Khamis, 20 Ogos 2009

ADAT DAN KEBUDAYAAN

Kaum asli bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli bisaya. Anak gadis kaum asli bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan kaum asli bisaya adalah seperti:

• Tarian liliput bisaya
• Jipin (zapin) bisaya
• Alat tradisional kulintangan bisaya
• Pencak silat bisaya dengan muzik bamboo
• Tarik tali
• Bermain gasing
• Bermain layang-layang
• Ugang bamboo
• Badaup terutama semasa menuai padi
• Mibulang iaitu penggunaan binatang kerbau
• Tarian bubu mangalai dengan menggunakan jampi serapah (ya bamban ya lukah, ya bamban eh basari, main kita si ipar muda, silukah pandai menari)
• Berambit/bahambit
• Menimbang anak kecil yang lahir pada bulan safar
• Lastik/melastik
• Panah/memanah
• Andiban/alat membujak binatang liar
• Perubatan tradisional bisaya
• Pakaian tradisional bisaya
• Kuih-muih tradisional bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit, dan lain-lain.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Tahniah atas terlancarnya blog saudara. Saya cuma nak memaklumkan kepada saudara sekiranya nak menambah maklumat tentang sejarah dan sosiobudaya Bisaya Sabah saudara boleh merujuk kepada Biro Penyelidikan Sejarah dan Bahasa, Persatuan Bisaya Bersatu Sabah kerana telah banyak kertas kerja, bab dalam buku yang diterbitkan mengenai Bisaya oleh Unit Penerbitan UMS dan DBP. Nak disenaraikan satu persatu di sini agak panjang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamm.. saya brminat untuk dapatkna maklumat tentang sejaraha dan sosiobudaya msyarakat bisaya trutama berkaitan dengan adat2 nya..boleh sya dptkn info lebih lgi..

      Padam
  2. Salam. Saya berminat untuk mendapatkan salinan kertas kerja dan buku-buku tentang Bisaya, tapi sehingga hari ini, tidak ada satupun diterbitkan untuk tatapan orang ramai. Jangan pula merungut jika ada pihak lain yang terlebih dahulu menghasilkan riwayat bangsa Bisaya.

    BalasPadam
  3. salam sejahtera anak momulok..oku tih nobuoi monong nio mogium do buuk mamakai do gayad Bisaya tih..isada moumaku.kalau aru buuk terutama berkaitan "Kebudayaan Masyarakat bisaya"baguna kolod oku tangahnyo..mogilo carita laid isa tinulis...lumakak tokow anak momulok wagu do mantitih isa darasaie nokorongow..buoi-buoi moingawan ..ombo irih lakat kagandaman..mabalut tulison..alan do buuk...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails