yang ada.

Wallaa-hu a’lam………

POST BY HAND ANAK BISAYA...

Jumaat, 22 Januari 2010

SUKAN YANG TAK KELUAR PELUH TAPI HARAM HUKUMNYA.

Sebut pasal sukan mungkin ramai yang berminat tahu-tahu sajalah sukan memang satu aktiviti riadah yang baik tuk kesihatan bukan itu saja kalau kita dah menceburi bidang sukan dengan serius insyaAllah boleh dapat gelaran bintang sama macam artis. Kalau kat Malaysia ni antara sukan yang menjadi pilihan tentulah Bola sepak dan Badminton rasanya.

Tapi tu dalam pandangan kasar mata kita,tanpa kita sedari ada satu lagi sukan yang paling famous dalam masyarakat kita ni,nda kisahlah orang tu pandai ka tak,miskin atau kaya ka,lelaki atau wanita ka semuanya boleh main sukan ni yang penting ada modal ja.

Sukan ni kalau dah sekali main mesti gian nak main balik-balik punya,tak tahu la bab seronok ka atau apa,yang bestnya sukan ni,bila main kita hanya perlu berbaris kat kaunter ja,tak keluar peluh pun modal terpulang lah beli tekit ja RM 1.15 kalau tak silap tau lah nda pernah belikan,dan yang paling uniknya sukan ni di mainkan 3 kali seminggu hari rabu,sabtu dan Ahad tak termasuk special draw la. Korang nak tahu ka apa sukan ni,tapi aku harap korang jangan pula nak mencuba sukan ni bahaya tau, sendiri mau ingat lah...ni lah namanya sukan yang menjadi kegilaan ramai "SPORT TOTO". Kat sini aku ada beberapa gambar sukan ni.




Pak Haji dan makcik-makcik pun nak main juga









APA SALAH AL-QURAN TU.

Gambar ni aku dapat dari seorang kawan ustaz dari semenanjung, mulanya aku pun terkejut apalah salahnya Al-quran ni dibuat begini, kejadian ni betul-betul berlaku. Menurut sahabat aku tu kejadian ni berlaku kat semenanjung belah-belah K.L juga la bilangnya. Kes ni disebabkan rasa marah seorang wanita yang mengalami masalah rumahtanga dengan suaminya. Disebabkan rasa marah yang terlampau sebagai tanda protes beliau pun membuat perkara yang tak sepatutnya.

Aku tak dapat nak ulas panjang-panjang tapi korang tengoklah sendiri gambar ni, mesti korang juga rasa apa lah bangang orang yang buat perkara ni.
















Ni la muka makcik yang menjadikan Al-Quran sebagai mangsa kemarahannya.

Rabu, 20 Januari 2010

SALAM BERSUA

Kehadapan semuanya...

Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni,kali terakhir menulis kalau tak silap pada bulan disember yang lalu dan sampailah hari ni dah masuk tahun baru 2010 baru ada kesempatan untuk menulis dalam laman blog ni.Bukan apa,biasalah akhir tahun banyak hal yang kena dibuat,masuk lagi tahun baru lagi belambak-lambak keja yang nak disiapkan. Macam-macam dah isu yang keluar beberapa mingu yang lalu tapi malangnya tak sempat pula aku mau mengulas isu-isu tersebut.

Alhamdulillah hari ni Allah beri sedikit kelapangan kat tangan ni tuk menulis sedikit dapat jugalah di update artikel blog ni,ni pun guna komputer ofis almaklumlah liptop aku dah bagi kat adik yang sedang belajar kat kolej jururawat tawau rasanya dia lagi memerlukan benda tu dari aku.

Tapi apa-apa pun sebelum tangan ni meluncur laju menekan keypad komputer ni rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU" kepada semua kekawan terutama sekali kepada mereka yang nda jemu melayari blog aku ni. Kepada semua ahli blog terima kasih bab bagi semangat pada aku dan kepada mereka yang selalu meninggalkan komen pada mana-mana ruang terima kasih jazakhullah hukhaira, pada sulap insyaAllah aku akan cuba menghubungi rakan blog yang lain tuk bertanya pada mereka ada tak blog yang menghurai pasal ceta bisaya.

Akhirul kalam salam kasih dari aku dan insyaAllah dalam beberapa waktu ni akan ada artikel yang menghangatkan telinga anda,ada beberapa isu yang telah aku gumpulkan untuk diketengahkan kepada anda semua.

sekian wassalam
yang benar
wanradhi.
Related Posts with Thumbnails