Khamis, 17 Disember 2009

SALAM TAHUN BARU ISLAM.

Hari ini 30 Dzulhijjah sebelum laungan azan maghrib kita akan berada diambang akhir bulan islam bagi tahun1430H, sesudah azan maghrib berkumandang maka diri kita telah pun menjejaki tahun bari islam 1 Muharram 1431H, tidak sabar rasanya menunggu saat itu al-maklum disetiap masjid akan dianjurkan program sambutan akhir tahun,tapi mungkinkah program yang dianjurkan oleh masjid petang ini akan terasa kurang jemaahnya kerana petang ini juga perlawanan akhir antara malaysia dengan vieatnam akan berlangsung tepat jam 5.45pm.

Terfikir juga ana, mungkinkah kita akan lebih mementingkan perlawanan bola daripada menyambut kedatangan tahun baru islam,ini keran semua media massa sedang hangat membincangkan perlawanan bola ini al-maklum sajalah sedah 20tahun Malaysia menanti untuk menang perlawanan ini. Memang tidak dinafikan kedatangan tahun baru islam mungkin kurang disedari oleh kita memandangkan kita lagi suka menyambut kedatangan tahun baru masihi sehingga kita agungkan kedatangan tahun masihi ini dengan sambutan besar-besaran, melahirkan azam baru,pancutan bunga api dan berbagai lagi sambutan, sememangnya kita orang islam telah melacurkan tahun baru islam.

Adalah menjadi harapan ana agar kita orang islam segera mengubah mentaliti kita, segera meningkatkan anjakan paradigma,bulan islam adalah bulan yang mulia, kedatangan tahun baru hijrah juga membawa kerahmatan kepada kita kerana dengannya kita mengetahui islam sudah bertapak di dunia ini lebih 1000tahun dan Nabi SAW telah pun meninggalkan kita lebih kurang 1420H yang lalu. Kita dalam mendidik anak selalu merasa bangga jika anak-anak kita dapat menghafal bulan-bulan masihi tapi pernahkah kita meminta mereka untuk menghafaz bulan-bulan islam kemungkinan besar anak-anak kita hanya mengetahui bulan Ramadhan dan bulan Syawal sahaja.

Pentingnya kita mengetahui tahun islam dan bulan-bulannya kerana terkandung didalamnya pelbagai amalan ibadat yang boleh kita lakukan ditambah lagi hampir disetiap bulan islam itu akan ada peristiwa besar yang berlaku didalamnya.

Akhirul kalam,ana mengharapkan kita sama-sama menghayati keakhiran tahun 1430H ini samaada kita telah mengisinya dengan sebaik mungkin adakan tahun 1430H ini amalan kita lebih baik daripada tahun sebelumnya, dan sama-samalah juga kita bergembira dengan kedatangan tahun baru 1431H ini semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita akan beroleh kerahmatan dan keberkatan yang melimpah ruah dari Allah SWT. Sama-samalah kita berdoa dan berharap segala kebaikkan akan datang bersama tahun 1431H ini, terbitkanlah azam dan niat yang lebih ke arah yang satu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails