Artikel bisaya pelayar pertama borneo telah saya temui di laman wikipedia, dan sekiranya fakta ini benar maka kita kaum bisaya perlu merasa bangga dan mengakui bahawa kita adalah tuan ke atas tanah borneo ini. Ini adalah kesimpulan saya sendiri kerana fakta yang saya temui dan telah saya nukilkan pada artikel sebelum-sebelum ini menyatakan bahawa kita orang bisaya lah yang telah mempunyai peradaban dan tamadun terlebih dahulu dari suku kaum yang lain ini disokong oleh fakta yang saya temui iaitu kita kaum bisaya adalah kaum pertama yang mempunyai kerajaan dan berlayar serta menamakan pulau borneo ini. Namun fakta ini jarang kita jumpai dalam buku sejarah,mungkinkah ada pihak-pihak yang cuba melenyapkan sejarah bangsa kita supaya anak generasi kita tidak mengetahui asal-usul bangsanya sendiri. Berikut adalah cerita yang telah saya temui yang menyatakan kita adalah pelayar yang mengelilingi pulau ini dan menamakannya.
Pada suatu ketika pelayar bisaya bernama awang semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan borneo ini bermula dari sungai klias dan mereka memasangkan kain putih (peraca) di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan awang semaun kembali di sungai klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai pulau peraca dalam bahasa bisaya dan dalam bahasa melayu bermakna pulau saputangan. Penjajah kemudian menamakannya sebagai borneo island (pulau borneo).
Maknanya sebelum kedatangan penjajah , kaum bisaya telah menamakan pulau ini sebagai pulau peraca tetapi setelah kedatangan penjajah ia ditukar nama menjadi pulau borneo seperti yang telah kita kenali sekarang. Sebagai warga bisaya, saya berasa perlu bagi kita mengkomersilkan kembali nama pulau peraca ini agar anak generasi kita akan datang tahu bahawa pulau ini pulau nenek moyang kita.
Fikirkan ketenangan..Mengupas idea melalui Anjakan Paradigma yang lama membeku,menilai posisi kewujudan dari sisi positif atau negatif.
-
Categories
- Artikel Agama (19)
- Artikel Bergambar (7)
- Artikel Hangat (19)
- Artikel Nasihat (9)
- Artis (1)
- BEAUFORT KU. (3)
- BY HAND…ANAK JATI BISAYA (15)
- cerita sejarah (1)
- Edisi 999 (5)
- hati telah berkata (4)
- Isu Semasa (6)
- Luahan Pena (1)
- Mesyuarat Tingkap. (4)
- perkahwinan (4)
- Politik (2)
- Sajak/Lagu/Puisi (5)
- surat penulis (2)
- Tragedi (1)
Khamis, 20 Ogos 2009
BISAYA PELAYAR PERTAMA BORNEO.
Label:luahan pena
BY HAND…ANAK JATI BISAYA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Untuk verifikasi @ pengesahan maklumat supaya ia diakui sebagai sejarah
BalasPadam1. Nyatakan tarikh Pulau Peracha dinamakan.
2. Nyatakan tarikh Borneo dinamakan.
Bila bertemu tarikh maka baru kt tau hubung kaitnya. Dan mudah untuk kt mncari maklumat.
Sila kaitkan juga nama syahbandar di kg.padas Damit dan cerita Siti Zubaidah yg meninggal dunia ketika mengandung dan dikebumikan tapi anak yg dalam kandungan masih hidup dan menangis di dalam kubur di kg.Balai Padas Damit.Ini cerita bangsa Bisaya.Kita cari balik kerana ini cerita yg sya dengar dari orang tua di Padas Damit.Dan sungai Lama/Bowong Laid mesti ada kaitan dengan laluan perhubungan utama masa itu.Sungai adalah laluan utama.hebat kolod bangsa tokou sebab bangsa bisaya da beaufort ti paling kaya dalaid magilu karabau.bila kahwin mesti ada karabau sanginan.ulun bisaya paling berani.
BalasPadamMemang cerita asal keturunan bisaya ada antad da paitan.mungkin nini ada kaitan dgn visaya Filipina sebab ulun dalaid mangodim mama sebagai ina atau indu.da Filipina mama kodimun do inai,toki sama da ina.bapa sebagai yapa.tapi ada kebenaran cerita ulun bisaya antad da paitan sebab ada Haji tapi sekarang arwah nio antad da padas bacerita ulun tokou antad da paitan.ulun bisaya ada pikabal atau kebal bila ditetak.sapa2 yg kenal arwah haji dari Padas Dmit, berbanggalah keluarganya kerana arwah haji adalah perwira yg tidak didendang kerana masa perang jepun pernah menjadi askar dan pernah membunuh tentera jepun tapi tiada dalam buku sejarah menceritakan pahlawan-pahlawan bisaya ini.Arwah ini bercerita tentang sejarah dan kisah bangsa bisaya tapi kerana msa itu tidak ada alat rakaman oku hnya dapat mengingat sedikit daripada bnyk2 cerita tentang orang bisaya.
BalasPadamCerita keberanian ulun bisaya melawan british da kg.Galila Padas Damit.asal kg galila adalah maksud gerila.kubu da kg galila hampir dengan kawasan kebun getah tapi skg tidak tau masih adakah lagi kubu itu yg ada kaitan dengan kubu di kg.indu madi padas damit.Indu madi bermaksud ibu perang.masa itu tentera british memanjat pokok belunu di kg.indu madi untuk meninjau tentera bisaya.orang bisaya masa itu sangat kebal tidak kena peluru.ada bom pun tidak meletup.Orang bisaya masa itu ada seekor ayam yang akan berkokok bila ada askar british hendak menyerang dengan terbang di atasa pokok .tetapi dalam daging mesti ada duri.ada bangsa bisaya menjadi pengkhianat memberitahu rahsia kepada British dan orang bisaya dikalahkan oleh tentera british dengan peluru emas.Inilah sejarah yg diceritakan oleh bapa saya Samail bin lapas yg menceritakan kepada kami semasa kami membuat kajian tempatan semasa tingktan 3 dulu.sesungguhnya oku berbangga menjadi anak bisaya.kg.Padas Damit dulu pernah dipanggil kantor bangunannya sama seperti yg ada dipekan kedai lama tapi kebanyakan bangunan lama di pekan beaufort habis terbakar.kalau mau tengok keadaannya pergilah di membakut atau papar kalau ada bangunan kedai lama sama seperti itulah kantor di padas damit dulu.
BalasPadam