Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) khususnya suku kamu Bisaya di negeri ini, perlu berbangga kerana ramai di kalangan anak-anak kaum Bisaya telah mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang antara pendidikan,ekonomi,budaya,sektor perkhidmatan awam dan tidak terkecuali dalam bidang politik. Presidennya Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang bukan sahaja perlu dipertahankan malah dari masa ke semasa perlu dipertingkatkan bagi mempestikan masyarakat Bisaya mampu bersaing dalam persekitaran global.
“ Sesungguhnya (PBBS) dan masyarakat Bisaya keseluruhnnya perlu bersyukur atas kejayaan ini, dimana kita (masyarakat) Bisaya mampu menyumbang terhadap pembangunan Negara sekali gus mengharumkan nama Negara di peringkat antarabangsa” katanya ketika berucap merasmikan Jamuan Makan Malam Presiden dan Majlis Penyampaian Anugreh semapana sambutan Adau Janang Gayuh ke 7 di Dewan Masyarakat Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Mohd.Dun Banir baru-baru ini,
Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi,Naib-Naib Presiden (PBBS) Saridah Datuk Mohd.Dun, Haji Roslan Muharam,Edris Ali, Tarawi Rukut ,Haji Asmat Japar, Isnin Haji Aliasnih dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan kejayaan terbaru anak bisaya yang mencipta nama di peringkat antarabangsa Razali Bin Abd Rahim yang membawa Irama Kulintangan dalam pertandingan Seni Olimpik Antarabangsa di Hollywood Los Angeles baru-baru ini dengan memperolehi tiga pingat emas merupakan sesuatu yang amat membanggakan bukan sahaja kepada masyarakat bisaya malah turut mengharumkan nama Negara.
“ Sesungguhnya kejayaan beliau (Razali Abd Rahim) boleh dijadikan Ikon kepada generasi muda suku kaum Bisaya dimana tidak ada sesuatu yang mustahil dilakukan jika kita bersungguh-sungguh berusaha” tegas Lajim
Razali merupakan siswa pengajian Diploma Seni Muzik Akademik Seni Muzik Unversiti Aswara Kuala Lumpur yang menwakili Negara dalam acara persembahan solo kulintangan pada pertindangan tersebut
Dalam perkembangan lain Lajim berkata, bagi meningkatkan jati diri agar sentiasa mengetahui asal-usul, budaya, bahasa dan adat resam kaum Bisaya, Skuad Muda Persatuan Bisaya Sabah telah ditubuhkan.
Ianya bertujuan bagi melahirkan belia yang berkemampuan untuk menerap dan memelihara elemen jati diri ke arah memartabatkan budaya bangsa di kalangan belia.
Katanya setakat ini, Skuad Muda tersebut dianggotai 500 belia Persatuan itu bagi membantu persatuan menerapkan nilai-nilai murni bangsa dalam kalangan generasi muda, bagi memastikan adat resam serta budaya berkenaan tidak hilang ditelan zaman.
Sementara itu beberapa Anugreh turut disampaikan kepada invidu masyarakat Bisaya yang telah mencipta nama dalam pelbagai ketegori antara pendidikan, ekonomi,budaya dan individu yang turut memberikan sumbangan kepada (PBBS) sebelum ini.
post by : my friend JAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan