Khamis, 8 Mei 2014

KUNDASANG SABAH.


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua kawan-kawan.

Pagi ini berada di Kundasang Sabah yang merupakan salah satu tempat yang sejuk di negeri Sabah. Mandi pagi di kundasang sama seperti menyiram ketulan ais pada badan sejuknya seolah-olah membekukan aliran darah pada tubuh badan namun belum ada pula diberitakan ada yang meninggal akibat kesejukan mandi pagi di kundasang ini. begitulah kebesaran dan keajaiban ciptaan Allah swt setiap tempat mempunyai keunikanya yang tersendiri.

Sejuknya daerah kundasang jika kita adalah pelawat yang baru sampai sehari dua pastinya akan mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri. pasti diawalnya kita akan diserang selsema atau demam ringan. Paling tidak pun kesukaran untuk bangun pagi terutamanya bangun solat Subuh pasti terjadi mungkin disebabkan keseronokan dan kelenaan tidur dalam suasana sejuk.

Daerah Kundasang umpama Genting Highland di Sabah, di sini tanah nya cukup subur sehingga mampu menjana ekonomi yang mantap kepada penduduk tempatan. Siapa tidak tahu sayur-sayur kundasang merupakan yang terbaik di negeri ini. Jika mahu mendapatkan sayur-sayur yang segar terbaik dari ladang datang saja beli di kundasang, namun harus bijak jika tidak pasti kita akan membayar harga yang mahal mengikut rate pelancong, untuk mendapatkan harga yang murah dan berbaloi sebaiknya kita membeli terus kepada penduduk tempatan yang berniaga di pinggir jalan kundasang menuju ke kota kinabalu.

Kepada rakan-rakan yang ingin melancong atau melawat daerah kundasang beberapa tempat boleh saya cadangkan di antaranya ladang lembu yang terletak di Mesilou yang suasananya di umpamakan seperti kita berada di New Zealand, selain itu kita boleh juga melawat Memorial Park yang terletak di kawasan pekan Kundasang dan yang paling penting jangan lupa Kinabalu Park adalah tempat yang wajib untuk dilawati, jika tidak pergi rugilah perjalanan ke kundasang. Sekiranya berkesempatan bolehlah juga kawan-kawan singgah sebentar di Strawberi Garden yang terletak di pinggir jalan kundasang untuk merasai buah Strawberi Fresh dari ladang dan merasai Aiskrim Strawberi kundasang. Saya menyarankan kepada rakan-rakan yang ingin berkunjung ke daerah Kundasang terutamanya kawan-kawan dari Semenanjung Malaysia bagi menjimatkan kos perjalanan sebaiknya menggunakan kereta sewa pandu sendiri yang ternyata rate nya lebih murah berbanding menggunakan khidmat pandu pelancong, saya cukup yakin kawan-kawan tidak akan sesat dalam perjalanan kerana kita boleh menggunakan kemudahan GPS. perkhidmatan kereta sewa pandu ini boleh kita dapati apabila sahaja kita keluar dari balai ketibaaan lapangan terbang di sana telah di sediakan Flayers oleh syarikat atau orang perseorangan yang kita just hanya call saja dan kereta akan dihantar mengikut permintaan kita.

Banyak lagi yang mahu saya tuliskan pada perkongsian kali ini, namun selebihnya biarlah pengalaman itu di rasai sendiri oleh kawan-kawan yang akhirnya nanti kita boleh berkongsi pengalaman, keunikan dan kelebihan berada di Kundasang yang merupakan salah satu tempat paling ramai menerima pelancong setiap tahun. So sampai kita ketemu lagi, bagi kawan-kawan yang mahu melawat kundasang dan memerlukan bantuan boleh lah halllo2/roger2 pada saya...insyaAllah akan di bantu mana yang boleh...Jumpa lagi lain kali
babaiiii.

Rabu, 7 Mei 2014

KHASIAT BERWUDUK SEBELUM TIDUR.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ "Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci" .
(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama Fikh menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga dan seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.
Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.
Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.
Khasiat berwuduk sebelum tidur
Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com

TANDA KEBERKATAAN REZEKI.


KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.
Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.
Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.
* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
* Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.
* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
* Sentiasa merasa cukup dan syukur
Guru kami pernah berpesan adapun hakikat berkatnya rezeki adalah kita dapat memanfaatkan rezeki tersebut ke arah yang diredhai oleh Allah swt, sedikitnya terasa cukup banyaknya pula boleh diagih-agihkan.
"Renung-renungkan dan selamat beristiqamah dalam beramal".
kredit to islam itu indah.
Related Posts with Thumbnails