Khamis, 20 Ogos 2009

KERAJAN PERTAMA DI BORNEO.

Salam kehormatan saya tujukan kepada almahrum sultan awang alak betatar @ sultan muhammad shah kerana menurut kajian dan maklumat serta fakta yang telah saya temui bahawa baginda adalah pengasas kepada kaum bisaya dan ketua masyarakat bisaya pada abad ke – 13 yang lalu. Saya sebagai anak jati bangsa bisaya merasa bangga kerana melalui kajian dan info yang saya dapati bahawa baginda dan masyarakat bisaya dibawah pimpinannya yang menjadi pengasas kerajaan borneo yang pertama di negeri ini. Setelah lebih kurang 70 tahun menjadi sultan di borneo sultan awang alak betatar telah menyerahkan takhta kepada anakanda sultan awang koyoh yang telah menjadikan sungai klias sebagai tempat pemerintahan yang pada masa ini dikenalai sebagai kota klias. Manakala baginda sendiri telah berhijrah ke negeri brunai dan menubuhkan kerajaan brunai dan menjadi sultan pertama di negara brunai. Ini menjelaskan lagi bahawa orang brunai dan kaum bisaya mempunyai perkaitan yang rapat melalui pemerintahan dan kerajaan brunai adalah kerajaan kedua yang berada di kepulauan borneo selepas kerajaan bisaya di sungai klias.
Insyaallah satu masa nanti saya akan cuba mendapatkan gambar kota klias yang telah menjadi tempat pemerintahan sultan awang koyoh. Disini saya menukilkan nama-nama sultan yang telah memerintah kepulauan borneo ini.

Abad ke-13 (1300m) - sultan awang alak betatar bin bonian mas kayangan @ sultan muhammad shah ( peluk islam pada 1363 ).

Tahun 1370 masihi - sultan awang koyoh bin sultan awang alak betatar

Tahun 1621 masihi - sultan orang kaya kaya setia pahlawan awang kassim

Tahun 1855 masihi - sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil

Selepas pemerintahan sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil kerajan ini telah tumbang di tangan penjajah bajingan yang telah menakluki borneo lebih seratus tahun. Namun saya akan cuba berusaha untuk mengesan susur galur waris keturunan sultan tunku laxamana ini untuk dikongsikan kepada semua. Kepada mereka yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi saya dengan kadar segera dan sekiranya apa yang saya nukilkan ini lari dari sejarah yang sebenar saya mohon segera dimaklumkan untuk diperbetulkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails