Sabtu, 15 Ogos 2009

INDAHNYA BERPERSATUAN



Persatuan melambangkan kekuatan, maka tidak hairanlah persatuan menjadi pilihan dalam mengekspersikannya dalam perjalanan mencari kekuatan dan pengaruh. Satu kebanggaan jika dapat berpersatuan kerana melalui persatuanlah kita dapat menghasilkan sesuatu yang dapat mengubah kondisi umat.Di Sabah saja terdapat berbagai-bagai persatuan yang wujud samaada persatuan yang bermotifkan politik,kemanusiaan,keagamaan dan bermacam-macam lagi, tapi apa yang paling penting adalah persatuan yang menegak kaum. Di Sabah hampir semua kaum yang ada mempunyai persatuannya sendiri,ada persatuannya yang kuat dan ada yang sebaliknya,untuk melambangkan bahawa kaum itu cukup gah dalam menelusuri perjalanan zaman dan mempertahankan kedaulatan kaum, keunikan adat dan memelihara khazana kaum. Di sebalik semua inilah muncul satu persatuan mahu membawa kaumnya kearah kemodenan setelah lama kaumnya terperuk dalam penjara kehuluan. Persatuan ini tidak lain dan tiada duanya ialah Persatuan Bersatu Bisaya Sabah.

Sebagai anak bisaya, F.A.B merasa bangga mempunyai persatuan yang kuat dalam segala aspek demi membangunkan nasib anak bangsa. Di ketuai oleh orang yang mendapat gelaran "Payung Tempat Berteduh Bangsanya" menjadikan persatuan ini cukup hebat dan gah. Di bawah Beliau kaum bisaya mula dikenali diserata tempat, dihormati dan disegani oleh kaum-kaum yang lain. Persatuan ini menjadi semakin hebat dari tahun ke tahun. Penganjuran pesta, sambutan adau janang gayuh semakin menyerlahkan lagi persatuan dan kaum bisaya ini. Adalah menjadi satu kebanggaan kepada anak bisaya kerana mempunyai pemimpin dan persatuan yang begitu hebat.

Tapi sayang biasanya hujan diwaktu pagi takkan sampai kepetang.Sungguhpun persatuan ini hebat akhirnya kehebatan itu akan hilang wajahnya. Menjadi satu kekecewaan kepada FAB dan generasi baru yang lain kerana persatuan yang mencanang mahu membela nasib bangsa ini seolah-olah telah terlari dari landasannya. FAB tidak bercakap kosong atau mahu menghina bangsa sendiri tapi inilah realitinya. Terdapat pelbagai fakta dan bukti yang FAB boleh berikan untuk menyatakan bahawa Persatuan Bisaya ini sudah lari dari landasan.

Persatuan bisaya tidak bersalah tetapi mereka yang berada disebalik persatuan ini yang telah lupa apa yang patut diperjuangkan. Penulisan FAB kali ini adalah untuk menyedarkan kembali mereka-mereka ini. FAB tidak kisah sekiranya selepas ini FAB akan dicemuh oleh bangsa sendiri tapi yang penting seseorang perlu bercakap untuk menampakkan kecacatcelaan dan keharubiruan kita. Permulaan perlu dibuat tanpa mengira bila ia akan berakhir.

Satu Persatuan yang visi dan misinya untuk membangunkan bangsanya perlu berbuat demikian biarpun perlu mengorbankan semuanya kerana tanpa berlaku demikian perubahan tidak akan dicapai. Membangunnya kaum bisaya adalah dengan mengambil iktibar mengapa kita dulunya jauh ketinggalan. Salah satu sebab yang kuat kenapa kita orang bisaya jauh ketinggalan kerana kurangnya orang yang berpendidikan dalam kalangan bangsa kita yang boleh memikirkan dan melaksanakan apa yang dapat membangunkan bangsa. Inilah yang terjadi dalam persatuan kita,ada yang berpendidikan tapi bilangnya sedikit yang ramai didalamnya hanya orang-orang yang mementingkan diri untuk mencari kehormatan dan pengaruh dalam politik. Persatuan dicampurkan aduk dengan politik apa sudah jadi. Persatuan dijadikan tempat agenda untuk berpolitik, SEDAR lah wahai mereka-mereka yang berada diatas persatuan kita untuk bangsa bukan untuk politik.
Alangkah baiknya dipisahkan dua perkara ini.

Agenda untuk politik lebih diutamakan dari pembangunan kaum.kita sudah lama berada dalam penjara kehuluan disebabkan sedikitnya pendidikan adakah perkara yang sama juga kita mahu wariskan kepada generasi yang baru. Kenapa kita sebagai satu Persatuan yang hebat tidak menumpukan pembangunan pendidikan kepada generasi baru supaya akan lahir lagi janang gayuh yang baru dan menyinari persatuan kita.

Kenapa kita suka menganjurkan pelbagai program yang tidak menghasilkan keuntungan pada masa akan datang. Jangan kita terpedaya dengan keuntungan sekarang,orang yang bijak akan berfikir untuk melakukan sesuatu yang membawa keuntungan lumayan untuk masa sekarang dan akan datang. Bukankah sesuatu yang bernilai jika budget yang kita gunakan untuk melakukan aktiviti yang dikatakan untuk mengexpose bangsa digunakan untuk aktiviti yang menjana minda bangsa. Mungkin juga masalahnya persatuan kita ini kekurangan sumber,kalau itulah sebenarnya kenapa tidak diusahakan kalau sudah diusaha mana hasilnya.

Kalau dibandingkan dengan persatuan yang lain kita memang jauh tertinggal dibelakang.mungkin dari sudut yang lain kita nombor satu tiada tandingan tapi dari sudut memberikan pendidikan anak bangsa kita memang tiada value nya. FAB pernah berkerja bersama-sama kaum dusun,persatuannya cukup memberikan perhatian dalam pendidikan sehingga mereka mengadakan kelas bahasa english secara percuma dua kali seminggu selama setahun agar anak-anaknya tidak terpinggir,bukan itu sahaja tapi yang paling mengejutkan FAB kelas ini dibuka kepada sesiapa saja bahkan orang tua pun boleh turut serta,tapi kita persatuan bisaya ada kah pernah melaksanakan aktiviti seperti ini. Ketepikanlah dulu kelas bahasa english lihat kepada yang lebih mudah pernah kah kita menganjurkan kelas bahasa bisaya. Tak pernah pun,,,,
tapi kalau aktiviti yang boleh mmengexpose kita ini hebat FAB rasa cukup banyak dilaksanakan,tak cukup sekali dianjurkan lagi berkali-kali kerana kebanggaan.

Kekecewaan perlu dihiasi dengan kegembiraan,kecacatcelaan perlu diperelokkan,kekurangan harus ditambah baikkan. Melalui artikel ini FAB mahu kita sama-sama berfikir.persatuan kita perlu kembali kearah landasan yang sebenar. Abaikan dulu agenda politik fikirkan kemajuan bangsa.

KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI BANGSA KITA MAHU MAJU,.
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI KITA MAHU PERSATUAN KITA KEMBALI KEHALUAN YANG BETUL.
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI...
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI KITA MAHU HARAPKAN,TAK KAN KITA NAK TUNGGU SAMPAI BANGSA KITA INI BETUL-BETUL BERADA DALAM KEADAAN NAZAK BARU MAHU SEDAR.
KALAU BUKAN PERSATUAN BISAYA...PERSATUAN APA LAGI KITA MAHU HARAPKAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails