Selasa, 3 Ogos 2010

PBBS DILULUSKAN MENJADI AHLI GABUNGAN KDCA

Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) meluluskan permohonan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) untuk menjadi ahli gabungannya.

Presiden KDCA yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, gabungan tersebut dapat mewujudkan kerjasama dalam bentuk gabungan antara persatuan-persatuan kaum di negeri ini merupakan langkah penting bagi memelihara budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini disamping dapat menjayakan Gagasan 1 Malaysia

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Sambutan Adau Janang Gayuh di Padang S.K. Lupak, Beaufort dekat sini pagi kemarin.

Turut Hadir Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Presiden Persatuan SAMA Sabah. Abdullah Sibil,Timbalan Spaker DUN Sabah Datuk Johnny Masitun , Timbalan Presiden (PBBS) yang juga Pengerusi Penganjur Kamarlin Haji Ombi,Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad serta lebih dari 3,000 orang masyarakat Bisaya bagi memariahkan sambutan Adau Janang Gayuh Kali ke 7 Tahun ini

Menurut Tan Sri Pairin, selain memelihara budaya, usaha menjadikan PBBS sebagai Ahli Gabungan KDCA juga mampu mengeratkan lagi semangat perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

Sementara itu, Presiden PBBS, merangkap Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Haji Lajim Haji Ukin berkata, PBBS yang ditubuhkan sejak 33-tahun lalu boleh berbangga kerana mampu bekerjasama dengan suku kaum dan etnik lain yang terdapat di negeri ini.

Katanya, persatuan tersebut akan terus memainkan peranan untuk memelihara hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, menyedari hakikat budaya merupakan eleman yang amat berharga dan mampu menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan kaum ,sambutan Adau Janang Gayuh yang dirayahkan setiap tahun oleh masyarakat tersebut merupakan wadah untuk melestarikan hubungan kaum disamping sebagai usaha untuk mempertahankan warisan budaya masyarakat tersebut agar tidak pupus di telan zaman.

“ Kerana itu bemula pada tahun depan kita akan berkerjasama dengan Lembaga Kebudayaan Sabah bagi menganjurkan program ini dalam skala yang lebih besar dengan pelbagai pengisian program yang dapat menarik penyertaan masyarakat umum khususnya pelancong dari luar Negara” katanya.

Menurut beliau langkah ini bukan sahaja boleh memasyarakatkan budaya yang diwarisi oleh suku kaum Bisaya namun ianya akan turut menjadi pendapatan rakyat dan negeri melalui sektor pelancongan.

Mengulas lanjut usaha persatuan tersebut untuk mempertahankan nilai dan budaya masyarakat Bisaya, Skud Muda (PBBS) telah pun diwujudkan sebagai satu pendekatan jangka panjang agar golongan muda dapat mempertahankan dan memelihara budaya masyarakat

post by : JAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails