Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua kawan-kawan.
Pagi ini berada di Kundasang Sabah yang merupakan salah satu tempat yang sejuk di negeri Sabah. Mandi pagi di kundasang sama seperti menyiram ketulan ais pada badan sejuknya seolah-olah membekukan aliran darah pada tubuh badan namun belum ada pula diberitakan ada yang meninggal akibat kesejukan mandi pagi di kundasang ini. begitulah kebesaran dan keajaiban ciptaan Allah swt setiap tempat mempunyai keunikanya yang tersendiri.
Sejuknya daerah kundasang jika kita adalah pelawat yang baru sampai sehari dua pastinya akan mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri. pasti diawalnya kita akan diserang selsema atau demam ringan. Paling tidak pun kesukaran untuk bangun pagi terutamanya bangun solat Subuh pasti terjadi mungkin disebabkan keseronokan dan kelenaan tidur dalam suasana sejuk.
Daerah Kundasang umpama Genting Highland di Sabah, di sini tanah nya cukup subur sehingga mampu menjana ekonomi yang mantap kepada penduduk tempatan. Siapa tidak tahu sayur-sayur kundasang merupakan yang terbaik di negeri ini. Jika mahu mendapatkan sayur-sayur yang segar terbaik dari ladang datang saja beli di kundasang, namun harus bijak jika tidak pasti kita akan membayar harga yang mahal mengikut rate pelancong, untuk mendapatkan harga yang murah dan berbaloi sebaiknya kita membeli terus kepada penduduk tempatan yang berniaga di pinggir jalan kundasang menuju ke kota kinabalu.

Banyak lagi yang mahu saya tuliskan pada perkongsian kali ini, namun selebihnya biarlah pengalaman itu di rasai sendiri oleh kawan-kawan yang akhirnya nanti kita boleh berkongsi pengalaman, keunikan dan kelebihan berada di Kundasang yang merupakan salah satu tempat paling ramai menerima pelancong setiap tahun. So sampai kita ketemu lagi, bagi kawan-kawan yang mahu melawat kundasang dan memerlukan bantuan boleh lah halllo2/roger2 pada saya...insyaAllah akan di bantu mana yang boleh...Jumpa lagi lain kali
babaiiii.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan