Khamis, 16 Jun 2011

BREAK HEART VS MUSLIMAH

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.





1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."


sumber : iluvislam

ASB DAN ASN DIHARAMKAN OLEH MUFTI SELANGOR.

Entri kali ni pasti akan mengejutkan ramai pihak,ialah sememangnya ramai dari kita sejak kecil sudah mempunyai pelaburan dalam ASB dan ASN ni. Sebenarnya permasalahan tentang status halal @ haram pelaburan ASN dan ASB ini telah lama diperbincangkan namun belum mendapat keputusan yang muktamad dan Alhamdulillah sekarang tanda tanya yang menghantui kita telah pun terjawab dengan pengisytiharan Mufti Selangor bahawa pelaburan ASB dan ASN adalah haram dan bercanggah sama sakali dengan ajaran Islam serta belum menepati hukum syarak.

Dijelaskan juga, skim ASB dan ASN ini secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur baur dengan patuh syariah dan tidak patuh syariah yang mana sebahagian besarnya adalah dari sektor kewangan konvensional. Dengan ini disertakan bukti surat salinan yang dikeluarkan dari jabatan mufti selangor.

kredit buat melayukuhebat.blogspot.

Selasa, 14 Jun 2011

SABAH KES MURTAD PALING RAMAI.

Kita dengan bangga mengatakan bahawa negeri kita bukanlah negeri yang termiskin di Malaysia biarpun pada hakikatnya kenyataan seumpama itu adalah benar...tapi melihat kepada tajuk entri kali ini masihkah kita boleh berbangga apabila kita yang mengakui negeri kita adalah yang terbaik mempunyai bilangan teramai penganut Islam yang telah berubah arah dalam erti kata lain KELUAR DARI ISLAM @ MURTAD. Dari tahun 2000 - 2010 saja seramai 238 memohon keluar islam dan seramai 67 telah diluluskan.

Dimana SILAPNYA ?... zaman Nabi SAW mereka yang murtad dan tidak mahu kembali WAJIB dihukum bunuh dan di ISYTIHARKAN perang kepada mereka,..kita mengetahui pada keadaan sekarang memang hukuman tersebut tidak akan dapat kita laksanakan,sekiranya dilaksanakan pun pasti orang yang melaksana akan turut dikenakan hukuman mahkamah.

Di Sabah saja telah banyak pertubuhan dakwah islam ditubuhkan...bermula dari USIA kemudian YADIM seterusnya PERKIM dan pelbagai lagi NGO dakwah Islam lain yang berperanan besar dalam mengembangkan Dakwah Islamiyah di Negeri Bawah Bayu ini. Namun biarpun telah dibanjiri oleh kewujudan NGO Islam ni yang menjadi persolan kenapa masih sabah menjadi negeri teramai yang penganut islamnya merubah pegangan,mungkinkah tersilap Method Dakwah ataupun kerja dakwah yang sepatutnya diperhebat hanya menumpukan kumpulan sasar yang tertentu saja. Aku tidaklah menyalahkan NGO2 islam ini kerana aku juga adalah salah seorang dari ahli mereka,tetapi aku mahu membawa kita berfikir mungkinkah kerja-kerja dakwah yang kita laksanakan sekarang ini kurang bisanya atau tersasar dari target yang sebenarnya kita patut utamakan...bukan kah "menyelamatkan seorang islam yang mahu terkufur iman nya adalah lebih baik dari kita mengislamkan 10 orang kafir". Tolong betulkan sekiranya saya tersalah...

Melalui pemerhatian aku,kita pada masa ini terlalu menumpukan dakwah kepada orang bukan islam dan saudara baru sehingga kita kurang mengambil berat kepada saudara kita yang sememangnya islam sejak kecil untuk dimantapkan imannya yang akhirnya membawa kepada wujudnya senario seperti yang terjadi sekarang. Bertitik tolak pada masa ini, kita perlu memperkemaskan usaha dakwah kita,bukan hanya pada non muslim dan saudara baru tapi juga kepada sesama islam agar keimanan dan pegangan tauhid bertambah kemas dan mantap menuju kepada ALLAH SWT.

Jabatan Agama Negeri juga perlu memainkan peranan yang paling besar untuk mewujudkan suasana agama dalam setiap keadaan terutama dalam perkhidmatan awam dengan cara menghantar pegawai2 agama ke setiap jabatan untuk melaksanakan program agama ataupun khidmat nasihat. Jabatan agama juga perlu mewujudkan satu khidmat pakar rujuk yang mudah untuk orang awam bertemu ini kerana masyarakat kita selalunya amat payah untuk berurusan dengan jabatan agama. Imam2 disemua peringkat perlu digerakkan dengan lebih agresif lagi,jangan hanya bertugas sebagai imam 5 waktu tetapi diperluaskan juga sebagai pegawai dakwah bagi satu2 qariah.

Sayugianya, fenomena murtad ini jangan kita pandang ringan,ini kerana sekiranya dibiarkan sudah tentu akan menjadi barah yang menanah dan merosakkan anggota kita. marilah kita kenangkan kembali perjuangan yang berbahagia arwah Datu Tun Mustapha yang telah bersusah payah melakukan pengislaman beramai2 pada satu masa dulu dan tidak mustahil sekiranya fenomena ini tidak kita atasi dengan sebaik mungkin pada satu masa akan datang pastinya kita akan menyaksikan bahana pengkafiran beramai2...Allah Hu Akhbar.


PELUANG ITU DILEPASKAN.

1. Bimbang Pada Perkara Yang Sepatutnya

Janganlah bimbang
hal-hal yang tidak dapat anda lakukan.

Bimbangkanlah perkara-perkara yang sepatutnya
boleh anda lakukan
tapi yang tidak akan anda lakukan.

Lihatlah,

Hampir semua masalah hidup kita
berasal dari hal-hal yang seharusnya
kita lakukan, tapi yang kita tangguh.

Dan lihatlah lebih jauh,

Walaupun kita sudah menyedarinya,
kita masih tetap gemar bertangguh…

Sampai bila ya..?


2. Hormati diri sendiri

Orang lain boleh saja
memandang rendah kepada anda sekarang,
tapi anda – tidak boleh.

Jadi orang pertama yang
menghormati diri anda sendiri.

Kebesaran yang mungkin anda capai
sangat bergantung kepada besarnya
hormat yang anda berikan kepada diri sendiri.

Kerana dengan itulah,
Tuhan Yang Maha Besar
menyesuaikan hormatNya kepada anda.

Jika anda layak untuk untuk menjadi raja,
Anda akan dijadikanNya

3. Anda optimis atau pesimis?

Seorang yang optimis
hanya punya satu kebimbangan,
iaitu dia tidak cukup menyiapkan diri
bagi cabaran yang lebih besar
di masa depan.

Sedangkan seorang yang pesimis
mempunyai lebih banyak alasan
untuk berkecil hati,
bahkan mengenai perkara-perkara
yang sebenarnya berpotensi lebih baik.

Anda mungkin tidak tahu
apakah anda optimis atau tidak,
tetapi jika wajah anda ceria
dan tubuh anda cergas dan bersemangat,
Anda seorang optimis.

4. Saling membantu

Seorang ayah meminta anak kecilnya
mengalih pokok kecil yang tumbang

Si anak mengeluh bahawa dia tak mungkin kuat

Ayah memaksa

Anak mencuba, gagal, mengeluh

Ayah memaksa lagi

Anak cuba lagi, lalu menyerah

Anakku, sudahkah kau gunakan semua kekuatanmu?

Sudah!

Belum. Anda belum minta tolong ayah

Maka,

Jadilah peribadi yang saling membantu
dan berdoalah agar engkau mudah dibantu Tuhan.

KEAJAIBAN MATEMATIK

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%

Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Aku Mahu Menulis Kembali

Saat ini aku berada di daerah Tawau dan terfikir mahu menulis kembali dalam blog yang sudah lama aku tinggalkan...nampak usang, terbiar dan lesu tak bermakna. Aku mahu memberi satu sentuhan agar blog ku ini kembali menyinar dengan Idea - idea yang bernas untuk dikongsikan kepada semua. Menulis memang menjadi minat ku,namun kerana kekangan masa dan ketiadaan kemudahan menyebabkan aku lama membiarkan blog ku ini tidak dihiasi dengan tulisan-tulisan artikel yang terbaru dan semasa,namun itu semua tidak boleh dijadikan alasan kerna seperti kata peribahas lama "Hendak seribu daya tak Hendak seribu dalih",jesteru malam ini ku gagahi tangan untuk menaip keyboard liptop untuk menulis dalam blog ini biarpun jam telah pun berada pada waktu bersengkang mata 12.27am. Bila dah menulis ni terfikir pula terlalu banyak cerita yang mahu dikongsikan bersama dengan rakan semua,terlalu banyak cerita dan info-info yang telah disimpan mahu dikeluarkan dalam blog ni. Tapi mungkin malam ni tak sempat la nak bagi keluar semuanya namun InsyaAllah esok,lusa dan waktu-waktu yang seterusnya semua itu akan dikeluarkan dalam blog ini...Nantikan saja.

Selama tidak menulis,ramai juga rakan-rakan yang bertanya kenapa dah lama tak update Blog ? akhirnya jawapan ku hanya 1 ni la susah nya kalau bukan penulis tegar lalu jawapan itu disahut dengan gelak ketawa,namun aku sempat berjanji dengan rakan2 yang bertanya,jangan risau satu waktu nanti aku pasti akan kembali dengan tulisan yang pedas dan penuh provokasi (hahhaa Betul ka ni ah)...tapi itulah azam ku...dan rakan2 ramai yang memberikan respon dan semangat yang memberikan aku satu tenaga agar aku tidak menghampakan harapan mereka.

Dalam dunia penulisan blog ni,kita bebas menulis mengikut selera dan kata hati, kalau tak percaya cuba-cuba la tengok blog sahabat kita yang lain,bermacam dan beraneka isi penulisan blog mengikut kreativiti masing2,ada yang menjadikan blog sebuah diari kehidupan,ada yang buat blog tulis pasal motivasi,keagamaan,politik, ekonomi dan berbagai-bagai lagi,itulah yang hebatnya penulisan di dunia blog ni TAPI harus diingat,penulisan yang kita lakukan janganlah sampai kepada tulisan yang berbau hasutan @ fitnah nanti makan diri sendiri nda pasal2 kena ISA...

Bercakap pasal penulisan ni,baru juga minggu lalu aku bersama dengan rakan baik ku terpaksa menghadapi satu isu dan dihadapkan ke Cawangan SB apabila membaca teks khutbah yang dilabel sebagai penulisan yang berbaur politik dan membawa isu yang sensatif walaupun pada hakikatnya hal itu berlaku tanpa disengajakan dan tidak ada niat langsung untuk kami melakukan hal tersebut,oleh itu disini aku MENASIHATKAN kepada rakan semua agar berhati-hati dalam penulisan dan percakapan serta bahan bacaan yang kita ambil takut2 nanti ianya mempunyai unsur2 yang boleh membawa kita kepada masalah yang lebih besar...BERHATI-HATI dan BERJAGA-JAGA,sebelum kita mengeluarkan satu2 tulisan @ percakapan terlebih baik rujuk dahulu kepada mereka yang pakar @ arif agar ianya memberi kemanfaatan kepada kita (cewah macam bersyarah pula dah aku ni)...sama2 kita ambil iktibar.

Lupakan hal tu, kita cerita balik bab yang lain...aku harap tulisan aku ni tak nampak sangat macam mengarut,kalau ya sapa2 yang baca ni cepat2 bagi komen ahhhh...Aku mahu memnulis kembali,mahu memberikan idea yang boleh diterima semua tapi bukan senang juga untuk menulis ni terkadang kita kehabisan idea tak tahu nak tulis apa,namun bagi aku masalah tu mudah diatasi caranya mudah,banyakkan membaca InsyaAllah melalui pembacaan kita akan dapat idea-idea baru untuk kita tuliskan dan kongsikan apa yang kita baca dengan semua rakan. Tarbiyah diri untuk bagi masa kepada diri kita untuk membaca,tak kiralah baca apa pun novel ka,surat khabar ka atau apa2 saja semua yang kita baca itu ada manfaatnya yang boleh kita kongsi bersama Kalau tak percaya cuba la sendiri dalam Al-Quran sendiri pun ayat pertama yang turun kepada Nabi SAW adalah surah Al-ala' dengan suruhan "BACALAH" jadi berani lagi tak kita nak pertikaikan kelebihan besar konsep pembacaan dalam kehidupan kita, Dari pembacaanlah akan mmemudahkakn kita menghasilkan penulisan2 yang bernas.

Jam sudah pukul 1.01am maknanya aku sudah menulis lebih kuran dalam setengah jam. Rasanya aku berhenti dulu setakat ini bab mau pulang balik hotel tokey kedai dah mau tutup cafe karang kita suruh buka sampai pagi diterjang pula kita...apa pun gud bye...kita jumpa lagi dalam penulisan yang akan datang...see next artikel...wassalam...salam sayang kepada semua.

Khamis, 31 Mac 2011

BAHAYA BOTOL SUSU NO 7.

Semalam pening kepala tetiba orang rumah bising-bising sal botol susu no 7,kita ni jenis yg jarang tengok n ambil perhatian pasal berita macam ni terpaksa la buka internet cari bahan napa pla botol susu no 7 ni tetiba jadi permasalahan. cari punya cari akhirnya terjumpa juga beberapa artikel yang tulis sebab musabab botol susu no 7 ni tidak sesuai digunakan tuk bayi. Tu yang jadi pening bila baca artikel ni terus tengok botol susu anak habis no 7 pula, nasib la orang rumah dah awal2 pi kedai beli botol susu yang baru. Apa-apa pun korang baca la apa yg aku tulis ni hasil dari info dari beberapa artikel yg aku jumpa dalam pencarian di internet.

Berita di Buletin Utama, Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai umumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012.

Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol.

Semalam dah check tadi ada 3 botol susu lama yg dah tak pakai berlabel PC huhu.. kesian Anak ku, dulu tak tahu botol PC ni bahaya, main beli jer. Kerajaan pun satu, dah tahu dah PC tu bahaya haramkan la awal2. Ni nak tunggu ramai negara haramkan baru nak ikut.

Apa yg tak boleh terima tadi, kenapa kementerian kesihatan nak tunggu setahun baru nak haramkan. Haramkan jer terus bermula hari ni, soal kesihatan mana boleh kompromi.


Kod-kod Plastik Yang Perlu Anda Tahu

1 | PET –> PolyEthylene Terephthalate
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas.
*) panas -> melelehkan polimer -> zat karsinogenik -> penggalak cancer
*) botol plastik jernih/transparan untuk botol jus, air mineral

2 | HDPE –> High Density PolyEthylene
*) hanya untuk sekali pakai
*) lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET -> karsinogenik
*) kuat, keras, tahan suhu tinggi, contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware

3 | V –> PolyVinyl Chloride
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas
*) mengandung DEHA -> terurai pada 150°C -> langsung bereaksi dengan makanan yang dikemas -> berbahaya bagi ginjal dan hati
*) digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)

4 | LDPE –> Low Density PolyEthylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) sukar berinteraksi dengan makanan
*) kuat, agak tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut

5 | PP –> PolyPropylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) botol transparent tp tidak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. banyak dipakai untuk botol susu bayi

6 | PS –> PolyStyrene
*) nama populer = styrofoam
*) hanya sekali pakai. tidak tahan panas.
*) mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf

7 | OTHER –> styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
*) SAN : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan pada mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungkus termos, berus gigi.
*) ABS : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan untuk paip.
*) PC -> dipanaskan -> pelepasan Bisphenol-A -> merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.

Info MOH: Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


1. Nombor 7 -
2. Nombor 7 dan PC -
3. Nombor 7 dan ‘other’ -


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Related Posts with Thumbnails