Rabu, 21 Oktober 2009

MANDI WAJIB

MANDI WAJIB

Pengertian Mandi : Mandi ialah meratakan air pada seluruh tubuh.

Sebab-sebab Mandi Wajib
1. Keluar mani, walaupun tanpa bersetubuh, di waktu tidur atau di waktu sedar, lelaki mahupun wanita. Riwayat dari Ali:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ . ( رواه أبو داود )
Bahawa Rasulullah saw berkata kepadanya: Jika kamu memancarkan air (mani) maka mandilah.
(Riwayat Abu Daud)

Dari Ummu Salamah, bahawa Ummu Sulaim berkata:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّ اللهَ لاَ يَسْتَحْيِ مِنَ الْحَقِّ . وَهَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ غُسْلٌ إِذَا احْتَلَمَتْ ؟ قَالَ نَعَمْ إِذَا رَأَتِ الْمَاءَ . ( متفق عليه رواه البخاري ومسلم )
Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu tentang kebenaran. Wajibkah perempuan itu mandi bila ia bermimpi? Jawab Nabi: Ya, bila ia melihat air (mani).
(Sepakat ke atasnya, riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Melakukan persetubuhan iaitu bertemunya dua hasafah walaupun tidak keluar mani. Firman Allah:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا
Dan jika kamu berjunub maka bersucilah. (al-Maidah 5 : 6)

3. Suci daripada haid dan nifas.
4. Wiladah iaitu melahirkan anak.
5. Mati kecuali mati syahid.


Rukun Mandi

1. Niat iaitu berniat mengangkat hadas besar ketika membasuh bahagian badan yang pertama dibasuh. Lafaz niatnya iaitu:
نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الأَكْبَرِ للهِ تَعَالَى .
Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala.

2. Menghilangkan segala najis yang ada pada badan.
3. Meratakan air ke seluruh badan.

Sunat-sunat Mandi Wajib
1. Membaca basmalah pada permulaan mandi.
2. Membasuh kedua-dua belah tangan.
3. Mencuci kemaluan.
4. Berwudhu’.
5. Basuh tiga kali. Selain itu semua sunat wudhu’ disunatkan dalam mandi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails