Jumaat, 3 Julai 2009

OBAMA PRESIDEN AS

PEMIMPIN KULIT HITAM...

Perlantikan beliau sebagai pemimpin dunia telah pun di khabarkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Benarlah Baginda sebagai utusan Allah SWT yang telah dianugerahkan Ilmu yang meliputi semua zaman.
Mungkin ada yang berasa hairan mengapa F.A.B berkata demikian,mungkin juga akan ada yang berkata F.A.B sudah memandai-mandai dengan mengatakan bahawa Nabi SAW telah mengkhabarkan tentang perlantikan bangsa berkulit hitam ini..
Sabar dulu, jangan terlalu cepat membuat andaian, bacalah dulu artikel ini baru buat penilaian.

F.A.B rasa tidak perlu kita berasa bangga dengan perlantikan obama ini menjadi penguasa dunia, tapi apa yang perlu kita rasa sekarang ialah segera insaf dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dan kembali menghayati dan mengamalkan ajaran islam yang sebenar berpandukan al- quran dan as- sunnah. Kenapa aku berkata begini....
Sedar lah wahai umat manusia kiamat makin hampir...ahhh sudah pasti ada pembaca blog ini yang akan mengatakan F.A.B telah sesat pandai-pandai mengatakan kiamat semakin hampir.
Tenang dulu kawan....baca sampai habis baru anda akan temui jawapan mengapa F.A.B mengatakan kiamat makin hampir dan apa pula kaitannya dengan orang yang bernama OBAMA ini.. Ini baru pendahuluan,sekarang kita masuk kepada isinya..
mengapa F.A.B katakan kiamat makin hampir dan apa pula hubungannya dengan Obama serta bagaimana pula Nabi SAW telah khabarkan kepada kita tentang halnya perlantikan Obama ini...

Naaaa.......disini la jawapannya...

Nabi telah khabarkan kepada kita tentang perlantikan bangsa kulit hitam yang akan menjadi penguasa dunia dan kaitan nya dengan hari kiamat dalam sabda nya yang bermaksud.........

" TANDA - TANDA KIAMAT ITU IALAH BILA MANA HAMBA-HAMBA TELAH MELAHIRKAN TUANNYA DAN ENGKAU LIHAT ORANG-ORANG YANG TIDAK BERKASUT, TIDAK BERPAKAIAN, MISKIN, PENGEMBALA KAMBING ( BERBANGGA- BANGGA ) MENEGAKKAN DAN MENINGGIKAN BINAAN."
IMAM NAWAWI MENERANGKAN MAKSUD HADITH DI ATAS DALAM KARANGAN BELIAU YANG TERKENAL HADITH 40 BERKATA SEPERTI BERIKUT ;

DI KEHENDAKI DENGAN YANG PERTAMA IALAH PERKHABARAN TENTANG TERLAMPAU BANYAK HAMBA-HAMBA DAN ANAK-ANAK MEREKA, HINGGA ANAK SEORANG HAMBA MENPUNYAI KEDUDUKAN SEPERTI TUANNYA. DAN DAPAT DIERTIKAN JUGA :
BAHAWA HAMBA-HAMBA AKAN MELAHIRKAN RAJA-RAJA YANG AKAN MENGENDALIKAN NEGARA..
SEORANG MELAHIRKAN ANAK DARI HAMBA KEMUDIAN DIJUALNYA, SETELAH BESAR ANAK ITU MEMBELI PULA AKAN IBUNYA SENDIRI.
BANYAK TERJADI KEROSAKANDAN KEKACAUAN DAN BANYAK BBERLAKU KEDURHAKAAN TERHADAP IBUBAPA.
Begitulah penerangan yang cukup teliti Imam Nawawi dalam hadith tersebut.
F.A.B mahu mengajak semua melihat pada penerangan Imam Nawawi yang pertama itu. Bukan kah penerangan itu sudah cukup untuk menggambarkan tentang apa yang F.A.B tuliskan diawal penulisan tadi. Kalau dikaji dari salasila susur galur Obama itu kita semua mengetahui bahawa beliau adalah seorang yang berbangsa Kenya. Dalam sejarah Bangsa Kenya adalah berkulit hitam dan menjadi tradisi dunia yang sudah diketahui umum bahawa mereka ini telah ditindas, dihina dan dijadikan hamba serta buruh paksaan oleh orang berkulit putih. Hanya sekarang apabila dunia semakin maju barulah bangsa ini di iktiraf oleh kulit putih dan akhirnya anak keturunan bangsa yang di perhambakan oleh kulit putih ini telah diangkat menjadi pemimpin dunia dan disegani mereka. BUKAN KAH INI BERTEPATAN DENGAN SABDAAN JUNJUNGAN BESAR KITA NAI SAW YANG TELAH F.A.B TULISKAN DIATAS..
FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI...MUNGKIN INI JUGA SATU KEBETULAN TAPI YANG PASTI HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI...
WALLAH HU A'ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails