Ahad, 5 April 2009

BANGSA KU PERLU BANGKIT


Sesungguhnya Alah SWT tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

(surah Ar Rad ayat 11 ).

BISAYA...

nama yang begitu indah..dalam sejarahnya yang disampaikan secara lisan sejak berzaman.Mulanya masyarakat disatu perkampungan kecil menyusuri sungai yang tidak mempunyai nama bangsa. Dijadikan cerita sang raja yang menakluki tanah jajahan bersiar-siar menaiki perahu menyusuri sungai sehingga melewati perkampungan ini.Tertarik dengan suasana keindahan tempat dan kecantikan wajah gadis-gadis kampung maka terkeluarlah perkataan "bisay" bermakna "cantik" bagi melahirkan rasa kekaguman yang menyuntik jiwa.Maka bermula satu bangsa yang pada asalnya tidak bernama dengan satu perkataan yang keramat melahirkan bangsa terhormat bernama "BISAYA".
Aku bangga dilahirkan sebagai anak bisaya. satu bangsa yang menguasai pelbagai ilmu sehingga diperakui oleh bangsa lain sebagai pelopor ilmu keagamaan dan melahirkan banyak tokoh-tokoh agama. Tapi itu dulu,sekarang bangsaku telah jauh ketinggalan dibelakang bangsa lain.aku sendiri tidak tahu mengapa bangsaku yang dulu maju kini kian mundur sehingga dibuli oleh bangsa lain. Bangsaku seolah-olah pendatang ditempat sendiri,bangsaku hanya menjadi penghuni dipinggir kampung sedangkan bangsa lain berlumba-lumba menguasai ekonomi dan ilmu. Bangsa lain maju,ekonomi dikuasai mereka sedangkan bangsaku hanya jadi pemerhati dikedai-kedai kopi milik bangsa yang maju ini. mangapa bangsaku ini hanya tahu duduk bersembang politik dikedai kopi tanpa duduk bersembang dimeja bulat bagaimana menaikkan martabat bangsa dan menguasai ekonomi dan ilmu. anak-anak bangsaku tercicir,masalah sosial dikalangan mereka semakin meningkat,masa hanya dihabiskan dengan melepak,bermain game dan diikuti dengan beberapa unsur negatif yang lain. dimana perginya persatuan yang menjadi tonggak bangsaku. dimana dia orang-orang yang berkata akan memartabatkan bangsaku.mengapa kita tidak mengadakan resolusi membangunkan bangsa,kalau sudah ada mengapa ia tidak dilaksanakan atau berlakukah kesilapan dalam perlaksanaannya sehingga tiada hasil yang mmbanggakan kita.
Ayuh bangsa ku...bangunlah dari mimpi indah...bangkitlah dari tidur...kemaskanlah jiwa bersihkan hati anjakkan paradigma pandang kehadapan kita semua perlukan perubahan.hentikan sembang politik yang tiada untungnya tukarkan sembang itu kepada fikirkan kemajuan bangsa. kita perlu bangkit sendiri kerana tiada siapa akan bangkitkan kita bila telah terjatuh kebelakang. Positif atau Negatif kita yang tentukan.
ayuh bangsaku...
kita mesti bersatu..bersama kemaskan langkah perbetulkan kesilapan lalu..kalau bukan sekarang bila lagi....kalau kita siapa lagi....

1 ulasan:

  1. semoga maju jaya dunia ..lebih2 lagi akhirat.
    Kehidupan dunia adalah gambaran kecil kehidupan akhirat. Di dunia ada Orang susah merempat ( di akhirat ahli neraka ) dan di dunia ada orang senang kaya raya ( di akhirat ahli syurga )..sekadar bayangan dua dunia berbeza yang sedang dan akan kita semua tempuhi.. PRZ@aim

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails