Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2011

SAHKAN BENAR..? JIKA BENAR BERALIHLAH KE KOLAM YANG BETUL.


Nampaknya cerita DS Lajim Ukin dengan rancangan melompat partinya terus menjadi bualan hangat peminat-peminat politik Sabah.

Bermacam-macam andaian boleh didengar, antaranya termasuklah anggapan bahawa Lajim sebenarnya hanya menjadi kuda Trojan kepada DS Najib dan BN untuk memecah-belahkan peluang Pakatan Rakyat.

Di sisi yang lain pula Lajim juga dikatakan bakal menjadi faktor untuk membolehkan KL campur tangan bagi mengekang hasrat DS Musa Aman untuk memilik-keluargakan ‘winnable seats’ BN dalam PRU akan datang.

Demikianlah indahnya demokrasi. Semua orang bebas membuat apa juga andaian. Sama jugalah dengan menetapkan parti yang ingin disertai. Semua orang bebas membuat pilihan.

Dalam hal ini, kalau betul Lajim akan meninggalkan BN, hasratnya memang harus dialu-alukan. Setidak-tidaknya ia bakal menjadi satu lagi bukti tentang kematangan dan keunikan politik Sabah.

Dalam pada itu tidak salah juga sekiranya kita mengingatkan Lajim supaya memastikan langkah yang diambilnya tidak sekadar menguntungkan diri, orang sekeliling dan segelintir orang tertentu, tetapi juga rakyat Sabah secara keseluruhan.

Melihat pada apa yang mungkin dilakukan oleh Lajim, penyertaannya dalam SFP lebih kepada nak puaskan hati dan nak ajar Musa Aman. Fokusnya lebih terarah ke situ. Agendanya dilihat lebih bersifat kenegerian.

Tetapi itukah sebenarnya yang rakyat Sabah mahu? Itukah yang rakyat Sabah perjuangkan?

Musa Aman hanyalah satu faktor dan bukan faktor utama. Siapa juga yang menggantikan Musa Aman, parti mana yang mengambil alih kerajaan negeri, tidak ada maknanya selagi BN masih berkuasa di peringkat pusat kerana yang menjadi masalah kepada kita di Sabah ialah dasar-dasar Kuala Lumpur. Dasar yang mengabaikan hak-hak rakyat Sabah termasuk yang telah termaktub dalam persetujuan bersama.

Kalau hasrat Lajim meninggalkan BN bukan untuk suka-suka, bukan kerana nak buat harta, maka dia sepatutnya melompat ke kolam yang betul. Takkanlah anda meninggalkan kolam beracun kemudian melompat ke kolam yang tak berair sedangkan ada kolam lain yang airnya lebih banyak, lebih bersih dan lebih elok.


kredit to rontogdaily.com

Selasa, 18 Ogos 2009

DSP Kol. Dr Hj Lajim ‘cipta’ Pingat Darjah kebesaran





MASYARAKAT Bisaya di Sabah telah menyambut Perayaan Adau Janang Gayuh pada 18 Julai 2009 di Padang Sekolah Kebangsaan Kerukan, Kuala Penyu bermula 7.30 pagi sementara acara kemuncak perayaan akan diadakan pada sebelah malamnya di dewan Shahbandar Makang, Kuala Penyu dimana ianya akan dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Kol. Dr. Haji Lajim Haji Ukin.
Buat pertama kalinya diadakan penyampaian pingat janang kepada beberapa tokoh pemimpin suku Bisaya yang banyak berjasa kepada masyarakat secara keseluruhannya. Tiga kategori pingat yang disediakan ialah Pingat Seri Setia Janang (PSSJ),Pingat Setia Janang (PSJ), dan Pingat Ahli Setia Janang (PASJ).

Bagi kategori anugerah pula beberapa anugerah disediakan seperti Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Khidmat Awam, Anugerah Keluarga Contoh, Anugerah Wira Kencana, Anugerah Karyawan dan Anugerah Usahawan Contoh.
Wah, dengan duit kita boleh melakukan apa saja yang kita suka. Boleh tahan lah , Lajim Ukin Timbalan Menteri Malaysia pertama yang mempunyai susunan darjah kebesaran dibawahnya. Jangan saja jadi sultan dan bawa Beaufort keluar dari Sabah sudahlah. (hahaha)..

Related Posts with Thumbnails