Ahad, 5 April 2009

BANGSA KU PERLU BANGKIT


Sesungguhnya Alah SWT tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

(surah Ar Rad ayat 11 ).

BISAYA...

nama yang begitu indah..dalam sejarahnya yang disampaikan secara lisan sejak berzaman.Mulanya masyarakat disatu perkampungan kecil menyusuri sungai yang tidak mempunyai nama bangsa. Dijadikan cerita sang raja yang menakluki tanah jajahan bersiar-siar menaiki perahu menyusuri sungai sehingga melewati perkampungan ini.Tertarik dengan suasana keindahan tempat dan kecantikan wajah gadis-gadis kampung maka terkeluarlah perkataan "bisay" bermakna "cantik" bagi melahirkan rasa kekaguman yang menyuntik jiwa.Maka bermula satu bangsa yang pada asalnya tidak bernama dengan satu perkataan yang keramat melahirkan bangsa terhormat bernama "BISAYA".
Aku bangga dilahirkan sebagai anak bisaya. satu bangsa yang menguasai pelbagai ilmu sehingga diperakui oleh bangsa lain sebagai pelopor ilmu keagamaan dan melahirkan banyak tokoh-tokoh agama. Tapi itu dulu,sekarang bangsaku telah jauh ketinggalan dibelakang bangsa lain.aku sendiri tidak tahu mengapa bangsaku yang dulu maju kini kian mundur sehingga dibuli oleh bangsa lain. Bangsaku seolah-olah pendatang ditempat sendiri,bangsaku hanya menjadi penghuni dipinggir kampung sedangkan bangsa lain berlumba-lumba menguasai ekonomi dan ilmu. Bangsa lain maju,ekonomi dikuasai mereka sedangkan bangsaku hanya jadi pemerhati dikedai-kedai kopi milik bangsa yang maju ini. mangapa bangsaku ini hanya tahu duduk bersembang politik dikedai kopi tanpa duduk bersembang dimeja bulat bagaimana menaikkan martabat bangsa dan menguasai ekonomi dan ilmu. anak-anak bangsaku tercicir,masalah sosial dikalangan mereka semakin meningkat,masa hanya dihabiskan dengan melepak,bermain game dan diikuti dengan beberapa unsur negatif yang lain. dimana perginya persatuan yang menjadi tonggak bangsaku. dimana dia orang-orang yang berkata akan memartabatkan bangsaku.mengapa kita tidak mengadakan resolusi membangunkan bangsa,kalau sudah ada mengapa ia tidak dilaksanakan atau berlakukah kesilapan dalam perlaksanaannya sehingga tiada hasil yang mmbanggakan kita.
Ayuh bangsa ku...bangunlah dari mimpi indah...bangkitlah dari tidur...kemaskanlah jiwa bersihkan hati anjakkan paradigma pandang kehadapan kita semua perlukan perubahan.hentikan sembang politik yang tiada untungnya tukarkan sembang itu kepada fikirkan kemajuan bangsa. kita perlu bangkit sendiri kerana tiada siapa akan bangkitkan kita bila telah terjatuh kebelakang. Positif atau Negatif kita yang tentukan.
ayuh bangsaku...
kita mesti bersatu..bersama kemaskan langkah perbetulkan kesilapan lalu..kalau bukan sekarang bila lagi....kalau kita siapa lagi....

PENCARIAN....

apakah pencarian yang paling besar dalam kehidupan..
adakah mencari harta itu boleh mendatangkan kesenangan???
adakah dengan mencari pangkat hidup akan dihormati???
adakan dengan mencari kenikmatan dunia akan membahagiakan kehidupan di akhirat???
apakah pencarian yang paling bermakna untuk kita???
apakah yang kita cari dalam kehidupan kita ini sebenarnya..
harta yang dicari akan ditinggalkan bila mati,pangkat yang diimpikan akan hilang bila berada didalam bumi,kenikmatan dunia yang dikejar akan berganti kepedihan api bila perbicaraan diadili. Pencarian apakah yang hakiki..pencarian apakah yang abadi..tiada pencarian yang lebih besar dalam kehidupan melainkan pencarian kepada Rabbul A'alamin..adakah lagi pencarian yang lebih penting dari mencari Tuhan,kalau bukan sekarang bila lagi kita mahu mencari pencarian yang sejati ini.

Sabtu, 4 April 2009

MENGAPA KAU BERSEDIH.

Adakah indah hidup ini tanpa kesedihan..
kesedihan satu gambaran yang mewakili perasaan.
sifat manusia adakalanya gembira,suka,duka,sedih dan bermacam-macam lagi rasa yang diterjemahkan dalam kehidupan. Tiada siapa yang mampu untuk menghindari rasa sedih kerana semua perasaan ini telah menjadi sunatullah sejak dari azali lagi. Jiwa yang sedih boleh menutup mata hati dari meredhai ketentuan Ilahi, tetapi dengan sedih juga dapat membawa kita kepada keyakinan terhadap sang Pencipta. Bagaimanakah rasa sedih dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan RabbulA'lamin????
jiwa sedih dapat ditenangkan dengan mensyukuri segala nikmat yang dikecapi..memang wajar kita bersedih atas sesuatu perkara,tetapi wajarkah kita sebagai hamba bersedih sehingga terlalai dari mendekatkan diri kepada Rabb diatas kehilangan sesuatu yang hanya pinjaman dari Tuhan yang maha Esa.

Fikrah Anak Bisaya.

Dimanakah asalnya kita..
BAGAIMANA BERMULANYA KITA..
SIAPA SEBENARNYA KITA..
PERUBAHAN PERLU DILAKUKAN..
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI..
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI..
Related Posts with Thumbnails