Khamis, 26 Januari 2012

TAATILAH SUAMIMU !!!!


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan diantara mereka berdua (suami isteri) maka

lantiklah orang tengah ”. . ( An Nisa’ :35 )

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sebaik- baik amal perbuatan wanita ialah mentaati suaminya”

HIKAYAT

Suatu hari datanglah Saidatina Fatimah kerumah Rasulullah SAW dengan wajah pucat dan air mata berlinang. Rasulullah Saw bertanya “Kenapa anakku?” . Fatimah menjawab “ Semalam ketika aku berbual dan bergurau dengan Ali, Tiba –tiba ada kata –kata yang terkeluar dari mulutku yang membuat dia marah. Setelah mengetahui dia marah kepadaku, aku menyesal dan aku merayu meminta maaf kepadanya sehingga aku mengelilinginya sebanyak 72 kali putaran sehingga aku nampak senyumannya dan dia redha kepadaku. Aku takut kepada tuhanku”.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda “Wahai anakku, demi yang telah mengutusku dengan kebenaran sebagai nabi, sesungguhnya andaikata engkau mati sebelum Ali redha kepadamu, maka aku tidak akan solat untukmu”.

Rasulullah SAW bersabda lagi “Wahai anakku! Perempuan yang mana pun yang beribadat seperti ibadatnya Maryam binti Imran, tetapi tidak diredhai oleh suaminya, tidak akan diterima ibadat disisi Allah”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails