Rabu, 19 Ogos 2009

LAGENDA KAUM BISAYA.

Lagenda kaum bisaya

Lagenda yang saya tuliskan pada artikel ini adalah berpandukan kepada maklumat yang saya dapati daripada pencarian dan pembacaan dari bahan-bahan yang berkaitan. Samaada lagenda ini adalah benar atau tidak terpulang kepada para pembaca untuk membuat penilaian sendiri. Bagi saya, sungguhpun ini adalah satu lagenda namum ada kebenaran disebalik cerita ini kerana ia masih menepati dengan fakta dan maklumat yang telah saya temui dan telah saya nyatakan pada artikel kerajaan pertama di borneo.

Mengikut lagenda, nenek moyang bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara pulau borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu :
1. Peti berambai atau pati berabai
2. Si garamba
3. Peti garamba
4. Peti runa atau pati bagunak
5. Smaun atau si maun
6. Alak betata atau urak betatar atau lok batata atau awang alah bertabar
7. Seorang perempuan (siti duyah atau duri atau bunga sunting).

Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi raja brunei. Perlumbaan ini dimenangi oleh alak betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi raja brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama sultan mohammad, sultan brunei yang pertama. Menurut catatan pemerintah misi dari china, chang ching tze telah diutus ke barunai (p’o-ni) pada 1370 (tahun ke-3, bulan 9 menurut kalendar hung-wa). Beliau telah mendapati ibu kota barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu sultan mohamad shah (ma-ho-mo-sha [maha mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja china pada masa itu sebagai seorang muslim.

Peti berambai iaitu yang sulung menjadi ‘raja pulau jawa’. ( kemungkinan pulau sumatera yang berada berhampiran dengan borneo ).

Si garampa pula menetap di kawasan limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat bisaya di kawasan limbang timur sarawak. ( dari keturunan inilah datangnya suku kaum bisaya di sarawak dan disinilah kaitan rapatnya bisaya sarawak dengan bisaya sabah ).

peti geramba menetap di kawasan tutong (brunei)

peti runa pula di kawasan sungai kinabatangan (sabah)

smaun di sungai birau ( selatan tutong)

Siti duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama ong sum ping (awang sunting) dan menetap di kawasan gunung kinabalu, sabah. ( kemungkinan mereka ini adalah nenek moyang kepada suku kaum kundasang / ranau, ini hanyalah tekaan saya sahaja ).

2 ulasan:

  1. AKUM,
    Terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada saudara atas usaha yang dilakukan dalam blog ini. Terima kasih juga atas ulasan saudara dalam blog DARI SABAH. Untuk pengetahuan, saya tidak menghina sesiapa, cuma merenung ke depan, apakah nasib kita nanti, jika kita tidak menyediakan kepada generasi kita satu landasan untuk mereka bertapak kelak. Terima kasih Saudara

    BalasPadam
  2. akhiryna,aku tahu serba sedikit tentang asalan bangsaku~!!!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails