Dalam artikel ini akan saya cuba kupaskan beberapa fakta dan maklumat yang saya temui dari mana munculnya perkataan bisaya ini. Terlalu banyak fakta dan maklumat yang dijumpai yang menerangkan asal-usul perkataan bisaya itu,namun saya sendiri sukar menentukan yang manakah sebenarnya adalah fakta sebenar. Ada 4 fakta sejarah yang saya temui 1 daripadanya adalah melalui cerita yang di sampaikan oleh kaum ini sendiri mengikut kepercayaan yang di rawikan dari generasi yang lalu dan 3 daripadanya adalah daripada tokoh pengkaji sejarah. Marilah kita sama-sama menilai fakta asal-usul bisaya ini :
Fakta pertama :
Menurut kepercayaan tempatan, perkataan bisaya berasal daripada sebutan “mabisa iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada bisaya sehingga pada hari ini. Perkataan ini muncul dari kaum ini sendiri.
Fakta kedua :
Sementara itu, beyer h.o pada tahun 1926, hester e.d pada tahun 1954 dan harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan bisaya kemungkinan berasal dari empayar srivijaya (sonza, 1972).
Fakta ketiga
pada tahun 1960, john carol menyatakan bahawa perkataan bisaya berasal dari pahlawan bangsa yang bernama sri visaya. Saya tidak pasti siapa pahlawan ini,kemungkinan juga beliau adalah pahlawan filipina dan dari namanya muncul suku kaum visaya filipina dan fakta ini tertolak dari asal-usul bisaya borneo.
Fakta keempat
Derek headly (1950) menyatakan lagenda bisaya borneo apabila sultan brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk bisaya dan baginda memberitahu “bisai-yah!” Yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas dalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan bisaya yang sebenarnya. Bangsa bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di borneo (sabah) sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini.
Kemahiran suku kaum bisaya di atas muka bumi borneo (sabah) ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok sagu, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya.
Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.di lautan, suku kaum bisaya mahir menangkap ikan untuk dimakan.
Lebih kurang pada abad ke-13 (1300m), kaum bisaya mempuyai ketua yang digelar sebagai sultan awang alak betatar bin bonian mas kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai sultan muhammad shah pada tahun 1363 masihi.
Pada tahun 1370 masihi, baginda sultan muhammad shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama sultan awang koyoh bin sultan awang alak betatar menjadi pemerintah negeri borneo (sabah) ketika itu manakala baginda sultan muhammad shah telah berhijrah ke negeri brunei dan menjadi pemerintah selaku sultan brunei beragama islam yang pertama memerintah negeri brunei pada tahun 1370 masihi.
Pemerintahan sultan awang koyoh berpusat di sungai klias yang digelar sebagai kota klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar sultan orang kaya kaya setia pahlawan awang kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855 masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama sultan tunku laxamana awang ishak ismail jalil. Baginda mangkat pada tahun 1961 masihi.
Fikirkan ketenangan..Mengupas idea melalui Anjakan Paradigma yang lama membeku,menilai posisi kewujudan dari sisi positif atau negatif.
-
Categories
- Artikel Agama (19)
- Artikel Bergambar (7)
- Artikel Hangat (19)
- Artikel Nasihat (9)
- Artis (1)
- BEAUFORT KU. (3)
- BY HAND…ANAK JATI BISAYA (15)
- cerita sejarah (1)
- Edisi 999 (5)
- hati telah berkata (4)
- Isu Semasa (6)
- Luahan Pena (1)
- Mesyuarat Tingkap. (4)
- perkahwinan (4)
- Politik (2)
- Sajak/Lagu/Puisi (5)
- surat penulis (2)
- Tragedi (1)
Khamis, 20 Ogos 2009
ASAL – USUL PERKATAAN BISAYA.
Label:luahan pena
BY HAND…ANAK JATI BISAYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan