Isnin, 28 Disember 2009

WAJARKAH...BEGITU MURAHNYA MARTABAT.

Baru-baru ni aku baru saja masuk ke sebuah kedai yang memang cukup terkenal di negeri Sabah ni,dengan barangnya yang murah dan selalu saja menganjurkan sale-sale dengan harga yang rendah. Sememangnya kewujudan kedai seperti ini adalah sesuatu yang dapat membawa manfaat kepada masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah dapat membeli barang rumah dengan harga yang lebih rendah berbanding di tempat yang lain.

Tapi yang tak best dan syok nya pula dan sememangnya betul-betul OUT..bahasa ini biasa digunakan di kampung aku menandakan sesuatu perkara tu betul-betul nda boleh dipakai langsung dan tidak boleh diterima langsung adakah patut di satu sudut ni betul-betul menyakitkan mata aku, dan sebagai seorang islam rasa tercalar hati ni macam diguris-guris pisau. Wajarkah Ayat-ayat suci Al-Quran dan Nama-nama Allah disimpan dan di taruh bersebelahan dengan Gambar tuhan-tuhan orang kristian (gambar jesus lah).

Bagi aku sememangnya perkara ni langsung tidak patut berlaku, pandangan aku lah yang cetek ilmu agama ni sememangnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan Pihak berkuasa terutamanya Jabatan Agama sepatutnya melakukan rondaan ke setiap permis yang ada menjual perkara yang berkaitan agama ini. Malu betul kita boleh diorang ni taruh nama Allah dan Ayat Suci Al Quran pegangan kita seiring sebaris dengan tuhan Jesus. Adakah sama martabat agama kita yang suci ni dengan agama tersebut. Murah betul juga agama kita ni sehingga ayat suci dan nama Allah boleh diperdagangkan sedemikian rupa. Malu kita tau,kita sudah melacurkan agama kita kalau kita membiarkan perkara ni...malas mau banyak cakap korang tengok la gambar ni sendiri.













SIAPAKAH YANG PATUT DIPERSALAHKAN...PERMIS YANG BERDAGANG, JABATAN AGAMA @ PENGUATKUASA ATAUPUN KITA ORANG ISLAM SENDIRI.

P/S : Mau saja aku himpun orang buat demonstrasi bantahan agar permis ini segera menghentikan jualan ayat suci dan nama Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails