Jumaat, 11 September 2009

MENJEJAKI MALAM LAILATUL QADAR

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “ Carilah dengan segala upayamu malam Lailatul Qadar pada malam – malam yang ganjil daripada 10 akhir dalam ramadhan”. ( Riwayat imam Bukhari RA ).

Mengapakah kita harus mencari Lailatul Qadar ? Jawapannya ialah kerana malam tersebut merupakan satu-satunya malam yang penuh dengan keberkatan dan amal ibadat ketika itu mempunyai nilai pahala yang lebih baik daripada 1000 bulan ( kira-kira 83 tahun 3 bulan ).

Pada malam tersebut debgan izin Allah para malaikat dan Jibril dari Sidratul Muntaha akan turun bertemu dengan orang yang beriktikaf, bersolat, bertasbih, bertahmid dan bertakbir memohon kebaikkan daripada Allah SWT.

Membaca satu ayat Al-quran pada malam Lailatul Qadar lebih disukai Allah berbanding membaca seluruh Al-quran hingga khatam pada malam-malam yang lain. Setiap malaikat mendoakan umat yang bermunajat. Demikianlah kelebihan umat Muhammad yang diampunkan dosanya pada malam Lailatul Qadar . Doa akan diterima Allah tanpa Hijab melainkan 4 orang yang tiada diampunkan dosannya iaitu :

1/ ORANG YANG KEKAL MINUM ARAK.

2/ ORANG YANG DERHAKA PADA IBUBAPANYA.

3/ ORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURRAHIM.

4/ ORANG YANG TIDAK BERCAKAP DENGAN SAUDARANYA

LEBIH DARI 3 HARI.

Sinaran matahari esoknya pula akan tunduk akur menahan sinaran cahaya malaikat yang sedang bergegas menuju ke langit setelah berhimpun di pelosok bumi pada malam Lailatul Qadar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails