Ini adalah di antara intisari berita gembira yang aku dapat kutip bila mendengar pembentangan budget 2011 oleh PM.
Perkara paling mengembirakan terutamanya kepada mereka yang berjawatan Ketua kampung, Imam Rawatib dan Guru kafa apabila diumumkan kadar elaun mereka akan dinaikkan hampir melepasi garis kemiskinan negara. Sudah tentu 3 golongan ini amat bersyukur dan bergembira sakan apabila mendengar pengumuman tersebut terutamanya Guru KAFA yang telah menanti hampir 5 tahun untuk menikmati kenaikkan elaun. kadar elaun terbaru yang berkuatkuasa Januari 2011 bagi ketiga-tiga jawatan tersebut adalah seperti berikut :
Imam rawatib : rm 450 kepada rm 750
Ketua kampung : rm 450 kepada rm 800
Ahli mesyuarat JKKK yang hadir ke mesyuarat mendapat tuntutan dari rm 30 kepada rm 50.
Guru KAFA : rm 500 kepada rm 800.
Sekolah Agama Rakyat juga mendapat peruntukan sebanyak rm90 juta.
Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011.
Kerajaan memperkenalkan 'skim rumah pertamaku' melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.
Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama berpendapatan isu rumah kurang daripada RM3,000 sebulan," kata PM.
Dalam kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahulun, seperti amalan lazim,pada masa yang sama, tambahnya, pembeli rumah pertama juga diberi pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus di atas surat cara pindah milik rumah yang berharga tidak melebihi RM350,000.
"Kerajaan juga mencadangkan pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi membiayai pembelian rumah pertama tersebut.
Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan juga akan memperbaiki lagi syarat-syarat untuk pinjaman perumahan bagi kakitangan awam, dengan:
1. Membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik.
2. Menggandakan kadar pinjaman kepada RM20,000 berbanding RM10,000 untuk kerja-kerja tambahan rumah kos rendah bagi kumpulan sokongan dua; dan
3. Menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini.
"Kesemua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
Skim itu menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
InsyaAllah tahun depan bolehlah kita semua apply rumah ni,tapi rasanya aku menjangkakan syarat bagi skim ini hanya boleh dinikmati apabila kita telah SAH JAWATAN.
Budjet 2011 juga menyaksikan yang kita akan mencipta satu lagi bangunan tertinggi di Malaysia bangunan warisan merdeka 100 tingkat yang akan dimulakan pembinaannya pada tahun hadapan dan dijangka siap pada 2015 sebagai mercu tanda kegemilangan Malaysia projek ni dijalankan oleh syarikat PNB. (rasanya ini syarikat kerajaan GLC dibawah kementerian kewangan mungkinkah akan ada penggunaan wang rakyat!!!). Projek ini bernilai rm 5 BILION RINGGIT...(kalau duit ni diguna untuk bagi bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam rasanya cukup kot).
Kerajaan juga bersetuju untuk memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecepatan (PTK) untuk kakitangan awam, kata PM. PTK akan digantikan dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh penjawat awam menjelang Jun 2011.
Selain itu,PM juga mengumumkan penjawat awam wanita diberi pilihan untuk menentukan sendiri sama ada untuk mengambil cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari dan kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarang, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.
Dan yang akhir sekali dapat aku tuliskan dalam note ini ialah kita akan menikmati pemansuhan cukai 10% jualan telefon bimbit GSM dan PDA pada tahun hadapan,ini bermakna dalam jangkaan aku yang tak tau ilmu ekonomi ni sudah pasti harga handphone pasti akan turun menjunam pada tahun hadapan,maknanya bolehlah bergaya beli handphone NOKIA terbaru bab dah turun harga,sapa2 yang nak beli handphone tangguhlah dulu niat tu beli ja tahun depan.

alhmdulillah aru jua ulun mngontong ulun2 da iba ti..huhu
BalasPadam