Selasa, 29 Disember 2009

COMING SOON.

Hari ahad yang lalu sewaktu sedang keluar mau jalan-jalan ma isteri lah ba kononnya sempat la singgah satu tamu di kawasan Kota Kinabalu ni,entah tak tahu cam mana sewaktu kaki ni melangkah jalan melihat apa yang ada di Tamu tersebut pandangan mata tertumpu pada satu geai menjual buku lalu aku pun mengajak isteri singgah dulu di Gerai tersebut mau tengok-tengok ja la bah konon apa buku yang dijual mana tahu ada yang berkenan di hati.

Sedang asyik melihat buku-buku yang dijual entah macam mana tangan ni pun gatal mahu menyelongkar buku-buku yang bertaburan diatas meja penjual tu,dan secara tidak sengaja lah tangan ni telah terambil sebuah buku yang telah bertahun aku cari. Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga cari buku ni,bab bukan senang tau mahu dapat buku ni kerana ia telah pun diharamkan sebabnya aku sendiri pun tidak tahu, kalau nak dikatakan isi kandunganya menyalahi hukum islam tidak juga tapi entahlah kenapa mungkin disebabkan oleh apa yang ditulis dalam buku tu kali.

Disebabkan telah bertahun mencari buku ni aku pun terus bagitau isteri yang aku mau beli buku tu,"isteriku pun cakap beli la" aku pun terus tanya penjual tu berapa harganya,punyalah terkejut aku sekali bilangnya buku tu berharga RM65.00 sedangkan dulu buku tu baru berharga RM16.00,aku tanya kenapa boleh mahal sampai macam tu ?
penjual tu kata sebab buku ni susah nak dapat,aku pun cakap kalau macam tu aku nak tengok dulu isi kandunganya mana tahu sudah diubah tidak sama dengan yang dulu ? tapi punyalah bengang aku bila dia cakap tidak boleh tengok isinya kalau mau tengok beli ja (buku tu berlapis plastik tu la),aku pun malas mau banyak cakap minat untuk mengumpul pelbagai koleksi buku aku pun beli ja la dan bayar terus naik kereta pergi dari situ.

Sampai kat rumah aku buka buku tu dan Alhamdulillah buku tu sama seperti dulu,isi kandunganya tidak diubah dalam hati terdetik rasa gembira kerana akhirnya aku dapat juga memiliki koleksi buku ni. Nak tahu tak pa buku ni,nah... korang tengok la sendiri gambar muka depannya.



p/s : InsyaAllah dalam artikel blog aku yang akan datang isi kandungan dalam buku ni akan aku masukkan sebagai perkongsian ilmu bersama semua kawan-kawan. (tapi khas tuk orang yang dah kahwin dan yang akan kahwin ja la)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails