Khamis, 16 Jun 2011

ADAB SEORANG ISTERI KEPADA SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadah.

Inilah diantara isi ceramah yang selalu disampaikan dalam slot ceramah perhubungan dalam rumahtangga dan diabadikan dalam blog ini sebagai bahan rujukan kembali kepada audiens yang pernah mengikuti slot ceramah kekeluargaan yang aku sampaikan...n at last kepada semua audiens n all readers untuk lebih mengetahui lebih banyak maklumat rajin rajin layari laman web iluvislam.com.

BREAK HEART VS MUSLIMAH

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.





1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."


sumber : iluvislam

ASB DAN ASN DIHARAMKAN OLEH MUFTI SELANGOR.

Entri kali ni pasti akan mengejutkan ramai pihak,ialah sememangnya ramai dari kita sejak kecil sudah mempunyai pelaburan dalam ASB dan ASN ni. Sebenarnya permasalahan tentang status halal @ haram pelaburan ASN dan ASB ini telah lama diperbincangkan namun belum mendapat keputusan yang muktamad dan Alhamdulillah sekarang tanda tanya yang menghantui kita telah pun terjawab dengan pengisytiharan Mufti Selangor bahawa pelaburan ASB dan ASN adalah haram dan bercanggah sama sakali dengan ajaran Islam serta belum menepati hukum syarak.

Dijelaskan juga, skim ASB dan ASN ini secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur baur dengan patuh syariah dan tidak patuh syariah yang mana sebahagian besarnya adalah dari sektor kewangan konvensional. Dengan ini disertakan bukti surat salinan yang dikeluarkan dari jabatan mufti selangor.

kredit buat melayukuhebat.blogspot.

Selasa, 14 Jun 2011

SABAH KES MURTAD PALING RAMAI.

Kita dengan bangga mengatakan bahawa negeri kita bukanlah negeri yang termiskin di Malaysia biarpun pada hakikatnya kenyataan seumpama itu adalah benar...tapi melihat kepada tajuk entri kali ini masihkah kita boleh berbangga apabila kita yang mengakui negeri kita adalah yang terbaik mempunyai bilangan teramai penganut Islam yang telah berubah arah dalam erti kata lain KELUAR DARI ISLAM @ MURTAD. Dari tahun 2000 - 2010 saja seramai 238 memohon keluar islam dan seramai 67 telah diluluskan.

Dimana SILAPNYA ?... zaman Nabi SAW mereka yang murtad dan tidak mahu kembali WAJIB dihukum bunuh dan di ISYTIHARKAN perang kepada mereka,..kita mengetahui pada keadaan sekarang memang hukuman tersebut tidak akan dapat kita laksanakan,sekiranya dilaksanakan pun pasti orang yang melaksana akan turut dikenakan hukuman mahkamah.

Di Sabah saja telah banyak pertubuhan dakwah islam ditubuhkan...bermula dari USIA kemudian YADIM seterusnya PERKIM dan pelbagai lagi NGO dakwah Islam lain yang berperanan besar dalam mengembangkan Dakwah Islamiyah di Negeri Bawah Bayu ini. Namun biarpun telah dibanjiri oleh kewujudan NGO Islam ni yang menjadi persolan kenapa masih sabah menjadi negeri teramai yang penganut islamnya merubah pegangan,mungkinkah tersilap Method Dakwah ataupun kerja dakwah yang sepatutnya diperhebat hanya menumpukan kumpulan sasar yang tertentu saja. Aku tidaklah menyalahkan NGO2 islam ini kerana aku juga adalah salah seorang dari ahli mereka,tetapi aku mahu membawa kita berfikir mungkinkah kerja-kerja dakwah yang kita laksanakan sekarang ini kurang bisanya atau tersasar dari target yang sebenarnya kita patut utamakan...bukan kah "menyelamatkan seorang islam yang mahu terkufur iman nya adalah lebih baik dari kita mengislamkan 10 orang kafir". Tolong betulkan sekiranya saya tersalah...

Melalui pemerhatian aku,kita pada masa ini terlalu menumpukan dakwah kepada orang bukan islam dan saudara baru sehingga kita kurang mengambil berat kepada saudara kita yang sememangnya islam sejak kecil untuk dimantapkan imannya yang akhirnya membawa kepada wujudnya senario seperti yang terjadi sekarang. Bertitik tolak pada masa ini, kita perlu memperkemaskan usaha dakwah kita,bukan hanya pada non muslim dan saudara baru tapi juga kepada sesama islam agar keimanan dan pegangan tauhid bertambah kemas dan mantap menuju kepada ALLAH SWT.

Jabatan Agama Negeri juga perlu memainkan peranan yang paling besar untuk mewujudkan suasana agama dalam setiap keadaan terutama dalam perkhidmatan awam dengan cara menghantar pegawai2 agama ke setiap jabatan untuk melaksanakan program agama ataupun khidmat nasihat. Jabatan agama juga perlu mewujudkan satu khidmat pakar rujuk yang mudah untuk orang awam bertemu ini kerana masyarakat kita selalunya amat payah untuk berurusan dengan jabatan agama. Imam2 disemua peringkat perlu digerakkan dengan lebih agresif lagi,jangan hanya bertugas sebagai imam 5 waktu tetapi diperluaskan juga sebagai pegawai dakwah bagi satu2 qariah.

Sayugianya, fenomena murtad ini jangan kita pandang ringan,ini kerana sekiranya dibiarkan sudah tentu akan menjadi barah yang menanah dan merosakkan anggota kita. marilah kita kenangkan kembali perjuangan yang berbahagia arwah Datu Tun Mustapha yang telah bersusah payah melakukan pengislaman beramai2 pada satu masa dulu dan tidak mustahil sekiranya fenomena ini tidak kita atasi dengan sebaik mungkin pada satu masa akan datang pastinya kita akan menyaksikan bahana pengkafiran beramai2...Allah Hu Akhbar.


PELUANG ITU DILEPASKAN.

1. Bimbang Pada Perkara Yang Sepatutnya

Janganlah bimbang
hal-hal yang tidak dapat anda lakukan.

Bimbangkanlah perkara-perkara yang sepatutnya
boleh anda lakukan
tapi yang tidak akan anda lakukan.

Lihatlah,

Hampir semua masalah hidup kita
berasal dari hal-hal yang seharusnya
kita lakukan, tapi yang kita tangguh.

Dan lihatlah lebih jauh,

Walaupun kita sudah menyedarinya,
kita masih tetap gemar bertangguh…

Sampai bila ya..?


2. Hormati diri sendiri

Orang lain boleh saja
memandang rendah kepada anda sekarang,
tapi anda – tidak boleh.

Jadi orang pertama yang
menghormati diri anda sendiri.

Kebesaran yang mungkin anda capai
sangat bergantung kepada besarnya
hormat yang anda berikan kepada diri sendiri.

Kerana dengan itulah,
Tuhan Yang Maha Besar
menyesuaikan hormatNya kepada anda.

Jika anda layak untuk untuk menjadi raja,
Anda akan dijadikanNya

3. Anda optimis atau pesimis?

Seorang yang optimis
hanya punya satu kebimbangan,
iaitu dia tidak cukup menyiapkan diri
bagi cabaran yang lebih besar
di masa depan.

Sedangkan seorang yang pesimis
mempunyai lebih banyak alasan
untuk berkecil hati,
bahkan mengenai perkara-perkara
yang sebenarnya berpotensi lebih baik.

Anda mungkin tidak tahu
apakah anda optimis atau tidak,
tetapi jika wajah anda ceria
dan tubuh anda cergas dan bersemangat,
Anda seorang optimis.

4. Saling membantu

Seorang ayah meminta anak kecilnya
mengalih pokok kecil yang tumbang

Si anak mengeluh bahawa dia tak mungkin kuat

Ayah memaksa

Anak mencuba, gagal, mengeluh

Ayah memaksa lagi

Anak cuba lagi, lalu menyerah

Anakku, sudahkah kau gunakan semua kekuatanmu?

Sudah!

Belum. Anda belum minta tolong ayah

Maka,

Jadilah peribadi yang saling membantu
dan berdoalah agar engkau mudah dibantu Tuhan.

Related Posts with Thumbnails