Khamis, 9 September 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 1431H


Malam ini adalah malam Takbir,malam untuk kita memuji Allah SWT dan mengagungkan NYA. Dengan bergemanya alunan takbir menandakan bulan yang penuh keberkatan dan kenikmatan telah meninggalkan kita dan InsyaAllah jika mempunyai umur serta rezeki kita akan bersua kembali dengan bulan ini pada tahun akan datang. Sememangnya pada malam ini hampir semua umat islam sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut kehadiran bulan syawal pada esok hari.
Apa-apa pun,dah tajuknya ucapan hari raya takkan lah nak buat karangan pula...oleh kerana itulah,saya selaku tuan tanah bagi laman yang tak seberapa ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHRI DAN BATIN. Saya dengan ini,memohon kemaafan kepada semua terutamanya kepada mereka yang melayari Laman FIKRAH ANAK BISAYA ini, sekiranya ada tulisan @ artikel yang dipost mengusik hati @ perasaan samada secara langsung atau tidak langsung...
Akhirul kalam...SELAMAT HARI RAYA,SEMOGA DENGAN KEDATANGAN BULAN SYAWAL INI AKAN LEBIH MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SILATURRAHIM DAN UKHUWAH SESAMA KITA...ASSALAMUALAIKUM WBT TAQAB BA LALLAH HU MINNA WA MIN KUM SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails