Isnin, 3 Januari 2011

Salam Tahun Baru 2010

Hari ni 03/01/2011 bersamaan dengan hari isnin, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Seperti lazimnya bila saja tahun masihi bertukar perkara pertama yang menjadi perbualan ramai adalah mengenai Azam yang akan kita laksanakan pada tahun yang baru ditempuhi ini. Rasanya dari kanak-kanak sehinggalah orang dewasa akan menanamkan pelbagai azam yang hendak dicapai dalam tahun baru ini,tapi yang selalu menjadi persoalannya adakah azam kita itu hanya sekadar azam atau memang ianya satu azam yang lahir dari hati yang ikhlas dan tetap untuk dicapai sepenuhnya...???

Menjadi persoalan juga,adakah azam kita pada tahun lepas telah dicapai atau telah berlalu seperti berlalunya pertukaran tahun masihi dan kita tanpa memikirkannya kembali telah membuat satu lagi azam yang baru sedangkan azam yang lama langsung tak tercapai.??? tapi tak pa la biarlah kita sendiri yang menilai,azam kita biar kita lah yang tentukan ianya dapat dicapai atau tidak inilah pendapat sesetengah orang kita.

Di tahun yang baru ini,saya ingin mengajak kepada semua rakan-rakan tak ada salahnya kita menanamkan azam untuk dicapai pada tahun yang baru ini,tapi selalunya yang menjadi keazaman kita semua adalah azam dalam bentuk bersifat keduniaan seperti berazam hendak memiliki kerata,azam mahu kahwin dan pelbagai azam lagi. Tak menjadi kesalahan pun berazam seperti ini bahkan ianya memang patut untuk dicapai tapi alangkah bagus dan molek sekiranya sebelum kita menjadikan perkara-perkara seperti itu sebagai azam,kita mendahulukan atau mengutamakan azam kita itu dengan suatu azam yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT,sebagai contoh bukankah cantik jika kita berazam untuk tidak lagi meninggalkan solat 5 waktu,berazam memperbanyakkan puasa-puasa sunat dan pelbagai lagi hal yang boleh mendekatkan diri kepada Allah kemudian barulah kita berazam melakukan perkara yang lain luar dari hal tersebut.

Mahu cerita tentang azam ni memang payah,disebabkan saya sendiri pun azam tahun lalu masih belum tercapai sepenuhnya,tapi insyaAllah jika ada keizinan dari Allah azam itu akan saya teruskan ke Tahun yang baru ni...azam kumpul duit nak deposit naik haji,tahun lalu dah dapat kumpul tapi duit tu dah terguna untuk membayar kerugian kemalangan kereta pada bulan april 2010 dan Alhamdulillah azam yang lain berjaya dilaksanakan...syukur pada Allah swt.

Akhirnya di Tahun yang baru ni,marilah kita sama-sama bermuhasabah dan membuat penilaian diri adakah kita telah melakukan perkara yang sepatutnya pada tahun lalu,adakah cukup amalan kita pada tahun lalu untuk dibawa menghadap Allah swt,seandainya masih belum maka marilah kita semua berazam mempertingkatkan lagi amalan kita ditahun ini agar dapat kita sama-sama bertemu Allah swt dengan amalan yang di terima oleh - Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails