Selasa, 29 Disember 2009

COMING SOON.

Hari ahad yang lalu sewaktu sedang keluar mau jalan-jalan ma isteri lah ba kononnya sempat la singgah satu tamu di kawasan Kota Kinabalu ni,entah tak tahu cam mana sewaktu kaki ni melangkah jalan melihat apa yang ada di Tamu tersebut pandangan mata tertumpu pada satu geai menjual buku lalu aku pun mengajak isteri singgah dulu di Gerai tersebut mau tengok-tengok ja la bah konon apa buku yang dijual mana tahu ada yang berkenan di hati.

Sedang asyik melihat buku-buku yang dijual entah macam mana tangan ni pun gatal mahu menyelongkar buku-buku yang bertaburan diatas meja penjual tu,dan secara tidak sengaja lah tangan ni telah terambil sebuah buku yang telah bertahun aku cari. Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga cari buku ni,bab bukan senang tau mahu dapat buku ni kerana ia telah pun diharamkan sebabnya aku sendiri pun tidak tahu, kalau nak dikatakan isi kandunganya menyalahi hukum islam tidak juga tapi entahlah kenapa mungkin disebabkan oleh apa yang ditulis dalam buku tu kali.

Disebabkan telah bertahun mencari buku ni aku pun terus bagitau isteri yang aku mau beli buku tu,"isteriku pun cakap beli la" aku pun terus tanya penjual tu berapa harganya,punyalah terkejut aku sekali bilangnya buku tu berharga RM65.00 sedangkan dulu buku tu baru berharga RM16.00,aku tanya kenapa boleh mahal sampai macam tu ?
penjual tu kata sebab buku ni susah nak dapat,aku pun cakap kalau macam tu aku nak tengok dulu isi kandunganya mana tahu sudah diubah tidak sama dengan yang dulu ? tapi punyalah bengang aku bila dia cakap tidak boleh tengok isinya kalau mau tengok beli ja (buku tu berlapis plastik tu la),aku pun malas mau banyak cakap minat untuk mengumpul pelbagai koleksi buku aku pun beli ja la dan bayar terus naik kereta pergi dari situ.

Sampai kat rumah aku buka buku tu dan Alhamdulillah buku tu sama seperti dulu,isi kandunganya tidak diubah dalam hati terdetik rasa gembira kerana akhirnya aku dapat juga memiliki koleksi buku ni. Nak tahu tak pa buku ni,nah... korang tengok la sendiri gambar muka depannya.



p/s : InsyaAllah dalam artikel blog aku yang akan datang isi kandungan dalam buku ni akan aku masukkan sebagai perkongsian ilmu bersama semua kawan-kawan. (tapi khas tuk orang yang dah kahwin dan yang akan kahwin ja la)

Isnin, 28 Disember 2009

WAJARKAH...BEGITU MURAHNYA MARTABAT.

Baru-baru ni aku baru saja masuk ke sebuah kedai yang memang cukup terkenal di negeri Sabah ni,dengan barangnya yang murah dan selalu saja menganjurkan sale-sale dengan harga yang rendah. Sememangnya kewujudan kedai seperti ini adalah sesuatu yang dapat membawa manfaat kepada masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah dapat membeli barang rumah dengan harga yang lebih rendah berbanding di tempat yang lain.

Tapi yang tak best dan syok nya pula dan sememangnya betul-betul OUT..bahasa ini biasa digunakan di kampung aku menandakan sesuatu perkara tu betul-betul nda boleh dipakai langsung dan tidak boleh diterima langsung adakah patut di satu sudut ni betul-betul menyakitkan mata aku, dan sebagai seorang islam rasa tercalar hati ni macam diguris-guris pisau. Wajarkah Ayat-ayat suci Al-Quran dan Nama-nama Allah disimpan dan di taruh bersebelahan dengan Gambar tuhan-tuhan orang kristian (gambar jesus lah).

Bagi aku sememangnya perkara ni langsung tidak patut berlaku, pandangan aku lah yang cetek ilmu agama ni sememangnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan Pihak berkuasa terutamanya Jabatan Agama sepatutnya melakukan rondaan ke setiap permis yang ada menjual perkara yang berkaitan agama ini. Malu betul kita boleh diorang ni taruh nama Allah dan Ayat Suci Al Quran pegangan kita seiring sebaris dengan tuhan Jesus. Adakah sama martabat agama kita yang suci ni dengan agama tersebut. Murah betul juga agama kita ni sehingga ayat suci dan nama Allah boleh diperdagangkan sedemikian rupa. Malu kita tau,kita sudah melacurkan agama kita kalau kita membiarkan perkara ni...malas mau banyak cakap korang tengok la gambar ni sendiri.













SIAPAKAH YANG PATUT DIPERSALAHKAN...PERMIS YANG BERDAGANG, JABATAN AGAMA @ PENGUATKUASA ATAUPUN KITA ORANG ISLAM SENDIRI.

P/S : Mau saja aku himpun orang buat demonstrasi bantahan agar permis ini segera menghentikan jualan ayat suci dan nama Allah.

FAHAMAN WAHABI.

Sejak kebelakangan ini kita sering dihebohkan oleh timbulnya pelbagai fahaman atau aliran mahzab yang melibatkan umat islam Malaysia. Salah satu fahaman yang menjadi isuhangat masa kini ialah Fahaman Wahabi yang mmenjadi panas sejak bermulanya penangkapan Dr. Asri bekas mufti pulau pinang kalau tak silap penulis la. Bermula detik itulah masyarakat mula menjadi heboh dan ada kemungkinan yang mula berbicara mengenai fahaman yang wujud dalam Malaysia ini ditambahkan lagi ramai yang mengatakan Dr. Asri berfahaman Wahabi sehingga ada yang jahil tentangnya mula menyimpulkan bahawa mereka yang berfahaman wahabi ini sesat. Oleh kerana itu,penulis merasa terpanggil untuk menggerakkan jari menekan keypad komputer untuk menulis serba sedikit bagi membetulkan sedikit kesimpulan yang telah dibuat oleh mereka yang kurang memahami tentang Fahaman ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini,kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya lagi "Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah solat dengan tok Imam di Mekah...Tak Sah, habislah jemaah Haji kita."

"Dia (wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita," katanya lagi kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk ' Pendermaan Organ dari Perspektif Islam' di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Antara ajaran fahaman wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan qunut dan yassin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan kebiasaan umat islam di negara ini.

Dr. Mashitah yang menyifatkan isu mengenai wahabi ini sebagai isu "sensitif" berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara.

"Kita juga perlu menjaga (sensitiviti) beberapa negeri, negara dan masyarakat kita. Jadi kalau kita timbulkan banyak isu ini, masyarakat akan jadi keliru.

"Sekarang kita tekankan di Malaysia ialah kita berpegang kkepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Perbezaan dalam aliran ini selagi tidak menyentuh mengenai akidah, maka ia adalah fahaman yang boleh diterima tetapi kalau sentuh soal akidah, contohnya Allah itu duduk ke tak duduk ke, maka kita akan ambil satu pendekatan yang serius.

Dr. Mashitah ketika ditanya pemberita sama ada fahaman tersebut boleh dikategorikan sebagai berbahaya,berkata : " kerajaan dan Majlis Fatwa sedang melihatnya dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan keteganggan dalam kalangan orang Agama mahupun masyarakat yang melihat.

p/s : Bagi penulis fahaman wahabi ini bukan satu masalah tetapi masyarakat kita belum boleh menerima kehadiran fahaman ini. Sebagai contoh dalam masyarakat kita bacaan qunut dan kenduri tahlil sudah menjadi kebiasaan dalam prosedur kehidupan umum,kan boleh menjadi harubiru jika fahaman wahabi ini diamalkan dikalangan masyarakat yang dah terbiasa dengan semua perkara tersebut.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Khamis, 17 Disember 2009

FAHAMI MAKSUD

p/s : Bola vs Masjid yang mana akan kita dahulukan.

BULAN MUHARRAM

Bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan yang dimuliakan Allah. Empat bulan tersebut adalah bulan Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.

“Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” (QS. At Taubah: 36)

Kata Muharram artinya “dilarang”. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Pada bulan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan bentuk persengketaan lainnya. Kemudian ketika Islam datang, kemuliaan bulan haram ditetapkan dan dipertahankan sementara tradisi jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang.

Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan, sehingga bulan ini disebut bulan Allah (Syahrullah). Beribadah pada bulan haram pahalanya dilipatgandakan dan bermaksiat di bulan ini dosanya dilipatgandakan pula. Pada bulan ini, tanggal 10 Muharram, Allah menyelamatkan nabi Musa a.s dan Bani Israil dari kejaran Firaun. Mereka memuliakannya dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah SWT. Masyarakat Jahiliyah sebelumnya juga berpuasa. Puasa Muharram tadinya hukumnya wajib, kemudian berubah jadi sunnah setelah turun kewajiban puasa Ramadhan.

“Ini adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun.

Rasulullah SAW bersabda: “Dari Ibu Abbas ra, bahwa Nabi SAW, ketika datang ke Madinah, mendapatkan orang Yahudi berpuasa satu hari, yaitu ‘Asyuraa (10 Muharram). Mereka berkata, “Ini adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun. Maka Nabi Musa as berpuasa sebagai bukti syukur kepada Allah SWT”. Rasulullah SAW, berkata, “Saya lebih berhak mengikuti Musa as. Daripada mereka.” Maka beliau berpuasa dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa”. (HR. Bukhari)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah shalat malam.” (HR Muslim)

Walaupun ada kesamaan dalam ibadah, khususnya berpuasa, tetapi Rasulullah SAW memerintahkan pada umatnya agar berbeda dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi, apalagi oleh orang-orang musyrik. Oleh karena itu beberapa hadits menyarankan agar puasa ‘Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari ‘Asyura. Secara umumnya, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan:

1. Berpuasa tiga hari, sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya, yaitu puasa tanggal 9, 10 dan 11 Muharram.

2. Berpuasa pada hari itu dan satu hari sesudah atau sebelumnya, yaitu puasa tanggal 9 dan 10, atau 10 dan 11 Muharram.

3. Puasa pada tanggal 10 saja, hal ini karena ketika Rasulullah SAW memerintahkan untuk puasa pada hari ‘Asyura para sahabat berkata: “Itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, beliau bersabda: “Jika datang tahun depan insya Allah kita akan berpuasa hari kesembilan, akan tetapi beliau meninggal pada tahun tersebut.” (HR. Muslim)

Landasan puasa pada tanggal 11 Muharram didasarkan pada keumuman dalil keutamaan berpuasa pada bulan Muharram. Di samping itu sebagai bentuk kehati-hatian jika terjadi kesalahan dalam penghitungan awal Muharram. Selain berpuasa, umat Islam disarankan untuk banyak bersedekah dan menyediakan lebih banyak makanan untuk keluarganya pada 10 Muharram. Tradisi ini memang tidak disebutkan dalam hadits, namun ulama seperti Baihaqi dan Ibnu Hibban menyatakan bahwa hal itu baik untuk dilakukan. Demikian juga sebagian umat Islam menjadikan bulan Muharram sebagai bulan anak yatim. Menyantuni dan memelihara anak yatim adalah sesuatu yang sangat mulia dan dapat dilakukan kapan saja. Dan tidak ada landasan yang kuat mengaitkan menyayangi dan menyantuni anak yatim hanya pada bulan Muhaaram. Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam sistem kalender Islam. Oleh karena itu salah satu momentum yang sangat penting bagi umat Islam yaitu menjadikan pergantian tahun baru Islam sebagai saranan umat Islam untuk bermuhasabah terhadap langkah-langkah yang telah dilakukan dan rencana ke depan yang lebih baik lagi. Momentum perubahan dan perbaikan menuju kebangkitan Islam sesuai dengan jiwa hijrah Rasulullah SAW dan sahabatnya dari Mekkah ke Madinah.

Dari Abu Qatada ra. Rasulullah ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, beliau bersabda: “Saya berharap ia bisa menghapuskan dosa-dosa satu tahun yang telah lewat.” (HR. Muslim)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS. Al Hasyr: 18)

SALAM TAHUN BARU ISLAM.

Hari ini 30 Dzulhijjah sebelum laungan azan maghrib kita akan berada diambang akhir bulan islam bagi tahun1430H, sesudah azan maghrib berkumandang maka diri kita telah pun menjejaki tahun bari islam 1 Muharram 1431H, tidak sabar rasanya menunggu saat itu al-maklum disetiap masjid akan dianjurkan program sambutan akhir tahun,tapi mungkinkah program yang dianjurkan oleh masjid petang ini akan terasa kurang jemaahnya kerana petang ini juga perlawanan akhir antara malaysia dengan vieatnam akan berlangsung tepat jam 5.45pm.

Terfikir juga ana, mungkinkah kita akan lebih mementingkan perlawanan bola daripada menyambut kedatangan tahun baru islam,ini keran semua media massa sedang hangat membincangkan perlawanan bola ini al-maklum sajalah sedah 20tahun Malaysia menanti untuk menang perlawanan ini. Memang tidak dinafikan kedatangan tahun baru islam mungkin kurang disedari oleh kita memandangkan kita lagi suka menyambut kedatangan tahun baru masihi sehingga kita agungkan kedatangan tahun masihi ini dengan sambutan besar-besaran, melahirkan azam baru,pancutan bunga api dan berbagai lagi sambutan, sememangnya kita orang islam telah melacurkan tahun baru islam.

Adalah menjadi harapan ana agar kita orang islam segera mengubah mentaliti kita, segera meningkatkan anjakan paradigma,bulan islam adalah bulan yang mulia, kedatangan tahun baru hijrah juga membawa kerahmatan kepada kita kerana dengannya kita mengetahui islam sudah bertapak di dunia ini lebih 1000tahun dan Nabi SAW telah pun meninggalkan kita lebih kurang 1420H yang lalu. Kita dalam mendidik anak selalu merasa bangga jika anak-anak kita dapat menghafal bulan-bulan masihi tapi pernahkah kita meminta mereka untuk menghafaz bulan-bulan islam kemungkinan besar anak-anak kita hanya mengetahui bulan Ramadhan dan bulan Syawal sahaja.

Pentingnya kita mengetahui tahun islam dan bulan-bulannya kerana terkandung didalamnya pelbagai amalan ibadat yang boleh kita lakukan ditambah lagi hampir disetiap bulan islam itu akan ada peristiwa besar yang berlaku didalamnya.

Akhirul kalam,ana mengharapkan kita sama-sama menghayati keakhiran tahun 1430H ini samaada kita telah mengisinya dengan sebaik mungkin adakan tahun 1430H ini amalan kita lebih baik daripada tahun sebelumnya, dan sama-samalah juga kita bergembira dengan kedatangan tahun baru 1431H ini semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita akan beroleh kerahmatan dan keberkatan yang melimpah ruah dari Allah SWT. Sama-samalah kita berdoa dan berharap segala kebaikkan akan datang bersama tahun 1431H ini, terbitkanlah azam dan niat yang lebih ke arah yang satu.

JEMAAH TABLIGH (SEMUA PERLU TAHU)

KETIKA awal kehadirannya, ramai yang pelik melihat gelagat mereka yang mengusung beg, periuk, cerek dan pinggan dari satu masjid ke satu masjid.

Dengan ketayap putih di kepala dan berjanggut, mereka sering diberi pandangan negatif.


Namun, lama kelamaan apabila jumlahnya semakin ramai, masyarakat mulai sedar mereka adalah kumpulan pendakwah yang dipanggil 'tabligh'.

Penulis turut mempunyai pengalaman diajak keluar bersama-sama menyertai sebahagian gerak kerja dakwah ketika di kampus.

Ketika itu ahlinya terdiri daripada pelajar sendiri yang akan melawat dari bilik ke bilik bagi menyampaikan peringatan atau tazkirah pendek yang dirungkai daripada hadis nabi atau ayat al-Quran.

Jadi pada setiap malam selepas solat Maghrib, dua hingga tiga ahli jemaah akan bersama dalam sesi tazkirah yang mereka sampaikan.

Mengikut sejarah, tabligh adalah jemaah Islam yang berpusat di India. Ia ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India.

Tabligh dilahirkan bagi mengajak masyarakat India Muslim yang masih berpegang kepada budaya Hindu melaksanakan Islam secara total.

Jemaah tabligh memegang kepada manhaj (formula) yang dijadikan dasar penting sebagai rujukan yang dinamakan Ushulus Sittah (enam dasar).

Ia merealisasikan kalimat thoibah, solat dengan khusyuk dan khudu' (penuh ketundukan), ilmu dan zikir, memuliakan Muslim, membaiki niat dan mengikhlaskannya serta keluar (khuruj) di jalan Allah.

Gerakan ini menjalankan tugas berdakwah tanpa mengambil kira asal-usul mazhab atau aliran pengikutnya.

Jemaah tabligh mempunyai markas di setiap negara dan markas antarabangsa terletak di Nizzamudin, India. Setiap markas daerah dipimpin seorang shura dan kemudian membentuk ratusan markas kecil yang dinamakan halaqah.

Kegiatan halaqah adalah perjumpaan mingguan, sebulan atau mereka keluar (khuruj) selama tiga hari. Khuruj bertujuan meluangkan sepenuh masa berdakwah di masjid atau surau dengan dipimpin Amir.

Ketika ini, mereka banyak menghabiskan masa membaca hadis atau kisah sahabat yang biasanya dipetik daripada kitab Fadhail Amal karya Maulana Zakaria.

Kemudian mereka mengunjungi (jaulah) rumah ke rumah dan bermuzakarah. Sepanjang tempoh khuruj itu, mereka akan tinggal sementara di masjid atau surau.

Mereka memasak makanan sendiri dan makan beramai-ramai dalam talam besar.

Jemaah tabligh mengabdikan sepenuh jiwa raga untuk agama dan tidak menyentuh perkara berkaitan politik. Justeru, mereka dianggap kumpulan yang sukakan perdamaian.

Namun, bukan mudah untuk menjadikan seorang dalam jemaah tabligh yang tekun kerana memerlukan kekuatan diri terutama meninggalkan rumah tangga, isteri dan anak untuk tempoh beberapa hari.

Memang bukan perkara mudah melakukan perkara kebaikan kerana syaitan sentiasa membisikkan perkara yang melalaikan.

Usaha jemaah tabligh keluar berdakwah nampak mudah, tetapi terpaksa melalui jalan berliku terutama pandangan masyarakat.

Ada yang diherdik, dimaki, dihalau malah dianggap kutu rayau ketika melakukan tugas dakwah itu. Malah, ada umat Islam sendiri yang menyindir supaya mereka berdakwah kepada golongan bukan Islam daripada menyibuk datang dari rumah ke rumah.

Malah ada juga yang menyarankan aktiviti tabligh diharamkan di Malaysia kononnya ia boleh menyebabkan kemunduran umat Islam.

Justeru, jemaah tabligh memang dilatih menjadi penyabar kerana perkara itu memang sudah dijangka.

Bagaimanapun, jemaah tabligh membuktikan mereka berjuang dengan rela hati apabila sanggup meninggalkan keluarga selama tiga hari, seminggu, 40 hari atau empat bulan untuk mengembangkan agama Allah.

Mereka antara manusia bertuah kerana memperuntukkan sebahagian usia kepada agama, sedangkan ramai manusia berebut-rebut mencari habuan keduniaan.

Bukan semua sanggup berjauhan lama dengan anak dan isteri melakukan kerja dakwah sebegini.

Namun, jemaah tabligh yakin cara dakwah mereka menepati perbuatan Rasulullah s.a.w. Perkara paling penting dalam berdakwah mengikut cara tabligh adalah keikhlasan.

Kemuncak jemaah tabligh di negara ini ialah perhimpunan 200,000 ahli kumpulan itu dari seluruh dunia yang berkampung di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang sempena ijtimak Tabligh Sedunia, baru-baru ini.

Jemaah tabligh daripada lebih 40 negara hadir yang membentuk saf solat bermula dari barisan hadapan hingga ke belakang sepanjang lebih satu kilometer (km) manakala setiap saf sepanjang 500 meter.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, berkata jemaah tabligh membuktikan mereka dapat mengumpulkan umat Islam dari seluruh dunia. Ini satu perkara yang hebat.

"Namun, mereka perlu mengembang peranan dakwah, tidak hanya di masjid atau surau sebaliknya meluaskan jaringan itu kepada remaja bermasalah, vandalisme, penjara dan pusat pemulihan akhlak.

"Cabang dakwah ini luas dan ia perlu diperkemaskan supaya orang ramai dapat menerima cara penyampaian dakwah kita. Mereka juga boleh mengetengahkan cabang dakwah melalui penulisan dan kebajikan.

"Nabi Muhammad s.a.w berdakwah kepada semua peringkat umur dan latar belakang," katanya.

Zamihan berkata melalui kepelbagaian bentuk dakwah itu seseorang boleh menyampaikannya di mana-mana saja tanpa terhad kepada sebarang waktu.

"Kewajipan memperingati sesama umat itu terletak di setiap bahu kita. Dakwah yang sebenarnya tidak terhad di masjid atau di surau saja.

"Kelompok utama yang perlu kita hampiri adalah di kalangan ahli keluarga kita terlebih dulu sebelum melakukan dakwah kepada individu lain," katanya.

Mengenai keluar (khuruj) berdakwah ke tempat lain, ia bergantung kepada kemampuan diri. Jika mempunyai banyak tanggungjawab, utamakan keluarga dahulu sebelum perkara lain.

"Jika kita keluar menjalankan tanggungjawab berdakwah, tetapi pada masa sama membiarkan isteri dan anak terabai, hukumnya haram.

"Setiap individu juga mempunyai tugas besar terhadap kerjaya dan pelajaran. Pastikan tanggungjawab itu diutamakan," katanya.

Menurutnya, kehadiran jemaah tabligh di masjid atau surau untuk kerja dakwah diharuskan, tetapi mereka perlu menonjolkan disiplin tinggi bagi membolehkan orang lain menghormati mereka.

"Contohnya bersugi, ia memang amalan mereka, tetapi jangan dilakukan tanpa mengira tempat hingga menyebabkan orang lain tidak senang melihatnya.

"Pakaian dan penampilan diri mesti menggambarkan kualiti pendakwah yang Islam mahukan," katanya.

Namun, beliau menganggap jemaah tabligh sudah menjalankan tanggungjawab mereka, sekurang-kurangnya memberi impak kepada usaha mengembangkan Islam secara terbuka.

"Dalam menyampaikan dakwah, jangan kecewa atau marah apabila orang lain tidak menerima pendekatan kita. Apa yang penting penyampaian dakwah itu sudah dilaksanakan.

"Sentiasa melihat kelemahan diri sendiri kerana Rasulullah s.a.w yang maksum pun memohon bertaubat 100 kali sehari, apatah lagi kita manusia biasa," katanya.

Rabu, 9 Disember 2009

FAHAMI MAKSUD

Tinggal 2 hari saja lagi festival bagandang dan expo perdagangan akan diadakan,seluruh warga Beaufort khasnya dan warga luar amnya menantikan hari tersebut. Mungkin saja yang dinantikan itu bukan festival bagandang tapi lebih kepada tumpuan artis jemputan. Khabar yang di sampaikan Bintang AF berserta Ampal akan menyerikan festival tersebut...

Selasa, 8 Disember 2009

BANJIR MELANDA KOTA JEDDAH.

Pemandangan seperti di bawah adalah perkara biasa jika berlaku di Malaysia tetapi jika berlaku di Jeddah memanglah suatu yang pelik . Banjir di Jeddah pada 25 Nov lalu sehingga meragut 106 nyawa. Subhanallah, Maha Suci Allah.













































p/s : Mungkinkah bencana ini satu amaran atau petanda dari yang Maha Agung. Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya,sama-samalah kita berfikir akan maksud yang hendak disampaikan.
post by isuhangat.

Isnin, 7 Disember 2009

PAKAIAN ARTIS ALA ZAMAN ARAB JAHILLIAH

Anugerah Skrin 2009 bertemakan pakaian Arab 1001 Malam. Artis dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Segala jenis fesyen Arab ada. Tetapi kebanyakkannya adalah Arab Jahiliah punya fesyen. Kalau Arab betul mestilah pakai jilbab. Tak tahulah sama ada idea pelakon itu sendiri atau pereka fesyen punya idea, ramai yang berpakaian tidak sesuai langsung!


Antara yang sopan ialah pakaian Wardina.


Ini pula pakaian Arab moden. Betty Benaffe

Antara pakaian artis yang paling tidak sesuai
Mungkin aku ni kolot sikit tapi rasanya pakaian-pakaian artis di bawah memang tidak sesuai .


Keturunan arab juga ni – Amani


Rozita Che Wan – tutup di atas buka di bawah.


Paling tidak sesuai. Fesyen tunjuk perut.

p/s : Nabi SAW pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang begini seingat ana lah " ramai penghuni neraka itu terdiri daripadanya kaum wanita ". Sewaktu peristiwa isra mikraj Nabi SAW telah diperlihatkan ramai wanita yang diseksa salah satu darinya adalah perempuan yang diseksa itu kerana mendedahkan auratnya,mereka berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang...
* Gambar-gambar ni ana dapat dari salah satu blog yang mahsyur Isuhanggat.com.

Jumaat, 4 Disember 2009

TAK DA TAJUK ( Sendiri Fikir La )






klik double kat gambar tuk bagi besar langkah untuk memudahkan pembacaan.

TENUTO


para pengkarya Sarawak bergabung mempersembahkan lagu/puisi "TENUTO".

TENUTO
HENTIAN PADA JEDA
QADAR TAK TERDUGA
PADAM MELODI KASIH
PULAS TIDUR
BANTAL MIMPI
TERAKHIR

TERSUNGKUR
TERIMA KABAR DUKA
TAKDIR TAK TERJANGKA
NOVEMBER MONSOON DINGIN
SAYUP NAMAMU
DI HENING
MEMORI

PULANGLAH KEKASIH
SETIA PADA RAHMAT
TUNGGULAH DISANA
NADA NADI DAMAI
BERLABUH
TUNGGU
SANGKAKALA
"
ETERNITI

CIPTAAN : ABDILLAH SM
GUBAHAN MUZIK : ADNAN ZAKI BUNYAMIN

P/S : Inilah lagu/puisi yang dipersembahkan oleh mereka yang mana TENUTO ni adalah sebuah tribute buat mengenang Mohamad Shazali Haji Attaelah seorang pemuzik,pencipta dan penggubah lagu yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1/11/2009. Kalau kita menghayati bait-bait lagu/puisi ini sungguh mendalam ana sendiri pun cukup tersentuh hati menghayatinya.

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PENGGIAT SENI SARAWAK (SUARA MARHEIN)


YANG NI GAMBAR ANA BERSAMA DENGAN ABDILLAH SM BERSAMA DENGAN ISTERINYA BERSERTA SAHABAT AWG ALI.


SETIAKASIH BEGITULAH NAMA PENYAJAK NI,MEMANG BEST PENYAMPAIAN BELIAU TAPI ANA TAK INGAT TAJUK SAJAK YANG DIBACANYA.


ALHAMDULILLAH PERJALANAN DI SARAWAK TIDAK SIA-SIA SEMPAT JUGA ANA BERGAMBAR BERSAMA ABDILLAH SM.

Memang tidak sia-sia perjalanan ana ke Sarawak. Betul-betul seronok terutamanya dapat lepak bersama dengan pengkarya sarawak,almaklumlah di Sabah kita ada juga pengkarya tapi susah nak jumpa memandangkan mereka ni jarang mengadakan persembahan di tempat umum. Lupa pula, barisan pengkarya Sarawak ni telah ana temui di kuching waterfront sempena baca puisi bulanan mereka anjuran angkatan pengkarya indie dan suara marhein. Memang best dapat tengok mereka ni beraksi,kalau kat Sabah nak tengok kenalah datang ke Dewan bahasa tapi kat Sarawak boleh tengok setiap bulan kat waterfront ja,Sabah pun ada waterfront tapi entah mungkin kita masih belum dapat manfaatkan lagi kemudahan tu.

p/s : Terima Kasih kepada akak setia kasih dan suami abg hadenan kerana bersusah payah membawa ana dan kekawan melawat sekitar kuching.

PENZALIM YANG DEGIL WAJAR DIDOA BALA - ULAMA

KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.

Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan.
"Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain.

"Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.

Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.

Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain.

"Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.

Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.

Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan.

"Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti.

"Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya.

p/s : Doa senjata bagi orang mukmin. maka gunakanlah senjata bila berhadapaan dengan saat yang memerlukan.
* Doa Nabi SAW kepada bani thaif adalah sebaiknya doa.

Selasa, 24 November 2009

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Tanda-tanda akhir zaman ialah zina bermaharajalela. Statistik di bawah dari tahun 1999 sehingga 2003. Sebanyak 30, 978 dari 70,430 kelahiran anak luar nikah ialah dari anak orang Islam. Selangor menjuarai dengan 12,836 orang.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Statistik ini sehingga tahun 2003. Kalau sampai tahun 2009 ni mungkin dah beratus ribu agaknya.

Janganlah kamu mendekati zina!

Ahad, 22 November 2009

KOLEKSI GAMBAR HARI RAYA AIDIL FITRI 2009 BERSAMA USTAZ MOKHTAR ZAINUDDIN


HIDANGAN ISTIMEWA YANG DISEDIAKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ


SEMPAT LAGI MERAKAM GAMBAR BERSAMA ISTERI TERSAYANG DISAMPING GURU YANG DI KASIHI


RAKAMAN GAMBAR BERSAMA USTAZ DI APIT OLEH SAHABAT - SAHABAT SEPERGURUAN.

MEMANG SUDAH LAMA HATI INI TERDETIK UNTUK MEMASUKKAN GAMBAR INI DALAM BLOG TAPI BARU SAAT INI DI IZINKAN ALLAH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. AL MAKLUMLAH BARU ADA KESEMPATAN MASA DAN DIBERIKAN SEDIKIT KEMUDAHAN INTERNET DAPATLAH MENGEMAS KINI BOLG YANG TELAH LAMA DITINGGALKAN.

TERCAPAI JUGA HAJAT UNTUK BERHARI RAYA DIRUMAH AL-FADHIL USTAZ MUKHTAR ZAINUDDIN ATAU LEBIH MESRA DIPANGGIL ABUYA YANG TERLETAK DI DAERAH KENINGAU SETELAH HAMPIR 3 TAHUN TIDAK ADA KESEMPATAN UNTUK MENZIARAHI BELIAU SETELAH TAMAT PENGAJIAN. ALHAMDULILLAH BELIAU MASIH LAGI SIHAT DAN SEKARANG DIAMBIL BERTUGAS SEBAGAI TENAGA PENGAJAR DI SEKOLAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM TAMBUNAN SABAH.

Rabu, 21 Oktober 2009

MANDI WAJIB

MANDI WAJIB

Pengertian Mandi : Mandi ialah meratakan air pada seluruh tubuh.

Sebab-sebab Mandi Wajib
1. Keluar mani, walaupun tanpa bersetubuh, di waktu tidur atau di waktu sedar, lelaki mahupun wanita. Riwayat dari Ali:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ . ( رواه أبو داود )
Bahawa Rasulullah saw berkata kepadanya: Jika kamu memancarkan air (mani) maka mandilah.
(Riwayat Abu Daud)

Dari Ummu Salamah, bahawa Ummu Sulaim berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ اللهَ لاَ يَسْتَحْيِ مِنَ الْحَقِّ . وَهَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ غُسْلٌ إِذَا احْتَلَمَتْ ؟ قَالَ نَعَمْ إِذَا رَأَتِ الْمَاءَ . ( متفق عليه رواه البخاري ومسلم )
Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu tentang kebenaran. Wajibkah perempuan itu mandi bila ia bermimpi? Jawab Nabi: Ya, bila ia melihat air (mani).
(Sepakat ke atasnya, riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Melakukan persetubuhan iaitu bertemunya dua hasafah walaupun tidak keluar mani. Firman Allah:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
Dan jika kamu berjunub maka bersucilah. (al-Maidah 5 : 6)

3. Suci daripada haid dan nifas.
4. Wiladah iaitu melahirkan anak.
5. Mati kecuali mati syahid.


Rukun Mandi

1. Niat iaitu berniat mengangkat hadas besar ketika membasuh bahagian badan yang pertama dibasuh. Lafaz niatnya iaitu:
نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الأَكْبَرِ للهِ تَعَالَى .
Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala.

2. Menghilangkan segala najis yang ada pada badan.
3. Meratakan air ke seluruh badan.

Sunat-sunat Mandi Wajib
1. Membaca basmalah pada permulaan mandi.
2. Membasuh kedua-dua belah tangan.
3. Mencuci kemaluan.
4. Berwudhu’.
5. Basuh tiga kali. Selain itu semua sunat wudhu’ disunatkan dalam mandi.

CARA WUDHU.

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum. Pengertian wuduk pada syarak adalah :-
Membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat berserta dengan syarat – syarat dan rukun – rukun yang tertentu.
Hukum berwuduk adalah:
Wajib
Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat seperti solat, melakukan tawaf ka’abah dan ibadat yang lain.
Sunat
Ketika hendak mandi wajib
Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
FARDHU WUDHU’
1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka.
Niat wudu’ adalah seperti berikut: Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”. atau Maksudnya: “Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.
4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.
5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.
6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.

SYARAT-SYARAT WUDHU’
Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.

Syarat Wajib Wudhu’
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.
5. Berlakunya hadath.
6. Suci daripada haidh dan nifas.
7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.

Syarat Sah Wudhu’
1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.
2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.
3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.
Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu:
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Suci daripada haidh dan nifas.
4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.
5. Mengetahui kefardhuan wudhu’.
6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.
7. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’.
8. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.
9. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.
10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’.
11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.
12. Muwalat, iaitu berturutan.

Perkara yang membatalkan wudhu
Ada beberapa perkara yang dapat membatalkan wuduk menurut mazhab syafie’ antaranya adalah:
1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur).
2. Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
3. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
4. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan.
5. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.
6. Murtad iaitu keluar dari islam.
Perkara-perkara Sunat Ketika Berwuduk
Menghadap ke arah Kiblat.
Membaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwudhu'.
Berkumur atau bersugi.
Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
Menyapu air ke kepala.
Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwudhu'.
Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wudhu' dengan kain atau sebagainya.
Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
Berjimat ketika menggunakan air.
Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wudhu'.
Membaca Doa Selepas wudhu'setelah selesai berwudhu'.
Fadhilah(Faedah yang diperolehi)dari Wudhu

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah.Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali.Misalnya:
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Jumaat, 11 September 2009

PENDAPAT ULAMA BERLAKUNYA MALAM LAILATUL QADAR.

1/ Ibnu Hazam berpendapat jika bulan Ramadhan 29 hari maka 10 hari terakhir bermula pada malam ke 20, maka lailatul qadar jatuh pada malam yang GENAP. Jika Ramadhan genap 30 hari maka 10 hari terakhir bermula pada malam ke 21 , maka lailatul qadar jatuh pada malam yang GANJIL.

2/ Lailatul Qadar hanya berlaku satu malam sahaja dalam malam bulan ramadhan. PARA ULAMA SEPENDAPAT mengenai tarikhnya iaitu pada malam 27 ramadhan.

3/ Iman Syafie RA menyatakan Lailatul Qadar pada malam ke 21 ramadhan dan lain-lain ulama mengatakan pada malam 23, 25, 29 ramadhan.

4/ Sahibul – Tanbih Ra menyatakan lailatul qadar jatuh pada malam 27 ramadhan berdasarkan JUMLAH HURUF KALIMAH LAILATUL QADAR (dalam tulisan Al-Quran) iaitu jumlahnya 9 di DARAB kan dengan 3 kerana disebut 3kali dalam surah berkenaan lalu dapatlah jumlahnya 27.

5/ Ibnu Abu Hurairah RA, Abu Al- Hassan menyatakan sejak baligh dia tidak pernah luput dapat menemui malam lailatul qadar itu berdasarkan hari awal ramadhan seperti yang berikut :

Ø Hari Ahad dan Rabu maka lailatul qadar jatuh pada malam 29 ramadhan.

Ø Hari Isnin maka lailatul qadar pada malam ke 21 ramadhan.

Ø Hari Selasa dan Jumaat maka lailatul qadar pada malam ke 27 ramadhan.

Ø Hari Khamis maka lailatul qadar pada malam ke 25 ramadhan.

Ø Hari Sabtu maka lailatul qadar pada malam ke 23 ramadhan.

Mereka yang bertemu dengan lailatul qadar akan terus DINGIN BADANYA kerana dihampiri dan disalami oleh para malaikat maka hendaklah dia segera membaca doa “ ALLAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN KARIM TUHIBBUL ‘AFWA FA FU AN NI WAGHFIRLI .”

MENJEJAKI MALAM LAILATUL QADAR

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “ Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul Qadar pada malam – malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam ramadhan”. ( Riwayat imam Bukhari RA ).

Mengapakah kita harus mencari Lailatul Qadar ? Jawapannya ialah kerana malam tersebut merupakan satu-satunya malam yang penuh dengan keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( kira-kira 83 tahun 3 bulan ).

Pada malam tersebut debgan izin Allah para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersolat, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohon kebaikkan daripada Allah SWT.

Membaca satu ayat Al-quran pada malam Lailatul Qadar lebih disukai Allah berbanding membaca seluruh Al-quran hingga khatam pada malam-malam yang lain. Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat. Demikianlah kelebihan umat Muhammad yang diampunkan dosanya pada malam Lailatul Qadar . Doa akan diterima Allah tanpa Hijab melainkan 4 orang yang tiada diampunkan dosannya iaitu :

1/ ORANG YANG KEKAL MINUM ARAK.

2/ ORANG YANG DERHAKA PADA IBUBAPANYA.

3/ ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURRAHIM.

4/ ORANG YANG TIDAK BERCAKAP DENGAN SAUDARANYA

LEBIH DARI 3 HARI.

Sinaran matahari esoknya pula akan tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju ke langit setelah berhimpun di pelosok bumi pada malam Lailatul Qadar.

Related Posts with Thumbnails