Memaparkan catatan dengan label BEAUFORT KU.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BEAUFORT KU.. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2009

GAMBAR - GAMBAR LAMA BEAUFORT

Pada kali ini,saya tidak menulis artikel tapi sekadar berkongsi gambar-gambar lama pekan beaufort dan peristiwa sejarah yang terjadi. Gambar ini saya ambil dari album lama untuk saya masukkan ke dalam blog ini sebagai tatapan kita bersama. saya juga membenarkan kawan-kawan mengcopy paste gambar - gambar ini terutamanya bagi budak - budak sekolah untuk diketengahkan sebagai bahan kerja kursus atau pun yang berkaitan dengany. kepada mereka yang ini berkongsi gambar bolehlah menghubungi saya pada bila-bila masa saja di talian 016 - 8135045.
marilah kita sama - sama menghayatinya.

























bangga sungguh disebabkan kedua orang tua ku terlibat dalam membangunkan pekan beaufort.

KELUASAN DAN KEPENDUDUKAN




1. Daerah Beaufort mempunyai keluasan 173,898 hektar yang
juga mengandungi daerah kecil Membakut seluas 388 km persegi.
Daerah ini terdiri dari kawasan rendah. Daerah ini terletak pada
kedudukan diBarat Daya Negeri Sabah. Jarak antara ibu negei
daripada pusat pentadbiran daerah ini ialah 90 km.



2. Bilangan Penduduk daerah Beaufort sepertimana mengikut
banci yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 1980
ialah seramai 36,404 orang. Dalam Bancian tahun 1991 bilangan
penduduk daerah ini telah meningkat kepada 49,245 orang
berdasarkan purata pertumbuhan penduduk sebanyak 3.5% setahun.
Kini penduduk daerah Beaufort adalah dianggarkan berjumlah
64,756 orang pada tahun 2000



3. Penduduk daerah Beaufort adalah terdiri daripada berbilang
suku kaum. Suku kaum yang terbesar ialah suku kaum Bisaya
(Melayu) 60% diikuti dengan suku kaum Kadazan/Dusun 14%
Brunei/Kedayan (Melayu) 12%, suku kaum Murut 9%, suku
kaum cina 3% dan lain-lain seperti suku kaum Jawa, India
berketurunan Melayu 2%. Keseluruhan peratus kaum bumiputera
ialah 97% manakala 3% pula bukan bumiputera.

Selasa, 18 Ogos 2009

SEJARAH BEAUFORT



Sejarah Beaufort
Daerah Beaufort pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898. Daerah ini pada masa itu tertakluk di bawah pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). Panggilan nama kepada daerah ini adalah mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P. Beaufort. Sebelum itu daerah ini hanya dikenali sebagai Padas sahaja.- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19
Gambar di sebelah kiri adalah Beaufort pada awal 1930an yang dilihat dari atas bukit. Hadapan adalah Padang Bandar. Disebelah kiri adalah Rumah Pegawai Daerah.



Kemudahan Perhubungan dan komunikasi
Pada masa yang lalu penduduk di Daerah Beaufort menggunakan sungai sebagai kemudahan perhubungan, satu-satunya sungai yang terpenting pada waktu itu ialah Sungai Padas dan Sungai Klias. Segala hasil dan pengeluaran penduduk diangkut menggunakan perahu untuk dibawa ke pekan. Keistimewaan yang terdapat pada sungai-sungai tersebut ialah boleh menghubungi beberapa buah Daerah. Sungai Padas boleh menghubungi Daerah Tenom, Sipitang, Weston, Menumbok dan Labuan sementara Sungai Klias boleh menghubungi Daerah Kuala Penyu, Menumbok dan juga Labuan. Ini memudahkan penduduk pada masa itu membawa hasil dan pengeluaran barangan ke Daerah-Daerah tersebut.
Selain daripada perhubungan menggunakan sungai, pembinaan landasan keretapi pada tahun 1900 oleh Chartered Company, Beaufort ke Jesselton (Kota Kinabalu), Beaufort ke Tenom dan Weston ke Beaufort telah juga memberikan kemudahan perhubungan pada masa itu. Landasan keretapi Weston ke Beaufort telah diadakan pada tahun 1963 apabila permulaan pembinaan jalan raya Beaufort ke Weston dan ke Daerah Sipitang telah siap dibina pada tahun 1963.



Majlis Daerah Beaufort
Pada tahun 1951, orang Inggeris mula menjadi Pegawai Daerah bagi Beaufort hingga ke tahun 1968. Bermula dari tahun 1970, penduduk Sabah telah mula menjadi Pegawai Daerah Beaufort sehingga kini.
Related Posts with Thumbnails