Memaparkan catatan dengan label hati telah berkata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati telah berkata. Papar semua catatan

Selasa, 18 Januari 2011

10 SIKAP LELAKI BURUAN PEREMPUAN

1. Prihatin
Bukan mudah menemukan lelaki yang bersikap prihatin secara tegar. Kebanyakkannya hanya sandiwara bersifat sementara dan lakonan paling mujarab kala ingin membelai hati gadis pujaan. Namun lelaki perlu tahu dan sedar akan kepentingan sifat ini tersemat dalam diri. Ini kerana wanita amat menyayangi lelaki yang mendengar dengan teliti setiap butir ucapan mereka dan disusuli dengan reaksi yang menyenangkan.

2. Penawar
Ramai wanita menginginkan kehadiran lelaki bistari meluahkan kata-kata azimat sebagai penawar kala ditimpa musibah. Sedia maklum, hati wanita cukup sensitif dan mudah terguris. wanita juga menyenangi lelaki dengan kata-kata pujian untuk setiap kejayaan apatah lagi yang sentiasa berada di sisi takkala musibah datang melanda.

3.Kebebasan
Wanita tidak meminta kebebasan keterlaluan. cukuplah sekadar diberikan hak memilih secara mutlak dalam beberapa urusan contohnya memilh peralatan rumah, membantu pasangan dalam sistem kekeluargaan ( bagi mereka yang sudah berkahwin) atau menyusun ragam kediaman mengikut cita rasa mereka. jika pasangan kurang menyenangkan , teguran atau kritikan lembut lagi membina amat di alu-alukan.

4.waspada
sikap waspada dan hati-hati lelaki dalam melontar kritikan dan pendapat antara faktor lelaki terus disenangi dan wanita pula pantas ingin mendampingi. selain waspada tutur kata, waspada akal & pertimbangan juga antara pakej kualiti terbaik yang bakal meletakkan seorang lelaki itu sebagai sanjungan wanita.

5.Harum
sudah menjadi fitrah wanita sinonim dengan subjek kebersihan dan kecantikan (tetapi tidak semua wanita masa kini) oleh itu wahai lelaki sila pastikan anda cukup prihatin akan soal kebersihan diri, kekemasan, penampilan dan paling pentig anda bebas daripada masalah aroma tubuh yang mengloyakan.

6.Pemurah
wanita menyenagi pasangan yang tidak terlalu berkira akan soal wang dan perbelanjaan. Bagi pasangan suami isteri menyerahkan soal catuan perbelanjaan rumah tangga antara hal yang amat dihargai oleh seorang wanita. ini menunjukkan betapa pasangan amat dipercayai dan membuat wanita dihargai.

7. kompromi
bukan mudah menemukan lelaki sebegini namun, inilah antara kualiti buruan wanita. wanita menghargai kehadiran lelaki yang sering berkompromi dan sedia menerima kekurangan pasangan seadanya malah yang tidak terlalu cerewet atau kerap mengkritik pasangan juga antara ciri-ciri lelaki idaman semua wanita.

8. penyokong
lelaki bersifat menyokong ibarat tunjang yang menjadi sandaran dan harapan kepada wanita. dengan dorongan secara fizikal dan emosi , wanita dapat menilai sejauh mana sifat tanggungjawab dan prihatinnya pasangan dalam mewarnai kehidupan mereka.

9.Damai & cinta
lelaki memiliki sifat cintakan kedamaian adalah lelaki yang tidak berpotensi menjadi pasangan yang bersifat panas baran, kaki pukul @ pendera. Anda perlu ingat, wanita bukan sahaja disayangi dan dicintai malah untuk dilindungi dengan sewajarnya.

10.Tanpa kuasa veto
Wanita lebih cenderong untuk mendampingi lelaki yang tidak dijadikan kuasa veto sebagai alasan mengecepi nikmat kehidupan terindah contohnya tidak melandaskan alasan dipandang manis meskipun bersifat curang, berhak memilih pasangan lebih daripada seorang wanita @ tidak menghormati wanita lantaran berpaksikan fahaman bahawa wanita tidak layak setanding dengan lelaki.


KREDIT FOR BLOG ISTIMEWA2U.

9 SIFAT WANITA YANG MENAWAN LELAKI.


1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny¬a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg¬aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

BAGAIMANA ANDA KAUM WANITA ???


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Jumaat, 6 Ogos 2010

PINK LADY @ GIRL

Seperti biasa,setiap malam dibebani rasa bosan disebabkan tinggal berseorangan dirumah masa yang terluang dihabiskan dengan membaca buku ataupun menonton television, tepat jam 8 selepas solat isya terus on tv kerana rasa hati mahu menonton berita tv3,sekurang-kurangnya dapat juga mengetahui perkembangan dunia masa kini. Sedang asyik menonton berita hati ni telah dikejutkan dengan berita eksklusif dari tv3 yang mendedahkan satu berita yang amat mengegarkan jiwa dengan isi kandungan beritanya itu secara tidak langsung lidah terucap istighfar,apa tidaknya pendedahan tersebut berkaitan dengan makhluk spesis 2 alam yang mana pada suatu ketika dulu mereka ni pernah di gelar sebagai mak nyah tetapi pada masa kini saat dunia diambang kemajuan gelaran yang diberikan kepada mereka juga bertambah advance yang mana kini mereka dikenali sebagai Pink Girl/Lady. Melalui pendedahan eksklusif itu golongan pink girl/lady ini telah bertambah sebanyak 28% dari tahun 2008 dan telah mencecah lebih ribuan orang,yang lebih mengejutkan majoriti golongan ini adalah mereka yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi dan memiliki Diploma serta Ijazah dalam bidang undang-undang dan komunikasi iaitu sebanyak 65% dari 8 ribu orang.Malam ini akan disiarkan lagi siasatan eksklusif tersebut sebagai bahagian yang terakhir.

Ramai dari mereka ini menjadi kupu-kupu malam dengan bekerja di kelab malam sambil bergaya mengalahkan wanita asli dan ada juga yang seperti bintang Hollywood,yang menjadi kebinggungan ialah apabila diajukan soalan oleh wartawan golongan ini menjawab mereka melakukan semua ni adalah kerana keadaan yang mendesak akibat ketiadaan pekerjaan.???

Bagi saya yang tidak mempunyai kelulusan seperti mereka ini,jawapan tersebut jika difikirkan secara mendalam adalah sangat tidak tepat,ikut logic pun memang akal ni tidak boleh terima atas sebab-sebab berikut :

1- Mereka ini adalah golongan yang berkelulusan dan berpendidikan tinggi,kalau pun mereka tidak dapat bekerja mengikut kelulusan mereka masih ada lagi kerja yang lain yang boleh dipohon oleh mereka,adakah menjadi satu kesalahan apabila kita berkelulusan tinggi bekerja di kilang-kilang atau ladang-ladang dari melakukan perkara yang dikutuk oleh Allah swt.

2- Oleh kerana mereka ini berpendidikan tapi kerana peluang pekerjaan mengikut kelulusan mereka terhad bukankah boleh mereka ini dengan menggunakan kependidikan mereka itu kearah yang lain seperti menjadi usahawan atau membuka perniagaan sendiri.

3- Bagi saya,dengan keadaan Negara kita sekarang ini belum lagi boleh kita halalkan atau mengiyakan pendapat mereka yang mengatakan mereka terdesak melakukanya, sedangkan Negara kita ini kaya dengan pelbagai sumber yang boleh kita manfaatkan untuk menjana ekonomi tinggal saja kita rajin atau malas.

Sesungguhnya perbuatan menukar jantina atau meniru gaya jantina yang berlainan dari kita amat dimurkai Allah dan Rasulullah,bayangkan azab yang telah ditimpakan kepada kaum nabi Luth,mereka telah dihancurkan oleh Allah swt kerana ke perbuatan mereka seumpama ini.

Peningkatan golongan ini yang mencecah 28% amat membimbangkan kita,ini kerana adalah tidak mustahil dimasa akan datang disebabkan peningkatan golongan ini Negara kita akan menjadi seperti Negara Amerika,USA dan Negara eropah yang lain dengan meluluskan undang-undang untuk golongan ini sehingga boleh berkahwin sesama mereka, pada masa itu,apa yang boleh kita lakukan lagi,kita semuanya telah melanggar hokum Allah dengan hanya membiarkan gejala ini semakin meningkat.

Sesungguhnya kiamat telah semakin hampir,dengan berleluasanya gejala ini kita telahpun menghampiri satu tanda kiamat tanpa kita sedari. Benarlah sabdaan insan agung,akan hapir kiamat itu apabila kamu melihat satu golongan yang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai perempuan…sekadar untuk renungan bersama.


Isnin, 7 September 2009

Semboyan Buat Semua.

Hamba yang daif ini amat berterima kasih kepada sahabat - sahabat yang mengunjungi blog sekangkang kara hamba ini. Biar pun pada pandangan sekilas sememangnya blog hamba ini tiada nilainya buat mereka-mereka yang lebih berilmu namun di hati hamba blog ini merupakan hasil fikiran dan titik peluh hamba memerah otak memikirkan apa yang hendak di ketengahkan kepada semua. Oleh itu blog ini amat berharga di hati sanubari hamba.
Oleh itu amatlah hamba berbesar hati kepada sesiapa yang melawati serta meninggalkan sekelumit ulasan bolehlah kiranya dapat memperkenalkan diri agar dapat hamba mengenali saudara semua dan membalas ulasan yang di berikan. Hamba amat bersukacita sekiranya Tanpa Nama yang meninggalkan ulasan dapat memperkenalkan diri kepada hamba bagi memudahkan hamba berkongsi ilmu bersama saudara.
Tidak lupa juga kepada sahabat - sahabat yang sudi menjadi ahli blog yang daif ini hamba ucapkan terima kasih yang tidak terhingga semoga dengan usaha kita yang sedikit ini akan dapat di manfaatkan di kemudian hari.
Related Posts with Thumbnails