Selasa, 18 Ogos 2009

DSP Kol. Dr Hj Lajim ‘cipta’ Pingat Darjah kebesaran





MASYARAKAT Bisaya di Sabah telah menyambut Perayaan Adau Janang Gayuh pada 18 Julai 2009 di Padang Sekolah Kebangsaan Kerukan, Kuala Penyu bermula 7.30 pagi sementara acara kemuncak perayaan akan diadakan pada sebelah malamnya di dewan Shahbandar Makang, Kuala Penyu dimana ianya akan dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Kol. Dr. Haji Lajim Haji Ukin.
Buat pertama kalinya diadakan penyampaian pingat janang kepada beberapa tokoh pemimpin suku Bisaya yang banyak berjasa kepada masyarakat secara keseluruhannya. Tiga kategori pingat yang disediakan ialah Pingat Seri Setia Janang (PSSJ),Pingat Setia Janang (PSJ), dan Pingat Ahli Setia Janang (PASJ).

Bagi kategori anugerah pula beberapa anugerah disediakan seperti Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Khidmat Awam, Anugerah Keluarga Contoh, Anugerah Wira Kencana, Anugerah Karyawan dan Anugerah Usahawan Contoh.
Wah, dengan duit kita boleh melakukan apa saja yang kita suka. Boleh tahan lah , Lajim Ukin Timbalan Menteri Malaysia pertama yang mempunyai susunan darjah kebesaran dibawahnya. Jangan saja jadi sultan dan bawa Beaufort keluar dari Sabah sudahlah. (hahaha)..

SIAPA PA' MUSA



Pak Musa mengikut sejarah adalah berasal dari Paitan. Setelah menentang British di Paitan selama 7 tahun akhirnya beliau menyerah dan diarah berpindah ke lain tempat oleh British. Berikutan daripada arahan tersebut, Pak Musa telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan pedalaman bawah melalui Kota Kinabalu. Perjalanan Pak Musa dari Paitan ke Kota Kinabalu adalah menggunakan kapal air kepunyaan British. Dalam usaha beliau mencari tempat untuk tinggal di kawasan pedalaman bawah, beliau telah tinggal di beberapa buah tempat seperti Papar tetapi beliau tidak berminat untuk tinggal di sana dan akhirnya memilih Membakut iaitu Kuala Sungai Angitan yang kini dikenali sebagai Kg. Bambangan Membakut mengambil nama sebatang pokok bambangan yang memang berada di sini.
Rombongan Pak Musa sampai ke Bambangan seramai lima orangi aitu Pak Musa sendiri, isteri Pak Musa, Mualas, Sulaiman, Musit Selair dan Absar. Setelah 7 tahun berkampung di Bambangan, beliau kembali semula ke Paitan untuk membawa sanak saudara serta suku-sakat beliau ke Bambangan. Di antara yang menyertai Pak Musa ialah Nailih Mandut, Tikon Mandut, Kuloi, Tutung, Majir Panjang, Amboi, Diah, Ower, Atong, Arat Maning dan Salleh Tabatu. Mereka ini akhirnya beranak-pinak dan beranak cucu di Bambangan hinggalah pada hari ini. Kelebihan yang ada pada Pak Musa pada zaman dahulu ialah beliau dipercayai mempunyai kelebihan yang luar biasa iaitu dianggap sangat kuat menentang British dan Jepun. Ada cerita mengatakan bahawa beliau dapat melompat sungai yang selebar 200 kaki iaitu Sungai Kanibungan, Sandakan. Selain daripada itu, satu kisah lagi berlaku di Pekan Membakut, beliau dikatakan pernah menarik sebuah keretapi yang sedang berjalan sehingga berhenti. Beliau mempunyai anak berlidah hitam tetapi anak tersebut telah meninggal dunia. Beliau dipercayai ghaib dan tidak diketahui di mana beliau berada sehingga sekarang.
Dewan Pak Musa Beaufort sekarang ini ialah mengambil sempena nama Pak Musa yang diceritakan ini. Cadangan ini telah dikemukakan oleh Allahyarham Orang Tua Udin iaitu Ketua Kampung Bambangan yang telah dipersetujui oleh Ahli Jawantakuasa berkenaan melalui cabutan undi.

Nota:- Sejarah/ latar belakang ini telah diperolehi maklumat-maklumatnya termasuk gambar Pak Musa sekali daripada KK Jabah Bin Amat, Ketua Kampung Bambangan.

Isnin, 17 Ogos 2009

Tazkirah Remaja: Remaja terjebak berpakaian halal, haram

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.

Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

Ahad, 16 Ogos 2009

HEBATNYA KITA...

HEBATNYA KITA KHAS UNTUK ANAK-ANAK BISAYA.

Hebatnya kita kala bergaya
Hebatnya kita bila bersuara
Hebatnya kita masa bersama
Hebatnya kita waktu siang sebelum senja
Hebatnya kita kerana dulu kita tak hebat pun
Hebatnya kita kerana dulu kita kehuluan
Hebatnya kita kerana dulu hebatnya kata
Tapi tak hebat sebenarnya kita
Kerana semuanya hanya kosong semata

Hebatnya kita tika ada yang menyanjung
Hebatnya kita tika sudah diatas tak turun-turun
Hebatnya kita tika mereka yang naïf mengenali kita
Tapi tak hebat pun kita tika itu
Hanya dihiasi bangga diri dan keegoan hati

Hebatnya kita hinggakan siapa yang tak kenal kita
Hebatnya kita hinggakan siapa pun boleh diperdaya
Hebatnya kita hinggakan siapa saja
Menuruti segala perintah
Mendengari semua hujjah
Melaksana apa yang dipinta
Menjadi pencacai kuli yang kononnya setia
Tapi tak hebat pun kita kerana siapa pernah berkata
Kita sudah berada di Pundak Mulia…

HIDUP DENGAN SEMANGAT KEBISAYAAN ITULAH KEHEBATAN KITA.

Sabtu, 15 Ogos 2009

ANA USTAZ

Ustaz...

Tugasmu semulia gelaranmu
Umumnya semua tahu
kesalahanmu adalah kehebahan buatmu
kebaikkanmu satu keaiban buatmu
Kekananmu walau sebesar uhud
terhijab mata ini melihatnya
kekirianmu sungguhpun sebesar zarah
tetap tersingkap menjatuhkan mu

Ustaz...

Bermanfaatnya dirimu dikala kifayah melangganmu
Terbuangnya dirimu diwaktu tuntutan tiada lagi
Jasamu dipandang sepi
Tugasmu ditolak ketepi
Penghormatan pada menjadi penghinaan bagimu
Gagal adalah penilaian terbaik buatmu

Ustaz...

Betapa agungnya tugasmu
Bagai mentari yang membawa restu
Menyinari jalanan dalam meniti waktu
Sampaikan Ilmu tanggungjawabmu
Tapi mengapa dirimu terhindar
Bak kumbang mati yang diketepikan tanpa perasaan
Mereka biarkan dikau terumbang-ambing
Tercungap-cungap lemas ditengah kepirokan mereka
Disaat kondisi mematahkan sayap
Membutakan mata mengaburkan hati
Adil kah mereka-mereka ini
Membuat keputusan begitu
Memutuskan keringat mengeringkan liur
Dalam meneruskan perjalanan pena

Ustaz...

Bersalahkah diri mu
Betul kah mereka
Positif kah pandangan mu
Negatif kah penilaian itu.

INDAHNYA BERPERSATUAN



Persatuan melambangkan kekuatan, maka tidak hairanlah persatuan menjadi pilihan dalam mengekspersikannya dalam perjalanan mencari kekuatan dan pengaruh. Satu kebanggaan jika dapat berpersatuan kerana melalui persatuanlah kita dapat menghasilkan sesuatu yang dapat mengubah kondisi umat.Di Sabah saja terdapat berbagai-bagai persatuan yang wujud samaada persatuan yang bermotifkan politik,kemanusiaan,keagamaan dan bermacam-macam lagi, tapi apa yang paling penting adalah persatuan yang menegak kaum. Di Sabah hampir semua kaum yang ada mempunyai persatuannya sendiri,ada persatuannya yang kuat dan ada yang sebaliknya,untuk melambangkan bahawa kaum itu cukup gah dalam menelusuri perjalanan zaman dan mempertahankan kedaulatan kaum, keunikan adat dan memelihara khazana kaum. Di sebalik semua inilah muncul satu persatuan mahu membawa kaumnya kearah kemodenan setelah lama kaumnya terperuk dalam penjara kehuluan. Persatuan ini tidak lain dan tiada duanya ialah Persatuan Bersatu Bisaya Sabah.

Sebagai anak bisaya, F.A.B merasa bangga mempunyai persatuan yang kuat dalam segala aspek demi membangunkan nasib anak bangsa. Di ketuai oleh orang yang mendapat gelaran "Payung Tempat Berteduh Bangsanya" menjadikan persatuan ini cukup hebat dan gah. Di bawah Beliau kaum bisaya mula dikenali diserata tempat, dihormati dan disegani oleh kaum-kaum yang lain. Persatuan ini menjadi semakin hebat dari tahun ke tahun. Penganjuran pesta, sambutan adau janang gayuh semakin menyerlahkan lagi persatuan dan kaum bisaya ini. Adalah menjadi satu kebanggaan kepada anak bisaya kerana mempunyai pemimpin dan persatuan yang begitu hebat.

Tapi sayang biasanya hujan diwaktu pagi takkan sampai kepetang.Sungguhpun persatuan ini hebat akhirnya kehebatan itu akan hilang wajahnya. Menjadi satu kekecewaan kepada FAB dan generasi baru yang lain kerana persatuan yang mencanang mahu membela nasib bangsa ini seolah-olah telah terlari dari landasannya. FAB tidak bercakap kosong atau mahu menghina bangsa sendiri tapi inilah realitinya. Terdapat pelbagai fakta dan bukti yang FAB boleh berikan untuk menyatakan bahawa Persatuan Bisaya ini sudah lari dari landasan.

Persatuan bisaya tidak bersalah tetapi mereka yang berada disebalik persatuan ini yang telah lupa apa yang patut diperjuangkan. Penulisan FAB kali ini adalah untuk menyedarkan kembali mereka-mereka ini. FAB tidak kisah sekiranya selepas ini FAB akan dicemuh oleh bangsa sendiri tapi yang penting seseorang perlu bercakap untuk menampakkan kecacatcelaan dan keharubiruan kita. Permulaan perlu dibuat tanpa mengira bila ia akan berakhir.

Satu Persatuan yang visi dan misinya untuk membangunkan bangsanya perlu berbuat demikian biarpun perlu mengorbankan semuanya kerana tanpa berlaku demikian perubahan tidak akan dicapai. Membangunnya kaum bisaya adalah dengan mengambil iktibar mengapa kita dulunya jauh ketinggalan. Salah satu sebab yang kuat kenapa kita orang bisaya jauh ketinggalan kerana kurangnya orang yang berpendidikan dalam kalangan bangsa kita yang boleh memikirkan dan melaksanakan apa yang dapat membangunkan bangsa. Inilah yang terjadi dalam persatuan kita,ada yang berpendidikan tapi bilangnya sedikit yang ramai didalamnya hanya orang-orang yang mementingkan diri untuk mencari kehormatan dan pengaruh dalam politik. Persatuan dicampurkan aduk dengan politik apa sudah jadi. Persatuan dijadikan tempat agenda untuk berpolitik, SEDAR lah wahai mereka-mereka yang berada diatas persatuan kita untuk bangsa bukan untuk politik.
Alangkah baiknya dipisahkan dua perkara ini.

Agenda untuk politik lebih diutamakan dari pembangunan kaum.kita sudah lama berada dalam penjara kehuluan disebabkan sedikitnya pendidikan adakah perkara yang sama juga kita mahu wariskan kepada generasi yang baru. Kenapa kita sebagai satu Persatuan yang hebat tidak menumpukan pembangunan pendidikan kepada generasi baru supaya akan lahir lagi janang gayuh yang baru dan menyinari persatuan kita.

Kenapa kita suka menganjurkan pelbagai program yang tidak menghasilkan keuntungan pada masa akan datang. Jangan kita terpedaya dengan keuntungan sekarang,orang yang bijak akan berfikir untuk melakukan sesuatu yang membawa keuntungan lumayan untuk masa sekarang dan akan datang. Bukankah sesuatu yang bernilai jika budget yang kita gunakan untuk melakukan aktiviti yang dikatakan untuk mengexpose bangsa digunakan untuk aktiviti yang menjana minda bangsa. Mungkin juga masalahnya persatuan kita ini kekurangan sumber,kalau itulah sebenarnya kenapa tidak diusahakan kalau sudah diusaha mana hasilnya.

Kalau dibandingkan dengan persatuan yang lain kita memang jauh tertinggal dibelakang.mungkin dari sudut yang lain kita nombor satu tiada tandingan tapi dari sudut memberikan pendidikan anak bangsa kita memang tiada value nya. FAB pernah berkerja bersama-sama kaum dusun,persatuannya cukup memberikan perhatian dalam pendidikan sehingga mereka mengadakan kelas bahasa english secara percuma dua kali seminggu selama setahun agar anak-anaknya tidak terpinggir,bukan itu sahaja tapi yang paling mengejutkan FAB kelas ini dibuka kepada sesiapa saja bahkan orang tua pun boleh turut serta,tapi kita persatuan bisaya ada kah pernah melaksanakan aktiviti seperti ini. Ketepikanlah dulu kelas bahasa english lihat kepada yang lebih mudah pernah kah kita menganjurkan kelas bahasa bisaya. Tak pernah pun,,,,
tapi kalau aktiviti yang boleh mmengexpose kita ini hebat FAB rasa cukup banyak dilaksanakan,tak cukup sekali dianjurkan lagi berkali-kali kerana kebanggaan.

Kekecewaan perlu dihiasi dengan kegembiraan,kecacatcelaan perlu diperelokkan,kekurangan harus ditambah baikkan. Melalui artikel ini FAB mahu kita sama-sama berfikir.persatuan kita perlu kembali kearah landasan yang sebenar. Abaikan dulu agenda politik fikirkan kemajuan bangsa.

KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI BANGSA KITA MAHU MAJU,.
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI KITA MAHU PERSATUAN KITA KEMBALI KEHALUAN YANG BETUL.
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI...
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI KITA MAHU HARAPKAN,TAK KAN KITA NAK TUNGGU SAMPAI BANGSA KITA INI BETUL-BETUL BERADA DALAM KEADAAN NAZAK BARU MAHU SEDAR.
KALAU BUKAN PERSATUAN BISAYA...PERSATUAN APA LAGI KITA MAHU HARAPKAN.

TITAH SULTAN JANGAN DI INGKAR.

"Untuk itu rakyat perlulah diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar yang akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir,"

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,"RAJA NAZRIN"

Begitu mendalam titah yang di sampaikan oleh baginda...
terdapat pelbagai pengajaran yang terselidung disebalik kata-kata kiasan. Adalah terlalu hina bagi hamba untuk mentafsirkan kata-kata tersebut kerana tersalah tafsir akan mengundang pelbagai malapetaka yang akan mengheret hamba kelobang-lobang penghinaan. Maka dengan itu sama-sama lah kita mencari maksud yang tersirat disebalik titah baginda.
Related Posts with Thumbnails