Rabu, 27 Januari 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-19 PBBS

PRESIDEN PBBS DSP DR. HJ. LAJIM HJ. UKIN
CALON NAIB PRESIDEN CIK SARIDAH DSP HJ.MOHD DUN

CALON NAIB PRESIDEN EN. HJ ASMAT

CALON NAIB PRESIDEN EN.MATBALI


MESYUARAT Agung Tahunan ke-19 Persatuan Bisaya Bersatu Sabah PBBS pada Sabtu ini yang berlangsung di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort terasa kehangatannya disebabkan pada tahun ini PBBS akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertingginya bagi sesi 2010-2013.

Hampir 400 orang perwakilan dari seluruh negeri dijangka akan menghadiri mesyuarat agung yang dijangka majlis perasminnya dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman .

Setakat ini difahamkan Jawatan Presiden yang kini disandang oleh Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin tidak akan dicabar pada pemilihan kali ini dimana ini telah menzahirkan sokongan padu ahli-ahli PBBS khususnya masyarakat Bisaya terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua yang lebih dikenali dikalangan masyarakat Bisaya sebagai “Janang Gayuh” yang telah Berjaya memimpin PBBS yang tahun ini genap 33 tahun ianya ditubuhkan.

Difahamkan juga Timbalan Presiden juga pada kali ini tidak akan berlaku sebarang pertandingan dan turut kedengaran Wakil Rakyat Kawasan Lumadan Kamarlin Haji Ombi akan mengisi jawatan nombor dua pertubuhan tersebut.

Menarik perhatian ialah bagi jawatan Naib Presiden dimana hanya empat calon akan dipilih oleh para perwakilan bagi mengisi jawatan tersebut dan setakat ini tujuh orang calon telah mengsahkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden. Selain muka lama Haji Asmat Haji Japar dan Tarawih Haji Rukot yang mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan kali ini lima calon lain yang terdiri dari Idris Haji Ali, Mohd.Saidi Manan dan tiga Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini Saridah Datuk Mohd.Dun, Haji Ruslan Haji Muharam dan Abd.Ghaffar Haji Mohd.Yasin turut mencuba bagi merebut jawatan Naib Presiden pada kali ini.

Kebanyakan pemerhati berpendapat dari tiga ahli Majlis Tertinggi yang mencuba nasib bagi mengisi kerusi Naib Presiden Saridah yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort yang mudah mesra komited dan calon tunggal wanita bagi mengisi jawatan ini mampu bersaing mengisi jawatan yang sebelum ini disandang oleh Hajah Siti Aidah Haji Lokin yang pada pemilihan kali ini tidak mempertahankan jawatannya bagi memberikan tumpuan terhadap pengajiannya di Unversiti.


Tanpa menolak keupayaan calon lain bagi jawatan Naib Presiden Penyandang sebelum ini Haji Asmat dan Tarawih yang banyak mengerakkan program persatuan terutamanya kejayaan penganjuran Adau Janang Gayuh kali ke-6 tahun lepas turut diramal mampu mempertahankan jawatan Nain Presiden disamping kemunculan Haji Roslan yang tetap memberikan cabaran atas kemampuannya melaksanakakan tanggungjawab terutamanya dalam penyertaan PBBS pada perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri setiap tahun di Kota Kinabalu menjadikan rumah Bisaya antara destinasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai khususnya pelancung asing.

Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 30 orang telah menawarkan diri untuk bertanding menduduki jawatan ini dimana dari jumlah tersebut hanya 23 orang sahaja yang akan dipilih pada pemilihan kali ini. Antara penyandang yang dijangka dapat mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi kali ini ini Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sipitang Matbali Haji Musah ,Mohd.Salleh Haji Sabli , Ibrahim Salim dan Ali Hassan Sirin adalah antara calon calon yang dijangka mampu mempertahankan jawatan Ahli majlis tertinggi yang majoriti ahli dan perwakilan mengakui kesungguhan penyertaan mereka dalam setiap program yang dijalankan oleh PBBS.

Apapun perkiraaannya setiap calon yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini mepunyai wawasan dan visi mereka sendiri untuk memajukan persatuan sebagaimana seorang calon baru yang menawarkan diri bertanding jawatan ahli majlis tertinggi Ustaz Said Awang Damit yang lebih dikenali dengan nama samaran Aldias Sabah dalam Halaman Facebook (FB) telah memanafaatkan halaman tersebut untuk menjelaskan visi dan misinya untuk mencuba nasip pada pemilihan kali ini.B

Kesimpulannya adat bertanding ada yang menang ada yang perlu akur kepada kekalahan yang lebih penting dalam pertandingan ini semangat kekeluargaan perlu diutamakan sebagai mana amanat Presiden PBBS dalam petutusan buku aturcara Mesyuarat ini turut menekankan akan pentingnya bagi ahli-ahli PBBS khususnya dan masyarakat Bisaya amnya agar terus bersatu sesuai dengan tema perhimpunan tahun ini “ Maju Bersama 1 Malaysia “

Menurut Lajim Perhimpunan ini, bukan sahaja sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan malah akan menjadi wadah pertemuan bagi masyarakat Bisaya berkongsi idea demi mempertingkatkan iltizam memikul amanah serta tanggungjawab persatuan untuk meneruskan perjuangan menghadapi cabaran akan datang

Menurut beliau jika masyarakat Bisaya ingin berada di hadapan keluk kemakmuran, maka kita harus berani dan tegas bagi melaksanakan perubahan dan pembaharuan. Pengorbanan pula perlu untuk meningkatkan produktiviti, daya saing serta menguasai ilmu dan kemahiran baru.

Katanya, kemajmukan dan kepelbagaian yang diwarisi dan wujud di negara ini adalah satu nikmat dan satu rahmat yang perlu di pelihara dan pertahankan bersama disamping memanfaatkan nikmat kemakmuran dan kemajuan yang sedia ada ini sebaik mungkin agar bangsa Bisaya tidak akan tercicir dari arus perdana pembangunan Negara.


POST BY MPBEAUFORT.


TAHNIAH KEPADA SEMUA,SEMOGA MESYUARAT KE-19 AKAN BERJALAN DENGAN JAYANYA,KEPADA CALON YANG AKAN MENERAJUI PBBS JADIKANLAH PBBS SATU PERSATUAN UNTUK SEMUA WARGA BISAYA BUKAN UNTUK MENDAPAT NAMA SERTA MEMENUHKAN POKET SENDIRI.

SAYANG AKU TAK DAPATMENYAKSIKAN MESYUARAT KALI NI BAB TERPAKSA KE KUNDASANG MENGHADIRI KURSUS DI SANA.


TANGAN YANG MENULIS...ANAK JATI BISAYA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails