Sabtu, 10 Julai 2010

TERBAKAR SEMANGAT.

Assalamualaikum kepada semua rakan pelayar blog, sudah lama rasanya tidak menulis dalam wall blog ni. Terasa amat rindu pula nak menulis semula,al-maklumlah dah lama tidak mengeluarkan artikel-artikel terbaru,selalu sibuk tapi sempat juga untuk menjenguk perkembangan blog ni.
Malam ni terasa pula nak menerbitkan artikel buat tatapan semua. Aritkel ni pernah saya keluarkan dalam facebook kerana selama menyepi dari menulis blog ni ada juga sempat untuk tulis artikel diterbitkan dalam bentuk nota di facebook,kepada semua yang membaca artikel ni nanti janganlah terus melatah atau melenting tapi fikirlah dengan minda yang waras. Bukanlah tujuan menerbitkan semula artikel ni didalam blog untuk mencari publisiti atau melukakan sesiapa tapi lebih terarah kepada membuka ruang perbincangan dan menilai sejauh mana keterbukaan minda kita untuk menerima kritikan. Berikutlah artikel yang dimaksudkan yang pernah diterbitkan dalam facebook Wan radhi.


KATA-KATA NI AKU AMBIL DARI SALAH SATU KOMEN DALAM BLOG OLEH SEORANG YANG AMAT SANGAT AKU KENALI:...FUH.....MEMANG MEMBAKAR SEMANGAT AKU KATA-KATA NYA NI...AKU BERASA TELAH MENJUMPAI SEORANG YANG BOLEH DIKETEGORIKAN SEBAGAI SATU KEPALA....

, secara peribadi sya amat tidak bersetuju 'suggest' utk kita tidak bertanya apa sumbangan PBBS pada kaum Bisaya.

1 Key Performance Indicator(KPI) terhadap sumbangan PBBS dan kepimpinan terhadap kaum Bisaya wajib menjadi agenda pertama dan utama yang harus dilaksanakan oleh Janang Gayuh dan MT PBBS bagi sesi 2010-2013 seterusnya diumumkan kepada semua ahli maupun bukan ahli PBBS.

Jangan sesekali kita mendabik dada dan bersikap hipokrit dengan kejayaan kaum Bisaya yang kononnya maju dalam semua aspek. Ibarat 'Pak Kaduk Menang Sorak Kampung Tergadai'.

MISI dan VISI terhadap PBBS terhadap suku Bisaya harus lebih telus, sistematik dan diterjemahkan dengan tindakan. Renungkan dan berikan jawapannya?

Di manakah kedudukan kaum Bisaya khususnya di Beaufort, di Sabah, maupun di Malaysia.

Seusia 33 tahun ini berapakah jumlah sebenar ahli serta cawangan PBBS dan berapa peratus dari jumlah keseluruhan kaum Bisaya menjadi ahli? Jangan sampai ahli dan cawangan hanya wujud bila ada Mesyuarat Agung.

Semak, berapa ramai pelajar yang mendapat bantuan kewangan pengajian oleh PBBS dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Berapa ramai pemimpin pelapis,bDoktor, Enginer, Usahawan, golongan profesional di kalangan kaum Bisaya atas usaha PBBS.

Kewujudan satu entiti seperti "Koperasi" yang boleh membantu memajukan ekonomi dan taraf hidup kaum Bisaya sepatutnya telah lama diwujudkan.

APA 'action' PBBS terhadap gejala sosial dikalangan remaja Bisaya kita yang semakin meruncing. Apa respon PBBS dan kepimpinan ketika anak bangsa kita kehilangan nyawa disebabkan gejala ini.

Apakah Kebudayaan dan adat resam yang sungguh unik kaum Bisaya ini sudah cukup dipromo dan dikenali oleh bangsa lain setanding etnik-etnik lain di Malaysia.

Sya amat bangga dengan bangsa Bisaya suatu ketika dulu adalah 1 bangsa yang sengat hebat, punya tokoh seperti "Sultan Brunei, Awang Alak Batatar" dan Pahlawan yang gagah berani, namun teramat sedih apabila memikirkan nasib Kaum Bisaya di masa hadapan jika kita direkrut menjadi 'YesMen'
tanpa bertanya itu dan ini.


Kaum Bisaya harus diyakinkan oleh PBBS bahawa hanya PBBS satu-satu entiti yang layak memayungi dan diberi harapan menjaga Bangsa BISAYA kini dan selamanya....

Atau sedia menerima akibat ditolak dan disisihkan oleh kaum sendiri dengan kewujudan satu entiti yang lebih relevan dan berkredibiliti..

AKO PUN OLUN BISAYA/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails