Sabtu, 22 Januari 2011

Tanzil - Quran Navigator (LUANGKAN MASA KITA SAMBIL MELAYARI INTERNET.



AKU BARU TERJUMPA SATU SOFTWARE AL-QURAN KAT INTERNET,MEMANG TERBAIK...KEPADA KITA YANG KURANG MEMBACA AL-QURAN SOFTWARE NI MEMANG BAGUS UNTUK KITA...SOFTWARE YANG DILENGKAPI DENGAN AUDIO DARI QARI TERKENAL SIAP DENGAN TERJEMAHAN AYAT DARI PELBAGAI BAHASA SUKA KITA MAU PILIH BAHASA APA MEMANG SESUAI BAGI KITA YANG MALAS MAU BUKA QURAN TAPI RAJIN BUKA INTERNET...DALAM MASA KITA MELAYARI INTERNET SETIAP HARI KAN BAGUS KITA LUANGKAN SEDIKIT MASA DALAM 10 MINIT PUN OK LAH UNTUK BUKA LAMAN NI KEMUDIAN SEMAK BACAAN,BACA TERJEMAHAN DAN YANG PALING PENTING KITA IKUT BACA SEKALI...SATU HARI DAPAT IKUT BACA 15 AYAT PUN KIRA OK LA...LAMA-LAMA KALAU KITA BUAT SECARA ISTIQAMAH MESTI BULI KHATAM PUNYA LA...TAK KAN LA TAK BOLEH PULA,FACEBOOK HARI-HARI KITA BUKA SAMPAI BERJAM-JAM LAMANYA,TAK KAN NAK BUKA LAMAN TANZIL.NET NI NAK BERKIRA SANGAT...NANTI ALLAH BERKIRA DENGAN KITA KAN SUSAH...SAPA NAK JAWAB...
KEPADA KAWAN-KAWAN YANG RETI INTERNET TU SHARE LA SOFTWARE NI KAT KAWAN-KAWAN YANG LAIN,BESAR PAHALA NI TAU..

KLIK KAT LAMAN BAWAH NI.

Tanzil - Quran Navigator

Selasa, 18 Januari 2011

10 SIKAP LELAKI BURUAN PEREMPUAN

1. Prihatin
Bukan mudah menemukan lelaki yang bersikap prihatin secara tegar. Kebanyakkannya hanya sandiwara bersifat sementara dan lakonan paling mujarab kala ingin membelai hati gadis pujaan. Namun lelaki perlu tahu dan sedar akan kepentingan sifat ini tersemat dalam diri. Ini kerana wanita amat menyayangi lelaki yang mendengar dengan teliti setiap butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.

2. Penawar
Ramai wanita menginginkan kehadiran lelaki bistari meluahkan kata-kata azimat sebagai penawar kala ditimpa musibah. Sedia maklum, hati wanita cukup sensitif dan mudah terguris. wanita juga menyenangi lelaki dengan kata-kata pujian untuk setiap kejayaan apatah lagi yang sentiasa berada di sisi takkala musibah datang melanda.

3.Kebebasan
Wanita tidak meminta kebebasan keterlaluan. cukuplah sekadar diberikan hak memilih secara mutlak dalam beberapa urusan contohnya memilh peralatan rumah, membantu pasangan dalam sistem kekeluargaan ( bagi mereka yang sudah berkahwin) atau menyusun ragam kediaman mengikut cita rasa mereka. jika pasangan kurang menyenangkan , teguran atau kritikan lembut lagi membina amat di alu-alukan.

4.waspada
sikap waspada dan hati-hati lelaki dalam melontar kritikan dan pendapat antara faktor lelaki terus disenangi dan wanita pula pantas ingin mendampingi. selain waspada tutur kata, waspada akal & pertimbangan juga antara pakej kualiti terbaik yang bakal meletakkan seorang lelaki itu sebagai sanjungan wanita.

5.Harum
sudah menjadi fitrah wanita sinonim dengan subjek kebersihan dan kecantikan (tetapi tidak semua wanita masa kini) oleh itu wahai lelaki sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan, penampilan dan paling pentig anda bebas daripada masalah aroma tubuh yang mengloyakan.

6.Pemurah
wanita menyenagi pasangan yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri menyerahkan soal catuan perbelanjaan rumah tangga antara hal yang amat dihargai oleh seorang wanita. ini menunjukkan betapa pasangan amat dipercayai dan membuat wanita dihargai.

7. kompromi
bukan mudah menemukan lelaki sebegini namun, inilah antara kualiti buruan wanita. wanita menghargai kehadiran lelaki yang sering berkompromi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya malah yang tidak terlalu cerewet atau kerap mengkritik pasangan juga antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.

8. penyokong
lelaki bersifat menyokong ibarat tunjang yang menjadi sandaran dan harapan kepada wanita. dengan dorongan secara fizikal dan emosi , wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinnya pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.

9.Damai & cinta
lelaki memiliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki pukul @ pendera. Anda perlu ingat, wanita bukan sahaja disayangi dan dicintai malah untuk dilindungi dengan sewajarnya.

10.Tanpa kuasa veto
Wanita lebih cenderong untuk mendampingi lelaki yang tidak dijadikan kuasa veto sebagai alasan mengecepi nikmat kehidupan terindah contohnya tidak melandaskan alasan dipandang manis meskipun bersifat curang, berhak memilih pasangan lebih daripada seorang wanita @ tidak menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak layak setanding dengan lelaki.


KREDIT FOR BLOG ISTIMEWA2U.

9 SIFAT WANITA YANG MENAWAN LELAKI.


1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny¬a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg¬aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

BAGAIMANA ANDA KAUM WANITA ???


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

KEBAIKKAN MENJADI ORANG YANG BODOH.


1. Orang bodoh sukar untuk mendapat kerja... jadi dia bersenang lenang mencari apa saja pekerjaan untuk sesuap nasi. Orang pandai memerah otak untuk mendapat ijazah supaya senang mendapat kerja

2. Orang bodoh selalu melakukan kesalahan, maka dia mengambil orang pintar yang tidak pernah salah untuk memperbaiki yang kesalahannya. Sebenarnya orang bodoh memerintahkan orang pintar untuk mengikut kehendak orang bodoh.

3. Orang pintar berusaha mendapatkan ijazah untuk mendapatkan kerja. Orang bodoh berfikir mendapatkan wang untuk membayar gaji dan ijazah orang pintar.

4. Orang bodoh tidak tahu menulis dan mengira, maka disuruh orang pintar untuk membuatnya.

5. Orang bodoh hanya berfikir pendek untuk memutuskan sesuatu, Sebaliknya orang pintar berfikir panjang untuk kejayaan bosnya orang b0doh

6. Waktu bisnes orang bodoh maju, orang pintar akan menghabiskan waktu bekerja keras untuk mendapat bonus, sementara orang bodoh menghabiskan waktu bercuti dan bersenang-lenang dengan keluarganya.

7. Mata orang bodoh akan mencari apa saja yang boleh dijadikan duit. Mata orang pintar selalu mencari perkerjaan dan pangkat dari orang bodoh.


Bill Gates (Microsoft), Dell, Henry (Ford), Thomas Alfa Edison etc.., Adalah orang-orang Bodoh yang kaya. Ribuan orang-orang pintar bekerja untuk mereka. Dan puluhan ribu jiwa keluarga orang pintar bergantung harap pada orang bodoh.


BODOH ?

AYAT YANG BIASA KITA DENGAR.

Kau la bodoh bodoh, kau lagi bodoh, bodoh betul kau ni bodoh.

ehem ehem ,

Jangan selalu menjadi orang pandai,

kelak dirimu akan dipergunakan oleh orang-orang bodoh.

berfikir sebelum bertindak.

Selasa, 11 Januari 2011

TAKJUBNYA...ORANG TUA DENGAN TELURNYA.

Respek betul dengan Pak Arab yang berumur 97 tahun ini. Beliau boleh menulis ayat di atas sebiji telur! Seni yang sungguh halus. Selain dari tidak memakai cermin mata penumpuannya dalam menulis tulisan yang begitu kecil memang mengagumkan. Kalaulah aku ada bakat macam ni,gerenti buli buat pelbagai jenis seni tulisan kat benda-benda lain macam pemadam ka atau coklat...heee





Isnin, 10 Januari 2011

MARI BERAMAL...FADHILAT AYATUL KURSI




Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengembalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.



Related Posts with Thumbnails