Isnin, 28 Disember 2009

FAHAMAN WAHABI.

Sejak kebelakangan ini kita sering dihebohkan oleh timbulnya pelbagai fahaman atau aliran mahzab yang melibatkan umat islam Malaysia. Salah satu fahaman yang menjadi isuhangat masa kini ialah Fahaman Wahabi yang mmenjadi panas sejak bermulanya penangkapan Dr. Asri bekas mufti pulau pinang kalau tak silap penulis la. Bermula detik itulah masyarakat mula menjadi heboh dan ada kemungkinan yang mula berbicara mengenai fahaman yang wujud dalam Malaysia ini ditambahkan lagi ramai yang mengatakan Dr. Asri berfahaman Wahabi sehingga ada yang jahil tentangnya mula menyimpulkan bahawa mereka yang berfahaman wahabi ini sesat. Oleh kerana itu,penulis merasa terpanggil untuk menggerakkan jari menekan keypad komputer untuk menulis serba sedikit bagi membetulkan sedikit kesimpulan yang telah dibuat oleh mereka yang kurang memahami tentang Fahaman ini.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini,kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Katanya lagi "Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah solat dengan tok Imam di Mekah...Tak Sah, habislah jemaah Haji kita."

"Dia (wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita," katanya lagi kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk ' Pendermaan Organ dari Perspektif Islam' di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Antara ajaran fahaman wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan qunut dan yassin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan kebiasaan umat islam di negara ini.

Dr. Mashitah yang menyifatkan isu mengenai wahabi ini sebagai isu "sensitif" berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara.

"Kita juga perlu menjaga (sensitiviti) beberapa negeri, negara dan masyarakat kita. Jadi kalau kita timbulkan banyak isu ini, masyarakat akan jadi keliru.

"Sekarang kita tekankan di Malaysia ialah kita berpegang kkepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Perbezaan dalam aliran ini selagi tidak menyentuh mengenai akidah, maka ia adalah fahaman yang boleh diterima tetapi kalau sentuh soal akidah, contohnya Allah itu duduk ke tak duduk ke, maka kita akan ambil satu pendekatan yang serius.

Dr. Mashitah ketika ditanya pemberita sama ada fahaman tersebut boleh dikategorikan sebagai berbahaya,berkata : " kerajaan dan Majlis Fatwa sedang melihatnya dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan keteganggan dalam kalangan orang Agama mahupun masyarakat yang melihat.

p/s : Bagi penulis fahaman wahabi ini bukan satu masalah tetapi masyarakat kita belum boleh menerima kehadiran fahaman ini. Sebagai contoh dalam masyarakat kita bacaan qunut dan kenduri tahlil sudah menjadi kebiasaan dalam prosedur kehidupan umum,kan boleh menjadi harubiru jika fahaman wahabi ini diamalkan dikalangan masyarakat yang dah terbiasa dengan semua perkara tersebut.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails