Isnin, 7 September 2009

Semboyan Buat Semua.

Hamba yang daif ini amat berterima kasih kepada sahabat - sahabat yang mengunjungi blog sekangkang kara hamba ini. Biar pun pada pandangan sekilas sememangnya blog hamba ini tiada nilainya buat mereka-mereka yang lebih berilmu namun di hati hamba blog ini merupakan hasil fikiran dan titik peluh hamba memerah otak memikirkan apa yang hendak di ketengahkan kepada semua. Oleh itu blog ini amat berharga di hati sanubari hamba.
Oleh itu amatlah hamba berbesar hati kepada sesiapa yang melawati serta meninggalkan sekelumit ulasan bolehlah kiranya dapat memperkenalkan diri agar dapat hamba mengenali saudara semua dan membalas ulasan yang di berikan. Hamba amat bersukacita sekiranya Tanpa Nama yang meninggalkan ulasan dapat memperkenalkan diri kepada hamba bagi memudahkan hamba berkongsi ilmu bersama saudara.
Tidak lupa juga kepada sahabat - sahabat yang sudi menjadi ahli blog yang daif ini hamba ucapkan terima kasih yang tidak terhingga semoga dengan usaha kita yang sedikit ini akan dapat di manfaatkan di kemudian hari.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Semoga ceria dan bahagia selalu serta diberkati Allah s.w.t :)

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam..ha'za min fadhli rab'bi..semoga kita semua juga diberkati dan dirahmati Allah selalu.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails